Monday, December 21, 2009

Glory.Glory.Malaysia :D

Yeay! Malaysia menang!
Setinggi tahniah kepada seluruh Pasukan Bola Sepak Malaysia di atas kejayaan di Sukan SEA.

To Uncle Rajagopal, Encik Mohd Faozi, Uncle Tan. you guys did a good job.

Well Done!

To the players, anda anda memang kacak lah! Like a shining stars.

Haha.

MohdMuslimAhmad, Farizal Marlias!

I am your big fan!!(shouting) :D


Wednesday, December 16, 2009

Saya happy untuk awak. ;)

Dia dan cintanya kembali bersama.
Bersama menyambung ikatan yang putus di tengah jalan.

Dan pia nampak dia sangat happy dgn cintanya.

Doa pia semoga dia dan cintanya bahagia selamanya.

Happy belated birthday yah.


You, terimakasih di atas segalanya yang indahindah belaka. I harap you dgn dia kekal selamanya oke. :')
-fikin-

Monday, December 14, 2009

Jatuh Bangun.

Result untuk semester lima 09 yang baru pia perolehi sangat mengejutkan dan sangat menyakitkan. Pia drop gilagila utk semester lepas. Di mana pia telah target tinggi untuk meningkatkan pointer kecundang akhirnya. Tak tahu mana silapnya, tapi apa yang pia tahu, mungkin pia tak jaga hubungan pia dengan Tuhan yang Esa itu. Sebabsebab lain? Ntahla. Banyak hati pia telah hampakan terutama Mak Abah yang mengharap yang terbaik dari pia. Kepada kawankawan yang telah mendapat result yang bagusbagus, Tahniah daripada Pia. Anda mendapat apa yang anda usahakan.

Pia sangat kecewa dengan apa yang pia perolehi. Namun, katakata mak sentiasa pia pegang. Bukan rezeki pia lagi. Mungkin pia kalah kali ni, tapi esok lusa siapa tahu Tuhan bagi kemenangan yang berganda. Pia harap ape yang diperkatakan oleh emak menjadi nyata mudahmudahan. Sungguh! Pia sangat kecewa dengan keputusan peperiksaan pia. Ikutkan hati mahu saja pia tinggalkan semua yang telah pia pelajari hampir tiga tahun. Namun, itu bukan jalan penyelesaian. Pia akan cuba sehabis baik untuk semester depan. InsyaAllah... Alhamdulillah semua paper pia clean. Tiada apa subjek perlu 'diulangi'. Cuma apa yang pia sasar kan tidak tercapai malahan ia kecundang jauh dari sepatutnya. Kepada semua pembaca, doakan pia berjaya yah. Dan kepada sesiapa yang banyak pia lukakan hatinya, kemaafan pia minta. Kepada mak abah, terimakasih atas doadoa yg tidak putus. Along, angah, kakcik. Korang lah kekuatan pia. Tidak lupa The Girls, Ena, Fany dan Wany. Thanks sbb buat aku gelak. (DAH MACAM UCAPAN RAYA PULAK. HEHE.)

to all DMC 5B 09, Congratulations! :D

Saturday, December 5, 2009

Black Magic Women.



Those were the days.
Puppy Love. One day in your life. Ben. Black Magic Women. Mengapa dirindu. Hopelessly devoted to you.
Patahnya sayap malam.
Close to you.


Lagulagu ini mengingatkan saya pada seseorang. Seseorang yang pia sayang. Lagulagu di atas selalu dinyanyikan oleh beliau jikalau kami keluar berkaraoke. Kalau pia dengar lagulagu ni mesti ingat kat dia. Dia lah kawan pia. Kawan yg pia sayang sampai mati.


Rafidah Ramlee. (:

Wednesday, December 2, 2009

The Biggest Loser!

Maybe ramai yang minat realiti show macam American Idol, American Next Top Model, Fear Factor dan Project Runway. Pia pown one of them yg minat show sedemikian rupa. Sangat minat. Tapi, sekarang pia ade reality show yang terbaru yang sangat pia gemari.. THE BIGGEST LOSER ASIA. I'm addicted to that show. Really! Pemangkin untuk pia berubah menjadi lebih sihat dan kurus. hehehe. Punya lah ramai yg pergi audition tapi hanya beberapa yang dipilih untuk mendapat khidmat percuma menurunkan berat badan. Mereka yang dapat sangat beruntung kan? Ratarata peserta yang dipilih mempunyai berat lebih daripada 100 kg. Sangat berat oke. Tapi azm setiap peserta sangat tinggi untuk merubah diri mereka..

Tapi, sayangnya ada sorang peserta dari Filipino ni pada minggu pertama dah nak tarik diri dari kumpulan merah. Ohya, dalam show tu dorg terbahagi kpd dua kumpulan, RED and BLUE. So, peserta dr filipino itu menarik diri dari rancangan yang mewakili pasukan merah. Such a big looser. He is a looser. Bagi pia dia tak berperang lagi dah nak mengalah. Walhal, beriburibu peserta dari seluruh Asia berebut nak masuk, tapi dia nak mengalah macam tu. Hmm. tapi, mungkin dia tak boleh nk berjauhan dgn family kowt.

