Wednesday, June 30, 2010

I miss you.

Saya rindu mereka.

Hampir sebulan setengah pia bekerja di Secret Recipe, IOI Mall. Banyak benda pia belajar. Sangat banyak. And bermacam-macam perangai yang pia jumpa. Pia sayang my secret Recipe's family. Dorang sangat gilagila okayy. Dari Cake Counter, Barista, Service sampailah ke kitchen. Semua best!

This is the person i miss the most. Azmi namanya. Berumur 19tahun. Sangat kelakar and very very nice boy. haha. Azmi suka tolong pia kat dapur if pia sorangsorang takde orang nak tolong. And dia sangat suka masak dengan gaya ala-ala mamak. Sangat kelakar oke. Satu perangai noty kitorang ialah curi tulang pergi kat kedai aiskrim soya,Q Bean, lepak makan aiskrim. Sedapnya! Faveret pia tao. Haih. Rindu kat adik pia yang sorang ni. Thanks a lot Azmi banyak tolong Kak Pia and make my day at SR happy all the time.
This cute girl is Renn. Dia bahagian kitchen sama ngan pia tao. Terer masak nii. Laju je kalau dia masak. Pia sangat sayang kan ini budak chumel. Sebab, dia pun suka buat pia ketawa. And dia suka sangat menyakat pia. Renn ni sangat best sebab dia suka dengar pia bercerita and pia suka dengar dia bercerita. Kira cam Plate Talk lahh. haha. From her story, Pia dapat tahu tentang kehidupan dia yang sangat berdikari. Renn, Kak Pia loves you so much!

Haha. Comel tak kami? Gadis manis ni namanya Hafizah Zuriani. She is very talkative. && sangat supportive orangnya. Dia sangat mencintai Afiqnya(boyfie dia). Hehe. Fiza adalah antara orang pertama yang tegur pia masa pia mulamula kerja kat SR. Kitorang sekepala sebab kitorang suka try macammacam makanan tau. Best sangat. Bila dah habis makan, kitorang akan buat survey utk shopping. Masuk Body Shop try macammacam perfume. Haha. Yang klakanya kitorang nak berhenti sebab nak continue study pun kitorang plan hantar surat resign samasama. Tarikh berhenti pun sama. Hehe. Fiza study kat UiTM Shah Alam. Ambil TESL. Harapharap nanti dapat jumpa dia.

Kak Nor, Kak Noni, Kak Eni, Panjang, Thinesh, Sani, Kak Fiza, Zatty and Uncle. Korang pun pia sayang oke. Thanks for the best memory. I'll always remember every second the time we shared together. InsyaAllah.
I love you guys.

Thursday, June 24, 2010

Top of The World.




Ya. ya. Saya tahu ia sangat lambat untuk mengWISHkan Selamat Hari Ibu kepada ibuibu di seluruh dunia, terutama kepada Puan NorJalelayati bt Mohamad yang menetap di Puchong. Tapi, it's oklah kann? Tak tertakluk kat manamana undangundang didunia yang menyatakan ucapan hari ibu perlu diucap pada hari ibu sahaja. Ada ke?? Tak de kann. Kasih sayang untuk ibu tidak perlu ditunjuk pada hari ibu sahaja. Tapi, masa hari ibu tuu pia ade wish kat omak eden. Sambil menghadiahkan kucupan di pipi. Hehe. Cuma lambat nak post kat blog ku ini tentang ibuku yang sangat pia sayangi. Mai baca tentang Mak cheq yang tersayang ni.

Sekali lagi, Ibu pia bernama NorJalelayati bt Mohamad. Unik kan nama mak? Hmm, mestilah. Orangnya pun unik tau. Cuba korang google nama mak pia, takkan jumpa pny. Bak kata Nabilla Suleiman, Nanadonya. Hehe. Beliau dilahirkan di Tapah, Perak. Satu kampung ngan abah. Emak anak cikgu yang ketika itu adalah ketua kampung. Menurut abah, oleh sebab itu, ramai yang mengenali emak yang ketika itu sangat aktif bersukan hoki sehingga bermain ke peringkat negeri Perak. Mak cite kat pia and my sibling. Arwah opah pia suka membebel sebab emak tak lekat kat uma. Asyik gi Ipoh ade training hoki. Tapi lamalama arwah opah pown tak larat nak membebel. Minat, mana boleh laranglarang. Kann? Mak bersekolah di Sek. Ren. Kebangsaan Satu, Jalan Hospital, Tapah, Perak && Sek. Men. Hamed Khan, Tapah, Perak. Orang jati Perak le yeop! Hehe.

