Sunday, June 21, 2009

Because you love me.

Ayoo. Terlambat post dua hari. hehe. SELAMAT HARI ABAH! hee. Weekend ni sgt bz lah dgn kerja dan jemputan perkahwinan serta hari jadi teman dan sepupu. Tepat pukul 12 tgh mlm ahad lalu pia masuk bilik abah and cium pipi beliau sambil berkata, Happy Father's Day, ABAH! hee. Di sini ada 5 info tentang abah pia yang patut anda tahu:



  1. Nama penuh beliau: MOHD FAOZI BIN MUKHLAS.
  2. Dilahirkan pada 3 APRIL 1960 di Tapah, Perak.
  3. Mempunyai isteri yang sangat jelita; NORJALELAYATI BT MOHAMAd
  4. Dikurniakan 5 puteri dan seorang putera hasil perkongsian hidup bersama isteri tercinta.
  5. Merupakan jurulatih penjaga gol Pasukan Malaysia bawah 23 tahun.
Of course lah kan semua orang kat dunia ni sayang ayah masing2 kn. Macam tu jugak pia. Sayang abah pia sangat2. Abah pia tak pernah kurang bagi didikan agama kat pia. Tak pernah kurang bagi kasih sayang kat pia. Tak pernah kurang bg minum makan kat pia. Senang cakap, semua cukuplah. hehe. Dia sangat kelakar bila buat joke. Tapi, dia memang pantang kalau pia keluar hang out ngn kawan2 balik lepas pukul 8mlm. Kalau terlewat sikit dia akan merajuk ao. haha. Abah pia memang suka merajuk ao. Dia sangat manja dengan anak2 dia yang agak nakal. Dengan isteri dia of course lah lagi manja kan. Haha! :))

Pia admit tak semua orang itu tak sempurna dalam semua hal. Macam tu jugak ape yg pernah berlaku dlm keluarga pia. Tapi semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Alhamdulillah kami sekeluarga makin rapat dan saling menyayangi. hee. Along pia pernah cakap perangai pia banyak ikut abah. Anak abah la katakan. hehe. Jadi, ayuh lihat lima persamaan pia dgn abah ya:

  1. Abah suka sangat karok. Pia pown sama! hehe.

  2. Abah adalah peminat Chelsea. Pia juga!

  3. Abah seorang yang sensitif. Pia pown. hee.

  4. Abah kuat merajuk(dgn family). Pia pun. haha. saja nak manja2.

  5. Abah suka memancing. Pia suka pantai. samalah tu kan. hehe.

Baru2 ni abah kehilangan bapa tersayang yg merupakan atuk pia. Obviously pia nampak abah menangis. Memang dia tak cover2 menangis. Dia dapat menghadap arwah atuk pia sehingga ke akhir pernafasan atuk. Dia sorang je yg dpt. Adk beradik abah yg lain tak dpt tggu atuk sehingga ke akhir pernafasan atuk sebab yang lain tertidur.(walaupun ada skali dlm wad tu). Jadi, bg pia itu lah hadiah yang abah dpt sempena Hari Bapa yg lepas. hee. Fyi, pia adlah pengurut kedua abah selepas emak. Abah cakap pia pandai urut. hehe. Tapi seroiusly oh. Kaki abah keras. Boleh taan sakit la bila urut kaki abah. Tp, pia tak kisah. Demi abah tersayang. Dia lah hero pia. Dia lah superhero pia yang terunggul. haha! ok, di sini pia lampirkan beberapa photos abah yg pia 'kodek' kat dlm lappy beliau. hee. Akhir kata, Selamat Hari Abah! Semoga terhibur! hehe. tQ.





*Pia tujukan lagu because you love me by Celine Dion kpd abah. hee. :D



















Thursday, June 18, 2009

Budi Bahasa Budaya Kita. ;)

Rabu, 16 June 2009, pia rasa BENGANG dan SAKET HATI. kenapa? ini sebab2 nya:
  1. kene pegi kedai seberang buat keje yg bukan keje pia.(fotostat i/c customer org lain.)
  2. kena marah dgn perempuan 'gila' di sebuah kedai fotostat di bandar puteri, puchong.sebabnya pia dtg kedai dia dua tiga kali nak fotostat.