Pia berharap, peserta yang lain harus kuat semangat nak melawan diri mereka sendiri. Membakar lemaklemak yang ada. Oke. Chayoo. (:

Monday, November 30, 2009

i got my new Sweetheart. ;)

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak update blog ni, finally i got the chance to write. Hmm.. kali ni, i will not talking about any person yang telah membuat pia sedih, sakit hati or marah. because i don't think it will settle our problem with telling the whole world what we felt.based on my experience, it will make the misunderstood. This time, pia nak lebih profesional dalam menulis blog agar tidak dilabel sebagai kanak2 kecil yang menulis mengikut perasaan dan akhirnya mengundang salah faham. Seribu kemaafan dituju kepada Rafidah Ramlee. Sorry sayang. My bad.hee :)

Yes! i have new sweetheart. Kirakira 2 minggu pia ada sweetheart baru yang sangat comel, yang sangat cantik dan paling penting akan setia dengan pia. Akan tetapi, pia terpaksa meninggalkan sweetheart yang lama. hmm.. Of course pia sedih. Tapi, kita tak boleh pandang belakang kalau sesuatu itu tidak mendatang kan hasil dan selalu menimbulkan perasaan amarah dalam diri bukan? So, i have to say bye.bye my ex sweetheart. hehe. Pia sangat gembira sangat dengan sweetheart baru pia ni. Tak de lah mahal sangat, tapi cukuplah untuk berkomuniksi dengan semua orang. Terima kasih kepada abah tersayang kerana menghadiahkan pia sweetheart yang sangat comel. thanks abah!

Kalau dulu, kesukarana pia untuk menghubungi rakan taulan, membalas mesejmesej mereka sehingga ada yang berkecil hati kerana pia tidak membalas mesejmesej beliau, seribu kemaafan di pohon. Bukan taknak balas, tapi macam mana nak balas kalau dah nak tekan keypad pown tak boleh kan. hehe. APa2 pun, di sini pia nak minta maaf kepada sesiapa yang banyak terasa hati dengan pia k. Cuti semester ini sengaja pia menyorokkan diri ini kerana badan pia semakin gemuk dan gempal. Segan nak jumpa semua. Classmates tercinta ape lah lagi, langsung pia tak contact. Sorry guys. Semester depan kita akan jumpa k. Sama2 BUSY untuk final sem kita. MassComm kan busy memanjang. Orang lain memang tak kan faham ke busy an kita. hehehe. huh. InsyaAllah, 10 hb kuar result. Takoot. To all readers, pray for me yah. :)

Monday, October 26, 2009

The Good. and The Bad.




this article is not available anymore




SORRY TO ALL.
;'(

Tuesday, October 20, 2009

*woot.woot


I MISS HER!
SYUHADA JOHARI

<3

Thursday, October 15, 2009

rinduu

ada dua orang yg saya rindu
Syuhada Johari
&&
Si Dia
Saya baru ber texting dengan syusyu
lepas rindu kat sayang saya tu
tapi Si Dia
saya call dia nak delat 10 kali
tak angkat
kenapa?
mungkin dia dah ada yg lain kot..
hmm.
rinduu..
syu, i miss you damn much!
)':

Tuesday, October 13, 2009

sukaaa!

suka.
hehehehe
ASAM PEDAS dia minta!
kena belajar ngn chef Lela lah nampak gayanya.
(;

Friday, October 9, 2009

Oh My God!

OMG!

1.02 am, 10 october 2009,
some one called me from vietnam!
(dia orang Malaysia, ade kerja kat sana)
just to say hi and how are you
setelah setahun lamanya kami tidak berhubung
someone yang pia pernah admire.
someone yang pia pernah sekolah masa kecik2
tp bila dah besar baru jumpa
itu pun sebab abah, kami jumpa
Happy oh!
he is a good friend.
yah.good friend
hopefully kami berkesempatan berjumpa bila dia balik malaysia
sebab dia sangat busy.susah nak jumpa
kalu tersempak pun, tak tegur.
sebab.. hmm..
ntahlah.
tapi sungguh terkejut dia called pia
sebab kitorang dah lost contact.
semoga kami dapat berbaik semula k.
(:

Wednesday, October 7, 2009

kembali normal (:

farah!
dia telah kembali normal
kembali sihat
sudah mampu ketawa
sudah mampu menyanyi
semakin petah bercakap
sungguh.
pia sangat bersyukur kepada NYA yang Esa
Dia dengar doa-doa kami
doa yang merayu agar Farah kembali senyum
sungguh
pia sangat happy
adik makin ceria.
hilang masalah bila adik berkata-kata
hilang rindu bila adik ketawa
raut wajah mak dengan abah pun makin berseri
kami kebali ceria
'no more tears' InsyaAllah
.