Semasa di tingkatan lima, mak menyertai pertukaran pelajar Malaysia ke Iowa, United State of America. Mak pia ni rajin bercerita. Dia cerita, masa kat US dulu dia happy sangat. Sebab ada keluarga angkat yang baikbaik. Dapat rasa empat musim kat sana. Sekolah kat sana. Mak byk cite environment and culture orang sana. Haih, macammacam lah perangai orang sana. Alhamdulillah mak tak terpengaruh ngan budaya kuning sana. Mak kadangkadang malu je bila kitorang adik beradik tengok gambar emak pakai skirt pendek. Shorts. Tapi, kitorang cakap kat emak. " Takpe makk. rilexx ah. kitorang paham. Jiwa remaja. Haha".

Tapi bila balik Malaysia, mak still tak lupa budaya Malaysia. Habis SPM mak kerja cikgu sementara and terus berkhwani dengan abah. (Abah berkawan ngn mak since form 3. Pastu sanggup tunggu mak sampai mak balik dari US. Sweet je abah. hihi) Bila dah berkhawin, mak benti jadi cikgu dan jadi suri rumah sepenuh masa sehingga sekarang.. Oke, apa yang pia dapat simpulkan tentang mak, beliau sangan tabah orangnya. Sedikit tegas, tapi sporting gila. Seumur idop pia, susah nak tengok mak menangis sebabsebab benda kecik ni. Hanya yang melibatkan kematian orangorang yang tersayang je beliau menangis. Kalau sebab lain memang mak tak menangis depan kitorang. Pia ade tanya mak, kenapa mak tak nangis depan kitorang eh even pasal benda Besar ponn. Mak menjawab, kalau mak tak kuat depan anak anak mak, macam mana anak mak nak kuat? Betapa tabahnya mak pia kann?

Pia dari kecik sampai dah besar lebar ni, hihi, tak pernah kurang mendapat kasih sayang, makan minum, jaga pakai, didikan agama dari makk tao. Mak tak macam kawankawan, adik beradik dia yang lain, bekerja, ada duit poket sendiri. Tugas mak menjaga keluarga dia. Tak bekerja. Walaupun begitu, itulah pekerjaan yang mulia di sisi tuhan. Apa yang abah bagi lebih dari cukup.Kitorang tak pernah tak makan, tak minum. Tak pernah. Semuanya cukup! Kitorang bangun tido je ada sarapan, tengah hari mak dah siap masak. kain baju dah basuh lipat. malam makan lagi. Ulangkaji mak kat seblah. Kalau tak buat habis lah kena membebel. Betapa terjaga nya pia yang bergelar si anak. Semuanya sangat terjaga. Tanya je apa yang pia suka makan, apa yang pia suka buat, apa yang pia benci. semua mak tau. She is the person yang tau segalanya pasal pia. SEGALANYA. Mak sangat menyayangi keenam enam anaknya. Takde perbezaan, semua sayang tao. Husband dia lagi lahhh dia sayangg. : )

Betapa mulianya insan bergelar mak. Kecik kecik pia suka buat mak marah, sedihh. Tapi mak tak pernah mengukit, mengguris hati pia. Beliau lah my REAL bestfriend. Semua masalah, pia kan cite kat mak. Even pasal cinta. Dia lahh pia akan rujuk. Siapa crush pia. Takde rahsia antara kita. Cheewah. hihi. Tak pernah mengkhianati pia, mahupun memburukkan pia kepada sesiapa. Itu lahh mak, my bestfriend. my Besty. Jadi, kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, sayangilah ibu anda. seburuk mana ibu anda, secantik mana ibu anda, mereka tetap ibu kita. Janganlah menjaja cerita yang tak enak tentang ibu, kerana mereka terlalu mulia. sangat mulia. darjat seorang ibu telalu tinggi. tak layak dihina. Itulah harga seorang insan bergelar MAK!

SELAMAT HARI IBU, EMAK!
AKAK LOVES YOU SO MUCH!

Wednesday, June 16, 2010

Resigned.


Saya sudah meletakan jawatan sebagai Part Time Kitchen Helper di Secret Recipe and Cakes di IOI Mall, Puchong, Selangor. Hehe.
Sebab sebabnya saya mahu berehat di rumah sementara tunggu continue study 5hb July ni.

Banyak pengalaman yang Pia dapat di sana.

&& Keluarga di SR pown semua baikbaik.

Sayang dorang semua.

LOVE.

Alhamdulillah. Terima Kasih, Tuhan.


Alhamdulillah.
Sujud menyembah Allah.

Walaupun tak 4FLAT.

3.86 utk pointer semester ENAM sudah cukup.

Walaupun org lain study bagai nak rak.

Pia habiskan masa study dengan TIDO.

Tuhan Yang Esa tetap memberi rezeki yang tidak terhingga.


Terima Kasih,
Ya Allah.

Tahniah juga kepada rakanrakan UiTM Melaka yang mendapat result cemerlang utk semester ENAM, sekaligus penutup bagi DIPLOMA. Anda berhak untuk apa yang anda usahakan. TAHNIAH!