Friday, April 16, 2010

i am sooo in love with him!




Tiada katakata yang dapat membayangkan
betapa Pia sedang dilamun cinta padanya
Oh Tuhan, dia sangat comel,
sangat Charming.
Pia suka suaranya.Pia suka perwatakannya.
&& Pia suka senyumannya.
Ya Tuhan, hampir pengsan dibuatnya.
He is my new crush. Berharap jodoh pia muka mcm dia.

I hope soo.


Tim Urban!! I love you! *shouting





Friday, April 2, 2010

Takziah.

Salam utk semua,

Tatkala menulis ini entry, perasaan pia sangat berkecamuk. Sedih,pilu dan terasa kehilangan. Pada 28th March 2010 pia kehilangan buah hati yang sangat pia sayang. Yang pia curahkan rasa hati kat dia. Yang pia curahkan kasih sayang tidak terhingga. Hampir dua tahun kami bersama. Akhirnya dia pergi meninggalkan pia dalam keadaan tidak bersedia. My Mr. Laptop. :'( Dia yang merupakan sebahagian dari hidup pia. Tempat pia berkongsi cerita. Kesemua idea creative pia curahkan kat dia. Dia lah pendengar setia pia. Betapa hancur berderai hati pia tatkala seseoraang memberitahu Mr. Laptop hilang.

Pia, kami sekumpulan nak minta maaf kat pia, Laptop pia hilang, (Aqilah, 2010).

Ia telah dipinjam oleh seorang classmate pia yang mahu mengCHARGE handphone nya pada tarikh di mana kami sedang sibuk dengan Karnival 1Media 1Malaysia. Dan pia amanat kan kepada seorang lagi rakan kelas pia untuk menjaga nya baikbaik. Berat hati nak berpisah dengan laptop pia masa tu. Keesokan harinya pia call lah dua orang rakan kelas pia sebab nak pakai laptop itu. Malangnya, masingmasinng berdolak dalih. Dan akhirnya qila bagitahu ia nya telah hilang. OKAY. Di saat mendengar berita itu pia seakan akan mahu menjerit, berlari mencari ruang untuk pia meraung sekuat hati. Dengan sepantas kilat wajah mak abah terlintas di fikiran pia. Oh Tuhan, aku telah menghampakan mak dan abah. Hello, i noe it just a LAPTOP. Tapi, tahukah anda betapa susahnya pia nak dpt laptop itu? Betapa berharganya laptop itu? Betapa banyak nya dokumen penting dalam laptop itu. Pia bukan org senang yang boleh tukartukar laptop macam tukar handphone. OH, itu bukan saya. Saya belajar untuk menjadi susah untuk mendapatkan sesuatu.

Sungguh, pia sangat kecewa dengan kehilangan ini. Banyak benda penting dalam laptop pia tu. Pia bercitacita untuk menjadi personaliti tv dan penulis.nJikalau ada orang menyiarkan gambar pia yang tidak bertudung untuk tujuan tidak baik, tidakkah ia merosakkan karier pia? Hmm. Hampir tiga novel telah pia siapkan. Pia bercitacita untuk menerbitkan hasil nukilan pia. Pia juga telah menyiapkan satu skrip cerita pendek untuk tujuan suka suka. Malangnya, ia hilang begitu saja. Anda faham kan betapa terluka nya saya dengan kehilangan ini? Respon orang ramai terhadap kehilangan ini; Ada gambar bogel pia tak dalam laptop tu? Alhamdulillah, tuhan masih kurniakan pia akal yang waras untuk berfikir. Tidak terlintas di kotak fikiran pia pun untuk bendabenda bodoh itu. Cuma yang ada adalah gambar pia tidak bertudung. Haih, zaman teknologi moden sekarang, ape2 pon boleh jadi. Pia harap gambar2 pia tidak disalahgunakan oleh pihak yg tidak bertanggung jawab. Pia kini sudah boleh menerima takdir yang pia telah kehilangan laptop tersayang. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Dan pia sudah memaafkan dua rakan kelas pia yang cuai itu. Ini telah menjadi pengajaran kepada pia. Tak semua barang peribadi boleh dipinjamkan dan ta semestinya kita perlu murah hati. Kadangkala kedekut dan selfish itu patut dalam sesetengah situasi.

Selang beberapa hari pia bersedih dengan kehilangan laptop pia tersentak lagi dengan berita kehilangan Arwah Din Beramboi yang sangat kelakar dan happy go lucky. Pia hanya mengenali beliau sebagai peminat namun pia juga terasa kehilangan beliau sebagai pelawak tanah air. Pia mula menonton bakat beliau dalam cerita BULI di mana dialog beliau yang pia ingat sekarang, Makanlah pil, Lu Slim Lah Beb. Haha. Memang klaka. Tapi, apakan daya tuhan lebih menyayangi arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.


Al-Fatihah utk arwah.

Sesungguhnya setiap kehilangan itu ada penggantinya, mungkin ia tak sama tapi ia tetap anugerah dari yang Maha Kuasa. :)