"adik sangat rindu dekat akak
"
-akak pun rindu adik-
"akak janganlah pergi tinggalkan adik"

-tak. akak ade untuk adik-
"kawan adik pukul adik kat sekolah"

-nanti akak pukul dia balik k?-
"akak jangan balik melaka tao
"
-akak memang taknak balik melaka pun, tapi tak boleh-

ini semua ape yg adik cakap bila pia sampai je kat umah

ketawa?menangis?
sudah tentu lah. sebab
adik dah kembali sihat.
adik dah kembali normal.
jadi,
pia boleh balik melaka
dengan hati yg tenang.
(:



Friday, September 25, 2009

cepat sembuh ya sayang. (:



farrah,
akak doakan adik sihat semula macam dulu k, syg.

akak doakan adik sembuh dari sakit adik
nanti boleh la adik tanya akak soalan yg macam2

boleh la adik swimming ngn akak mcm dulu
boleh la adik karaoke dgn akak mcm selalu
sebab akak rindu lah saat2 tu
akak tak kuat la syg nak tgk adik kerap diserang penyakit tu
akak tak mampu nak menghadap lagi

sebab
akak tau adik sakit sgt adik,
akak selalu berharap,
Yang Esa dengar doa2 akak

supaya adik betul2 sembuh
and
happy kan semua orang
mcm selalu
sebab kami makin sunyi

makin sedih
makin lemah
tgk adik mcm ni

adik kuat yah

biar ape org cakap pasal adik

adik jangan amek kesah k?

sebab adik sangat istimewa bagi akak

sebab akak sayang sgt kat adik
sangat!
biarlah dorg nak cakap ape2 pasal adik
yang penting sekali... i love u Farrah Aida
oke? :)

beep!

tak benci dah.
suka sgt!
hehehe.
(:

Sunday, September 20, 2009

first Syawal. (:

sepupu2, kakak2, adik,pia



sepupu2&adik



keluarga besar kan? hehe.




the happiness




i love them damn much



sayang2 pia



anak-anak pak cik faozi. (:



tahun ini berbeza dgn sebelumnya
kerana beraya di puchong
walaupun beraya tanpa arwah atuk tersayang
syawal tetap meriah.
hati melonjak riang
esok pulang beraya di kampung
teruja melawat kubur arwah atuk
dan
bertemu saudara mara yg sangat dirindui

<3








ais batu campur.

benci.
betol tak tipu
benci sangat
tak mao berharap ape2 dah
move on!
benci dia
sekian.

Thursday, September 10, 2009

them.

my good adviser. Dia sangat lemah lembut dan sabar melayan karenah pia yg macam2.
Along cayunk.

my good consultant. Dia sangat benci pada kekusutan dan mengajar pia menjadi kuat menghadapi masalah yg macam2.
Angah yg manis.



my good listener. my good tutor. juga pemegang rahsia terbaik pia. orang yg akan pia rujuk dlm hal2 berkatian dgn perasaan. hehe.
kak cik busyuk. :)


my good guitarist. hehe.orang yg pia cari untuk melepaskan tension. ber'unplug' bersama2.
the only one. Abang.



my heart. my soul.dia yang menceriakan hidup pia.sumpah pia sayang ini budak.sangat manja.pelengkap hidup pia.
adiq cayunk.



tanpa mereka-mereka ini, hidup pia tak indah.tak sempurna.tak berwarna.
mereka-mereka ini adalah antara orang-orang yang akan setia bersama pia.
takkan berdalih.takkan berpaling. dan takkan menikam belakang pia.susah senang.mereka akan sentiasa bersama pia.
PIA SANGAT MENCINTAI MEREKA-MEREKA INI.
<3

Wednesday, September 9, 2009

i will survive.

people,
ape2 pown yg telah dan akan terjadi,
pia akan tabah dan kuat menghadapi nya.
sorang tak bermakna sunyi,
ketawa tak bermakna gembira.
pia tak perlu teman karib
kerana pia sudah ada mereka-mereka yang sangat menghargai pia.
mak.abah.along.angah.kakcik.abang.adik.
mereka takkan pernah tinggalkan pia.
takkan pernah biarkan tersisih
takkan pernah biarkan pia down
takkan biar pia sedih
kerana mereka-mereka ini menerima pia seadanya
dan tahu siapa pia sebenarnya.
<3


Tuesday, September 8, 2009

sumpah sukaa!

tadi stress, sedih, kesal.
sebab banyak buat salah kat dorg
sorry sgt syg2 ku.
pia akan berubah. itu janji pia.
ok, nak cite benda lain ni.
tadi baca blog aina. sumpah suka oh blog dia.
aina sgt mahir menulis poem2 yg nak touching feeling org oh. benci! hehe.
suka ngn poem yg ni. sumpah tacing baca poem ni.
sukaa!!
~credit to nurzatil aina~


100 Roses

that 100 roses,
that i received last night,
has dry.
i cried the whole day,
thinking what would you say.
i wait for you,
to come,
to let you now,
but still,
there's no you,
in front of me.
i keep waiting,
days to weeks,
months to years.
you still didnt come,
and see me.
that 100 roses,
had already gone,
together with you.
i wonder where are you dear,
i ask myself for the answer.
at last i know,
that 100 roses,
is a goodbye gift,
that you give me,
for you to gone forever.

best kan?banyak lagi poem dia yg best. sila lah layari nurzatilainamohdzaki.blogspot oke?
:)
photo aina akan di upload di lain waktu oke. hihi

Saturday, August 22, 2009

Al-Mubarak

bulan suci telah tiba
menahan nafsu lapar dan dahaga
malam2 bertarawikh bersama
meraikan bulan Ramadhan Yang Mulia.
Selamat Berpuasa Rakan Taulan.
(:

dari saya untuk kamu.

got my bags at the door
im ready to leave
i can tell theres something you wanna
say to me
baby speak your mind
cuz u're wasting time
it's quarter to nine
and my car's on the way
you said you wasn't ready for this
so im at the door
heard there's something on your mind changed
if you want me to stay
if yoy want me to stay
say you want me to stay
baby stop playing around with me
there'll be no time to play
if you want me to stay
baby you've got to show me
your mind and your mouth are saying too
differents thing
you need to figure it out
im tired of waiting
being indecisive, it comes with a price
and now your time is almost gone
im hearing 'go and leave'
you don't care about me
but your eyes are saying you want me home
songs by ne-yo. IF YOU WANT ME TO STAY.