Pia tolong kawan (rakan sekerja) ni sebab dia dapat custoemer utk register Postpaid Celcom. So, itu customer dia, dia punya kerja lah kan. kerja pia hanya register kan customer dia je then bg kat big boss utk di approve kn. Tp, bila tgk dia kelam kabut buat keje, pia pun tolong lah dia. Niat pia nak tolong si penyuruh ni buat keje dia. Okayla, tolong kwn2. Yang buat pia geramnya, salah ke kita pegi kedai fotostat sebab nak fotostat then staff kedai tu marah kita asyik fotostat kat kedai dia.. Tak salah kn? Laen la kita pegi kedai fotostat nak beli roti canai. Mmg patut la perempuan gila tu marah kan. Geramnya pia tao tak. Kita nk bagi dia untung, kita kena marah pulak. Lain kali, jangan bukak kedai fotostat kalau malas nak buat kerja. Haih, menyakitkan hati je. Takde adat sopan langsung. Patut ke layan customer dgn muka yg masam? Haih. Dah mcm singa betina pia tgk muka dia. Lepas ni taknak dah fotostat apa2 kat kedai dia. Takde adab langsung. Kalau orang berbudi kita kenalah berbahasa. Kesian bos dia dapat staff mcm singa betina. ;))

*Mak pia selalu pesan, dengan orang lain tak kira tua atau muda, kita kene berbudi bahasa. Senyum kena selalu. ;D

Thursday, June 11, 2009

saya SUDAH! anda bagaimana?

try this. anda pasti tahu siapa cinta sejati anda.

http://www.secret-loves.com/index.php?test=1642675

*selamat mencuba. aha!

DIA Yang Maha Pemurah!

Alhamdulillah! 11 June 2009 adalah hari yg sgt membuatkan pia bersyukur sujud menyembah Tuhan Yang Esa. Memuji kebesaran Dia Yang Maha Pemurah. Sebab apa? ok, ini dia sebab musababnya:
  1. Alhamdulillah, pointer utk result semester 4 yang lalu meningkat walaupun tak mencapai tahap Dekan.
  2. Dapat book tix utk konsert DATO' SITI NURHALIZA di Istana Budaya! yehoo!
aha! finally, pia dapat jugak pegi ke konsert ct. ini semua berkat kesungguhan Syuhada Johari yang tak pernah putus asa memantau status tix. terima kasih syusyu!ilydm!tanpa usaha syusyu tak mungkin pia dapat pegi ke konsert yg sgt bermakna bg pia. thanks hun! result juga ada peningkatan. sangat bersyukur kpd Allah. berita gembira ini berlaku pada hari yg sama. betapa tuhan itu Maha Agung. Pencipta sekelian alam. Terima kasih Tuhan!

Wednesday, June 10, 2009

Mereka Betul, Saya Salah!

Ada 3 org yang memberi nasihat kat pia. mereka orang yang pia syg sgt.
  1. Norsyafikah Faozi (adik tersayang)
  2. Syuhada Johari ( teman baik)
  3. Rafidah Ramlee (teman sekelas, sgt rapat)
Kebetulan, nasihat mereka serupa. 'jangan cepat suka kat lelaki, nanti kecewa!'... tapi pia degil.cepat sgt suka kat manusia bernama lelaki. endingnya? mmg kecewa lah! Dipermainkan...

* sayang2 ku, pasni pia berubah ye.ngehe!

Monday, June 8, 2009

untuk kamu.

Aku Mau
Lirik Lagu Indonesia Once
Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu
Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu

Pia suka sangat lagu ni. dedikasi untuk 'seseorang'. sangat mendalam. ngehe. ;)

Sunday, June 7, 2009

Sold Out!




I really adore her. Dato' SitiNurHaliza! Pia sangat mencintai karya2 beliau yang sangat sempurna. Pia sangat teringin nak tgk live perfomance beliau sbb pia sangat mengagumi suara beliau. Kalau bakal2 ibu mengidam mangga ketika mabuk pregnant, samalah situasi yang pia alami. mengidam nak tgk Dato' Ct perform live ketika cuti semester.ngehe.(bezanya pia tak pregnant lah.) Pia adore beliau kerana vokal&product yang beliau hasilkan sangat berkualiti. Tak kisah la kisah peribadi beliau mcm mn kan. itu semua dah tertulis oleh Yang Esa utk beliau. tapi! bukan ni yang pia nak zahirkan ape yang pia rasa skg ni.

INI YG PIA RASA SKG!

Pia sangat kecewa!Sedih.Terkilan! sbb ticket utk konsert ekslusif SATU Siti NurHaliza di Istana Budaya pd 26-28 June dah habis. Tix utk RM80&120 DAH HABIS! utk RM300 pun dah habis. Sedih! Pia dapat rasakan pia tak mungkin ada peluang utk pegi ke konsert beliau selepas ini. sbb? nthla.takut Dato'CT x mao buat konsert dah. hehe. pia nak sangat pegi. Mlm tadi mintak tolong syusyu book kn tix sbb dia pun nak pegi.(kami sama2 minat ct.hehe).malangnya, tix dah habis. cyes, bila baca je msg syusyu, mata terus digenangi air mata.hehe. Perasaan mmg sebak sgt. Maybe ade people akan cakap, ala, stakat takdapat pegi konsert ct pun nak nangis, update status kat myspace lah, post kat blog lah. kn?? tapi anda tak tahu betapa pia sangat teringin nak tgk beliau perform secara live ao. anda takkan faham ape pia rasa. TERKILAN sgt. tapi, takpelah. mak cakap maybe takde rezeki. bukan rezeki pia kowt. rezeki people yang berjaya beli tix utk konsert tu. so, TAHNIAH lah pia ucapkan. huhu. Ape2 pun Goodluck utk Dato'Ct utk konsert anda nanti ok?! Walaupun pia takdapat pegi konsert tu, tp pia akan support dai jaoh. hee.