Monday, August 17, 2009

Sekali Lagi.

Makin.

suka
rindu
sayang.
kat dia
*mao cuba buang rasa ni jaoh2.

Belakang Tikam.



Mak pia pesan,

kalau nak berkawan,

jangan suka tikam2 belakang orang,

jangan jadi hipokrit

bawa mulut sana sini

tak baik,

nanti orang benci.


mak pia pesan lagi,

bila dah berkawan,

jangan lupa diri,

jaga hati kawan, mulut kena jaga

hati kena jujur,

kerja kena ikhlas,

orang pun tak sakit hati.


Nak jadi kawan yg baik,

tak payah susah2 nak kipas dia.

asalkan tak hipokrit,

jadi diri sendiri.

insyaAllah orang tak sakit hati. :)


sape makan gula dia terasa manisnya. :))

Saturday, August 8, 2009

YASMIN AHMAD.


Dia telah pergi
Pergi meninggalkan dunia
Dunia yg dulu penah mengeji karyanya
mempertikaikan lakon layarnya
memandang sinis bakatnya
Nah! sekarang dunia yg ditinggalnya menjulang tinggi namanya
menghargai seninya. itulah kita.
orang luar sudah lama menghargai seninya. orang kita?
terkapai2 mengejar permata yg telah pergi.

Emosi pasti terbawa2 tatkala menghayati seninya.
Lakon layarnya sangat dekat dgn jiwa
ceritera yg difilemkan seakan2 kisah hidupnya
Sepet,Mukhsin,Gubra,Talentime,Rabun.
Sangat dekat di hati kita bukan?
Ceritanya telus, jujur. tiada kepura-puraan.
Apa sahaja hasil karya beliau, sangat berkesan dlm jiwa masyarakat
lihat saja karyanya bersama Leo Bernett Advertising
mengangkat industri pengiklanan Malaysia.
Itu semua hadiah beliau buat kita.
Itu semua kenangan buat kita.

Kepinginkan karya2 baru dari dia
tapi apakan daya dia pergi menemui Yang ESA
Kisah jantinya dipertikaikan. keluarga mempertahankan.
Hanya Tuhan yg tahu rahsia hidupnya.
Sebutir permata telah hilang.
tapi kilauannya tetap menyinari dunia seni kita
itulah dia. satu satu nya..
YASMIN AHMAD dalam kenangan.
Al-Fatihah.

Friday, July 24, 2009

SORAKAN SEMANGAT


Ragam2 people pada perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Man Utd.

Gemuruh.

Malam td si 'dia' text pia ajak kuar hari ni. Pia sgt excited. Jantung berdebar2. haha! neves bkn main.Sampai terbawa2 dlm mimpi. Tp, pg td dia msg ckp ade hal nk d setelkan. Masa uh hati pia sgt kecewa. Yelaa, sbb dah lama tak jumpa 'dia' yg pia suka. hihi. Tp, xpelaa. mungkin takde rezeki. Kitorg pun dah berjanji akan jadi kawan selamanya. No feeling2 haa. 'Dia' uh hak milik org lain. Tak baik kacau. Ape2 pown 'dia' mmg kwn yg baik dan sgt mencintai gf nya. Skunk tgh tgu msg dr si 'dia' sama ada jd kuar atau x today. em..



Thursday, July 23, 2009

MALAYSIA BOLEH!

Hujung minggu lepas iaitu 18hb July 2009 & 21 July 2009 pia meluangkan masa menonton perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan kelab bolasepak gergasi dunia, Manchaster United. First match, pia pergi bersama2 ibu terchenta, farra(adik), azraie(adik), ina(along), olyn(angah) && abang yudi(bf angah).


Tao x, hari tu pia rasa mcm ada kat Old Trafford je. hihi. Ramai gila umat manusia pakai jersi&baju warna merah sbg tanda menyokong kelab kegemaran mereka itu lah. Tp, pada pendapat pia lah, mmg taksalah nk sokong kelab tersebut sbb mmg tidak dinafikan mereka sgt hebat di pentas bolasepak. Walaubagaimanapun, kita kan di bumi Malaysia. Taksalahkan kita bg sokongan kpd wira2 kita sendiri. Apa yg buat pia bangga sekali, penonton di depan seat pia yg merupakan tourist dari Sepanyol barangkali, begitu fanatik menyokong team kebangsaan kita. Terharu sgt sbb rakyat Malaysia sendiri tak begitu fanatik dengan pasukan kebangsaan sendiri. Boleh dibilang dengan jari je people yg tao nama2 pemain Malaysia. Pulak tu, ada yg fanatik kt kelab liga inggeris ini hanya kerana trend and rasa takmao ketinggalan. Walhal, pasal bola habuk pun tatao. Hee. Malaysia menang tipis ke atas Man Utd 3-2 pd perlawanan pertama. Tahniah diucapkan kpd mereka.

Perlawanan kedua pulak pia pegi dengan emak, kazen pia; IWAN dan clasmate pia; tia. Kali ini, agak terharu jugak dgn semangat penonton kerana ramai yg mula menyarungkan jersi Malaysia dan asyik menyorak semangat kpd team kebangsaan. Terima kasih semua. hehe. Korang memang terbaiklah. Ada juga guys yg berketurunan cina juga menyarung jersi kebangsaan tanda menyokong wira2 bangsa. hee. (handsome pulak uh). hihi. Tapi kali ni stadium tak penuh sgt mcm first match. Yg klakarnya kn, ada sorg mamat ni pakai baju Arsenal. Sekali kena boo daa. Ramai people sorak "buka.buka.buka" (nk suruh mamat tu buka jersi Arsenal). Akhirnya dia buka juga jersi tersbut dan org ramai bersorak gembira. Mase tu mmg best sgt. Si Tia pulak sgt excited sbb 1st time g tgk bola kat stadium. haih. Tp, ape2 pun. Pengalaman menonton perlawanan tersebut sangat memberi pengalaman yg manis buat pia. Yelaa, slalu g stadium tgk bola mane pernah nak penuh oh. (melibatkan pasukan negara). Kali ni mmg sgt havoc. Mcm2 ragam org. Klaka pun ada tgk lelaki2 terjerit2 mcm kena histeria bila tgk MU perform. Slalu pia tgk perempuan2 je yg akn berkelakuan sedemikian. hihi. Sekalung tahniah buat pasukan Malaysia sbb menunjukkan perubahan positive dlm membawa nama negara. Goodluck utk perlawanan yg seterusnya. SEMANGAT!

*Selesai menyaksikan perlawanan tersebut, pia dapati Owen sgt chumel dan pendek. pia teruja tgk skil Rooney menggelcek bola. Ketampanan Rio Ferdinand menggoyah hati pia. Penjaga gol Malaysia gila hot oh. hihi. Jatuh cinta pulak kat pemain Malaysia bernama MUSLIM. Nk sign.... hihi. :))


Wednesday, July 22, 2009

Yehoo!

Yeay! Laptop pia dah sihat. Dah laju. Boleh masukkan software FLASH lepas ni utk subjek Sir Hanafi. Hihi. Bersemangat nak buat banyak assignment. hehe. Thanks mak&abah bawa lappy pia pegi 'klinik'. Hee. ;P

Tuesday, July 21, 2009

Kenapa?

Actually, sebelum nk post ini blog pia dah tutup lampu bilik dan berselimut tau. Niat ganti puasa pown dah baca dgn harapan esok nak bangun awal pagi tolong emak kemas rumah. Nak tido awal lah konon. Tapi, dengan tiba2 pia bangun dari katil capai laptop dan mula menulis. Sambil menaip pia sempat bermonolog nampak gayanya aku bangun lambat lagi lah esok. Hihi.

Pia tertanya2 pada diri pia sendiri.

  1. Kenapa ek people salu pandang rendah kat pia?
  2. Kenapa people susah nak respect kat pia?
  3. Kenapa ek people susah nak terima idea pia?
  4. Kenapa people memperlekehkan pia?
  5. Kenapa peopla suka hati mempermaenkan perasaan pia?

Puas pia fikirkan masalah ini. Akhirnya pia dapat jawapan yg agak dapat menenangkan ati pia.

  1. People pandang rendah kat pia sebab pia dah memang rendah. Terima je laa. Hehe. ;p
  2. Maybe Pia tak cukup garang kot. Hee.
  3. Mungkin Pia tak come out dgn idea yg creative. People nak sesuatu yg out of box. Oleh itu, pia kena berusaha melahirkan idea2 yg bernas. Ngehe.
  4. People tak memperlekehkan pia, tapi pia yg too sensitive. (ni ade org bgtau pia)
  5. Jawapan yg no lima ni, em.. Mungkin pia cepat percayakan orang kot. Hihi

Ape yang pia tulis ni dengan niat nak menzahirkan permasalahan yg membuatkan pia susah nak lelapkan mata. Takde niat nak menunding jari kepada siapa2. Pia cuba nak jadi seseorang yang disenangi ramai. Nak jaga hati semua orang. Nak org semua anggap pia seperti manusia2 normal. Sebab kadangkala pia rasa sering ditindas. Tapi, selagi ada family, kawan2 yg memahami. InsyaAllah pia akan perbaiki diri utk yg lebih baik. Ape2 pun, pia mesti semangat! :D

Sunday, July 19, 2009

sorry sayang.

Pia rasa nak dekat sebulan kowt tak update blog ni.
Jesteru itu, pia nak minta maaf kat sesiapa yg menunggu post terbaru dr pia.(macam ada kn?)
haha! tak kesah lah. nak mintak maaf jugak! hee.
Pia sgt bz. actly, byk sgt story pia nk share. tp taksempat.
Konsert Siti kat Istana Budaya pun taksempat nak update.
Kelmarin g tgk Manchaster United menentang Malaysia.
pown tak update jugak.
Bukan apa. utk konsert Siti pia dah edit2 photos tu mua nak post kt cni.
tapi photo tu terbuang oleh seseorang.(bkn slh dia pun.bkn main serba slh dia.hihi).

pia yg lupa nk amik dr pendrive dia.
dah mls nak edit balik. hehe.
photos tgk MU kat bkt jalil pun tak masuk dlm lappy lagi.