*p/s-Kepada sesiapa yang dah beli tix utk konsert tersebut tapi tak dapat nak pegi, anda bolehlah menjual tiket itu kpd pia ya. email je pia k? kerjasama anda amat dihargai. TQ. ;)

Saturday, June 6, 2009

pasar malam bandung!

6 jun 2009, iaitu semalam. untuk pertama kalinya pia pergi ke salah satu pasar malam yang ada di puchong iaitu di batu14. sangatlah teruja kerana inilah pertama kalinya pia pegi pasar malam yang ada kat puchong semenjak tinggal di puchong hampir 5 tahun. hehe. kebiasaan pia selalu pegi ke pasar malam kelana jaya depan Wisma FAM sebab sambil2 tgk abah training pia akan ke ctu untuk mengisi perot yang lapar. Fyi, yong tau fu kat pasar mlm kj memang superb! lazat! idea nk pegi pasar malam puchong batu14 adalah idea adik pia yang berumur 19tahun. kitorang saja nak try pegi pasar malam kat ctu sebab kebosanan duduk di rumah. Abah takde outstation ke beijing,china. Mak pulak pegi wedding kat Johor Baharu. Peluang untuk kuar malam di ambil ketika parent tiada di rumah.(takde lah malam sgt.pukul 8.45mlm dah sampai uma.) Pia sangat terkejut dan tergamam apabila sampai di pasar malam tersebut. ini sebab2 mengapa pia begitu terkejut dengan suasana di pasar malam itu.
  1. hampir 70% pengunjung di pasar malam tersebut ialah terdiri daripada warga asing seperti warga indonesia,myanmar, nepal dan vietnam.
  2. peniaga kebanyakan terdiri daripada kaum cina,melayu dan india.(bagus sbb masyarakat yang majmuk ttp ke'halal'lan makanan itu diragui.)
  3. suasana seperti di pasar malam bandung, indonesia.(anda faham kan maksud saya)
  4. terasa membeli makanan di negara seberang kerana sentiasa ragu2 untuk membeli.
Itulah antara sebab musabab kenapa pia terkejut kerana suasana di pasar malam itu tidak seperti di pasar malam MALAYSIA. ngehe. Sebenarnya tak salah pun suasana spt ini tetapi pia tidak begitu yakin dengan keselamatan diri ketika hendak membeli makanan di pasar itu. sepanjang perjalanan tangan pia kuat memegang tangan along dan kak cik. mereka adalah bodyguard saya yang chumel. pia takde niat nak cakap warga asing dinegara kita ni semuanya merbahaya. tapi cuma agak terkejut sebab pasar malam kat tempat lain takde lah susah sangat nak cari orang 'kita' kan.

Ini semua pendapat pia kerana pengalaman lalu mengajar pia supaya berhati2 dengan warga asing. taksemua jahat tp disebabkan segelintir itulah membuatkan pia berhati2 dgn dorang. ;)

Buah Cempedak di Luar Pagar.

Saya masih baru! Ya! masih baru and masih banyak perlu dipelajari kan? Em, actually pia sangatlah teruja dan nervous in making this blog. ye lah, this is my own blog. mestilah teruja kan. selama hari ini, pia asyik baca blog org laen and nah! now, i have my own blog. bukan nak riak atau menunujuk, tapi pia rasa bila pia ada blog sendiri pia dapat lahirkan pendapat pia and people boleh tau ape yang pia nak sampaikan. hee. pia cuba andaikan, ini lah pendapat people bila baca blog pia.



  1. Blog minah ni membosankan oh!

  2. Dia sangat skema apabila menulis.

  3. Sangat rojak bahasa pia.

  4. Macam bagus je minah ni.

Hehe. so, betul tak apa yang pia andaikan?? Pia rasa people memang akan cakap mcm tu bila baca post ni. Well, bagi people yang kenal pia dorang memang tau pia sangat skema apabila menulis dan sangat suka menggunakan bahasa rojak apabila menulis. so, this is the way i am. For those yang nak komplen, bg nasihat&pendapat anda sangat dialu-alukan sebab pia sangat suka menerima kritikan org lain. Hehe. Pia suka pegang cakap someone yang pernah istimewa dlm hidup pia,"biar orang cakap2 pasal kita.biar orang ketawakan cara kita.asalkan kita tau siapa kita and maybe itulah keistimewaan yg ada pada kita, tp org laen takde." Pia pegang apa yg dia cakap sebab ayat itu sangat dalam maksud dia. hehe. Pia harap ape yang pia akan post nanti tak mengguris perasaan sesiapa and tak menyentuh isu2 sensitive yang tak boleh diterima akal. insyaAllah.


buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.

pia budak masih belajar, salah silap tolong tegurkan.