Sebab tu tak update2 blog nyh.hee.
Apa2 pown, Ada dua benda pia nak simpulkan.

PERTAMA: Konsert Siti uh memang best oh. Dia seorang penghibur first class. ngehe.
KEDUA: Tak dinafikan MU sgt hebat tp perlawanan sabtu lepas jelas menunjukkan Malaysia ada peningkatan. Kita patut berbangga dgn pasukan kebangsaan kita sendiri. bukan asyik menghentam mereka.

Lepas pia dah masukkan photos konsert SITI dan perlawanan MU vs Malaysia, pia akan upload photos tu mua, k?
Kesibukan di campus menghadkan masa utk pia mengupdate blog ini. hehe.(alasan je sebenarnya).

*ape2 pown, support MALAYSIA mlm ni menentang MU, k? pia takdpt pegi kowt mlm ni sbb abah takbagi. dia cakap hari tu dah pegi, cukup! ngehe.

Sunday, June 21, 2009

Because you love me.

Ayoo. Terlambat post dua hari. hehe. SELAMAT HARI ABAH! hee. Weekend ni sgt bz lah dgn kerja dan jemputan perkahwinan serta hari jadi teman dan sepupu. Tepat pukul 12 tgh mlm ahad lalu pia masuk bilik abah and cium pipi beliau sambil berkata, Happy Father's Day, ABAH! hee. Di sini ada 5 info tentang abah pia yang patut anda tahu:



  1. Nama penuh beliau: MOHD FAOZI BIN MUKHLAS.
  2. Dilahirkan pada 3 APRIL 1960 di Tapah, Perak.
  3. Mempunyai isteri yang sangat jelita; NORJALELAYATI BT MOHAMAd
  4. Dikurniakan 5 puteri dan seorang putera hasil perkongsian hidup bersama isteri tercinta.
  5. Merupakan jurulatih penjaga gol Pasukan Malaysia bawah 23 tahun.
Of course lah kan semua orang kat dunia ni sayang ayah masing2 kn. Macam tu jugak pia. Sayang abah pia sangat2. Abah pia tak pernah kurang bagi didikan agama kat pia. Tak pernah kurang bagi kasih sayang kat pia. Tak pernah kurang bg minum makan kat pia. Senang cakap, semua cukuplah. hehe. Dia sangat kelakar bila buat joke. Tapi, dia memang pantang kalau pia keluar hang out ngn kawan2 balik lepas pukul 8mlm. Kalau terlewat sikit dia akan merajuk ao. haha. Abah pia memang suka merajuk ao. Dia sangat manja dengan anak2 dia yang agak nakal. Dengan isteri dia of course lah lagi manja kan. Haha! :))

Pia admit tak semua orang itu tak sempurna dalam semua hal. Macam tu jugak ape yg pernah berlaku dlm keluarga pia. Tapi semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Alhamdulillah kami sekeluarga makin rapat dan saling menyayangi. hee. Along pia pernah cakap perangai pia banyak ikut abah. Anak abah la katakan. hehe. Jadi, ayuh lihat lima persamaan pia dgn abah ya:

  1. Abah suka sangat karok. Pia pown sama! hehe.

  2. Abah adalah peminat Chelsea. Pia juga!

  3. Abah seorang yang sensitif. Pia pown. hee.

  4. Abah kuat merajuk(dgn family). Pia pun. haha. saja nak manja2.

  5. Abah suka memancing. Pia suka pantai. samalah tu kan. hehe.

Baru2 ni abah kehilangan bapa tersayang yg merupakan atuk pia. Obviously pia nampak abah menangis. Memang dia tak cover2 menangis. Dia dapat menghadap arwah atuk pia sehingga ke akhir pernafasan atuk. Dia sorang je yg dpt. Adk beradik abah yg lain tak dpt tggu atuk sehingga ke akhir pernafasan atuk sebab yang lain tertidur.(walaupun ada skali dlm wad tu). Jadi, bg pia itu lah hadiah yang abah dpt sempena Hari Bapa yg lepas. hee. Fyi, pia adlah pengurut kedua abah selepas emak. Abah cakap pia pandai urut. hehe. Tapi seroiusly oh. Kaki abah keras. Boleh taan sakit la bila urut kaki abah. Tp, pia tak kisah. Demi abah tersayang. Dia lah hero pia. Dia lah superhero pia yang terunggul. haha! ok, di sini pia lampirkan beberapa photos abah yg pia 'kodek' kat dlm lappy beliau. hee. Akhir kata, Selamat Hari Abah! Semoga terhibur! hehe. tQ.





*Pia tujukan lagu because you love me by Celine Dion kpd abah. hee. :D



















Thursday, June 18, 2009

Budi Bahasa Budaya Kita. ;)

Rabu, 16 June 2009, pia rasa BENGANG dan SAKET HATI. kenapa? ini sebab2 nya:
  1. kene pegi kedai seberang buat keje yg bukan keje pia.(fotostat i/c customer org lain.)
  2. kena marah dgn perempuan 'gila' di sebuah kedai fotostat di bandar puteri, puchong.sebabnya pia dtg kedai dia dua tiga kali nak fotostat.

Pia tolong kawan (rakan sekerja) ni sebab dia dapat custoemer utk register Postpaid Celcom. So, itu customer dia, dia punya kerja lah kan. kerja pia hanya register kan customer dia je then bg kat big boss utk di approve kn. Tp, bila tgk dia kelam kabut buat keje, pia pun tolong lah dia. Niat pia nak tolong si penyuruh ni buat keje dia. Okayla, tolong kwn2. Yang buat pia geramnya, salah ke kita pegi kedai fotostat sebab nak fotostat then staff kedai tu marah kita asyik fotostat kat kedai dia.. Tak salah kn? Laen la kita pegi kedai fotostat nak beli roti canai. Mmg patut la perempuan gila tu marah kan. Geramnya pia tao tak. Kita nk bagi dia untung, kita kena marah pulak. Lain kali, jangan bukak kedai fotostat kalau malas nak buat kerja. Haih, menyakitkan hati je. Takde adat sopan langsung. Patut ke layan customer dgn muka yg masam? Haih. Dah mcm singa betina pia tgk muka dia. Lepas ni taknak dah fotostat apa2 kat kedai dia. Takde adab langsung. Kalau orang berbudi kita kenalah berbahasa. Kesian bos dia dapat staff mcm singa betina. ;))

*Mak pia selalu pesan, dengan orang lain tak kira tua atau muda, kita kene berbudi bahasa. Senyum kena selalu. ;D

Thursday, June 11, 2009

saya SUDAH! anda bagaimana?

try this. anda pasti tahu siapa cinta sejati anda.

http://www.secret-loves.com/index.php?test=1642675

*selamat mencuba. aha!

DIA Yang Maha Pemurah!

Alhamdulillah! 11 June 2009 adalah hari yg sgt membuatkan pia bersyukur sujud menyembah Tuhan Yang Esa. Memuji kebesaran Dia Yang Maha Pemurah. Sebab apa? ok, ini dia sebab musababnya:
  1. Alhamdulillah, pointer utk result semester 4 yang lalu meningkat walaupun tak mencapai tahap Dekan.
  2. Dapat book tix utk konsert DATO' SITI NURHALIZA di Istana Budaya! yehoo!
aha! finally, pia dapat jugak pegi ke konsert ct. ini semua berkat kesungguhan Syuhada Johari yang tak pernah putus asa memantau status tix. terima kasih syusyu!ilydm!tanpa usaha syusyu tak mungkin pia dapat pegi ke konsert yg sgt bermakna bg pia. thanks hun! result juga ada peningkatan. sangat bersyukur kpd Allah. berita gembira ini berlaku pada hari yg sama. betapa tuhan itu Maha Agung. Pencipta sekelian alam. Terima kasih Tuhan!

Wednesday, June 10, 2009

Mereka Betul, Saya Salah!

Ada 3 org yang memberi nasihat kat pia. mereka orang yang pia syg sgt.
  1. Norsyafikah Faozi (adik tersayang)
  2. Syuhada Johari ( teman baik)
  3. Rafidah Ramlee (teman sekelas, sgt rapat)
Kebetulan, nasihat mereka serupa. 'jangan cepat suka kat lelaki, nanti kecewa!'... tapi pia degil.cepat sgt suka kat manusia bernama lelaki. endingnya? mmg kecewa lah! Dipermainkan...

* sayang2 ku, pasni pia berubah ye.ngehe!

Monday, June 8, 2009

untuk kamu.

Aku Mau
Lirik Lagu Indonesia Once
Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu
Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu

Pia suka sangat lagu ni. dedikasi untuk 'seseorang'. sangat mendalam. ngehe. ;)

Sunday, June 7, 2009

Sold Out!




I really adore her. Dato' SitiNurHaliza! Pia sangat mencintai karya2 beliau yang sangat sempurna. Pia sangat teringin nak tgk live perfomance beliau sbb pia sangat mengagumi suara beliau. Kalau bakal2 ibu mengidam mangga ketika mabuk pregnant, samalah situasi yang pia alami. mengidam nak tgk Dato' Ct perform live ketika cuti semester.ngehe.(bezanya pia tak pregnant lah.) Pia adore beliau kerana vokal&product yang beliau hasilkan sangat berkualiti. Tak kisah la kisah peribadi beliau mcm mn kan. itu semua dah tertulis oleh Yang Esa utk beliau. tapi! bukan ni yang pia nak zahirkan ape yang pia rasa skg ni.

INI YG PIA RASA SKG!

Pia sangat kecewa!Sedih.Terkilan! sbb ticket utk konsert ekslusif SATU Siti NurHaliza di Istana Budaya pd 26-28 June dah habis. Tix utk RM80&120 DAH HABIS! utk RM300 pun dah habis. Sedih! Pia dapat rasakan pia tak mungkin ada peluang utk pegi ke konsert beliau selepas ini. sbb? nthla.takut Dato'CT x mao buat konsert dah. hehe. pia nak sangat pegi. Mlm tadi mintak tolong syusyu book kn tix sbb dia pun nak pegi.(kami sama2 minat ct.hehe).malangnya, tix dah habis. cyes, bila baca je msg syusyu, mata terus digenangi air mata.hehe. Perasaan mmg sebak sgt. Maybe ade people akan cakap, ala, stakat takdapat pegi konsert ct pun nak nangis, update status kat myspace lah, post kat blog lah. kn?? tapi anda tak tahu betapa pia sangat teringin nak tgk beliau perform secara live ao. anda takkan faham ape pia rasa. TERKILAN sgt. tapi, takpelah. mak cakap maybe takde rezeki. bukan rezeki pia kowt. rezeki people yang berjaya beli tix utk konsert tu. so, TAHNIAH lah pia ucapkan. huhu. Ape2 pun Goodluck utk Dato'Ct utk konsert anda nanti ok?! Walaupun pia takdapat pegi konsert tu, tp pia akan support dai jaoh. hee.


*p/s-Kepada sesiapa yang dah beli tix utk konsert tersebut tapi tak dapat nak pegi, anda bolehlah menjual tiket itu kpd pia ya. email je pia k? kerjasama anda amat dihargai. TQ. ;)

Saturday, June 6, 2009

pasar malam bandung!

6 jun 2009, iaitu semalam. untuk pertama kalinya pia pergi ke salah satu pasar malam yang ada di puchong iaitu di batu14. sangatlah teruja kerana inilah pertama kalinya pia pegi pasar malam yang ada kat puchong semenjak tinggal di puchong hampir 5 tahun. hehe. kebiasaan pia selalu pegi ke pasar malam kelana jaya depan Wisma FAM sebab sambil2 tgk abah training pia akan ke ctu untuk mengisi perot yang lapar. Fyi, yong tau fu kat pasar mlm kj memang superb! lazat! idea nk pegi pasar malam puchong batu14 adalah idea adik pia yang berumur 19tahun. kitorang saja nak try pegi pasar malam kat ctu sebab kebosanan duduk di rumah. Abah takde outstation ke beijing,china. Mak pulak pegi wedding kat Johor Baharu. Peluang untuk kuar malam di ambil ketika parent tiada di rumah.(takde lah malam sgt.pukul 8.45mlm dah sampai uma.) Pia sangat terkejut dan tergamam apabila sampai di pasar malam tersebut. ini sebab2 mengapa pia begitu terkejut dengan suasana di pasar malam itu.
  1. hampir 70% pengunjung di pasar malam tersebut ialah terdiri daripada warga asing seperti warga indonesia,myanmar, nepal dan vietnam.
  2. peniaga kebanyakan terdiri daripada kaum cina,melayu dan india.(bagus sbb masyarakat yang majmuk ttp ke'halal'lan makanan itu diragui.)
  3. suasana seperti di pasar malam bandung, indonesia.(anda faham kan maksud saya)
  4. terasa membeli makanan di negara seberang kerana sentiasa ragu2 untuk membeli.
Itulah antara sebab musabab kenapa pia terkejut kerana suasana di pasar malam itu tidak seperti di pasar malam MALAYSIA. ngehe. Sebenarnya tak salah pun suasana spt ini tetapi pia tidak begitu yakin dengan keselamatan diri ketika hendak membeli makanan di pasar itu. sepanjang perjalanan tangan pia kuat memegang tangan along dan kak cik. mereka adalah bodyguard saya yang chumel. pia takde niat nak cakap warga asing dinegara kita ni semuanya merbahaya. tapi cuma agak terkejut sebab pasar malam kat tempat lain takde lah susah sangat nak cari orang 'kita' kan.

Ini semua pendapat pia kerana pengalaman lalu mengajar pia supaya berhati2 dengan warga asing. taksemua jahat tp disebabkan segelintir itulah membuatkan pia berhati2 dgn dorang. ;)

Buah Cempedak di Luar Pagar.

Saya masih baru! Ya! masih baru and masih banyak perlu dipelajari kan? Em, actually pia sangatlah teruja dan nervous in making this blog. ye lah, this is my own blog. mestilah teruja kan. selama hari ini, pia asyik baca blog org laen and nah! now, i have my own blog. bukan nak riak atau menunujuk, tapi pia rasa bila pia ada blog sendiri pia dapat lahirkan pendapat pia and people boleh tau ape yang pia nak sampaikan. hee. pia cuba andaikan, ini lah pendapat people bila baca blog pia.



  1. Blog minah ni membosankan oh!

  2. Dia sangat skema apabila menulis.

  3. Sangat rojak bahasa pia.

  4. Macam bagus je minah ni.

Hehe. so, betul tak apa yang pia andaikan?? Pia rasa people memang akan cakap mcm tu bila baca post ni. Well, bagi people yang kenal pia dorang memang tau pia sangat skema apabila menulis dan sangat suka menggunakan bahasa rojak apabila menulis. so, this is the way i am. For those yang nak komplen, bg nasihat&pendapat anda sangat dialu-alukan sebab pia sangat suka menerima kritikan org lain. Hehe. Pia suka pegang cakap someone yang pernah istimewa dlm hidup pia,"biar orang cakap2 pasal kita.biar orang ketawakan cara kita.asalkan kita tau siapa kita and maybe itulah keistimewaan yg ada pada kita, tp org laen takde." Pia pegang apa yg dia cakap sebab ayat itu sangat dalam maksud dia. hehe. Pia harap ape yang pia akan post nanti tak mengguris perasaan sesiapa and tak menyentuh isu2 sensitive yang tak boleh diterima akal. insyaAllah.


buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.

pia budak masih belajar, salah silap tolong tegurkan.