Friday, November 26, 2010

Satu hari lagi!

Peeps!
Esok saya Konvo.
Doakan semuanya ok, yeah?
Weeeeee~

Thursday, November 25, 2010

Kesayangan Hamba


Cuti semester ini, pia dan keluarga banyak menghabiskan masa bersama. Kebetulan abah cuti seminggu before outstation ke Indonesia utk Piala Suzuki. And Alhamdulillahh abah sempat beraya Qurban bersama sama. And yah, hari konvokesyen saya nanti juga abah sempat datang. All my family members will celebrate together my convocation day. Awesome! Hee.

A day after raya haji, we watched malay movie together at Cineleisure, Damansara. Pia takmao sebut nama itu malay film, sebab takut kena saman. Yelaa, siapa pia nak kritik film kann. Kang tak pasal pasal kena. Hehe. Tapi, what can i say is that film really wasted our money. eh, bukan our money but abah's money. hehe. Cerita tuu
kelakar. Tapi tak semua scene dia kelakar. Some part sangat bosan ohh. Kali ni, pengarah filem cerita ni tak dapat buat filem dia best mcm filem dia yang sebelum ni. Hmm. Tapi takpelaa. Nak support film Malaysia punya pasal. No regret. Eh, yang penting bukan cerita Dua Alam yang kitorang nonton eh. Haha!

Pastu, kitorang bercuti ke Bukit Gambang Resort. Best! Along and Angah tak join sebab kerja. Tempat tu best walaupun makanan kat resort tuu so so je. hee. Kitorang g mandi kat Gambang Waterpark. Best juga. Pening kepala naik roller coaster air. Main ombak. Best! Hehe. Ohyah, Raya haji kali ni best juga. Cuma takde duit raya je. hehe. Jumpa sanak saudara. Tapi kosong. Sebab arwah atuk takde. oh, rindu nya kat arwah. hmm. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Ayuh sedekahkahkan Al-Fatihah buat arwah atuk pia. Thanks. =)

Pia ade upload gambar kami bersama. Gambar gambar kesayangan pia, yokk lihat!

Hari Raya Qurban. :)
Mak ngan abah pegang cucu. Hehe. Midhi's dauhgter.
Comel kannn? (abah nampak kekok. haha)

Before the movie start, kitorang warm up dulu. hehe

kesayangan hamba. tehee

:D
intan payung

Weee. (tak tau nak letak caption ape dahh. hehe)
atas tu angah.
bawah kak cik.
gambar kat atas, along ngan angah. My preety sister.
see adik. kemain dia. haha
Before ke rumah mak ngah for celebrate the Hari Raya Qurban.


I LOVE THEM.
The reason why i love them very muchie and crunchy (aha!) are :
i) they are cool
ii) they are very understanding
iii) ehem. they are not cakap cakap belakang. ahah!
iv) very supportive
.and.
THEY ARE MY FAMILY. love

Tuesday, November 23, 2010

Amazed me.


" Buang sahaja hukum Karma.
Pegang sahaja kepada Qada' & Qadar.
Kau Islam kan? ( Syazwani Zawawi, 2010). "

Quotation di atas saya perolehi daripada wall facebook kakak sepupu saya yang kini bergelar peguam. Jikalau ada kelapangan, saya suka intai intai wall facebook beliau. Kerana apa? Kerana setiap yang statusnya yang ditulis sentiasa membuka mata saya yang sepet ini. Pia tertarik dengan kata kata kakak sepupu pia ni. Dahulu kala, pia juga berpegang pada hukum karma. Siapa yang bersalah akan kena hukum karma. Tapi, bila pia baca quote ni, pia betul betul terasa ada sesuatu menikam hati pia ni. hehe. Pia terasa macam pia ni hina kerdil dan akal pia ni cetek sangat. Yang nak percaya dengan hukum karma sangat tu kenapa. Kau kan ada tuhan. Percaya lah pada qada' dan qadar. Pia berbisik dalam hati. hee. Sekarang ni. pia dah ubah prinsip hidup pia. Setiap terjadi pasti ada hikmahnya. Segala yang terjadi dan akan terjadi sudah ditulis oleh Allah S.W.T. Siapa kita untuk mempertikaikannya.



*thanks Kak Seri. ILY! Muahh. :)

Sunday, November 21, 2010

berdosa kah aku?

Assalamualaikum.
Kali ini, entry pia lebih serius dan terbuka. Sebelum pia memulakan penulisan ni, pia minta maaf jikalau ada yang rasa tak puas hati atau tidak boleh terima dengan entry ini. Sebenarnya, pia sangat terluka dengan keterbukaan orang kita di kala ini. Terlampau terbuka menerima segala yang tidak bermoral untuk diadaptasikan ke dalam budaya ketimuran kita. Terlampau teruja dengan keterbukaan yang menghancurkan perjuangan agama kita. Terlampau bermegah dengan keterbukaan yang membawa kemurkaan yang Maha Esa. Orang Melayu kita dengan secara rela menerima yang haram untuk dihalalkan. Oh, alangkah sedihnya pia dengan keadaan yang sungguh mengharukan ini.

Tak faham apa yang pia cuba sampaikan? Lihat saja sekeliling. Buka saja laman sosial, layari saja laman sesawang. Banyak gambar-gambar orang Melayu Islam dengan bangga meneguk arak seakan-akan arak itu adalah air mineral yang halal untuk diminum. walhal, arak itu setitik sahaja jikalau diminum, bergelen gelen dosa yang perlu ditanggung. Jangan salahkan remaja belasan tahun ini sahaja atas kesalahan yang memalukan ini. Salahkan juga mereka yang berumur juga kerana ada antara mereka yang meneguk air syaitan yang haram ini. Sejak azali lagi, kita memang tahu bahawa arak itu haram untuk diminum. Minuman yang memabukkan haram untuk diminum. Tapi kenapa ramai yang masih buat buat amnesia pabila mengikut nafsu daripada akal, meneguk air haram ini. Pia sendiri tak faham. Mungkin kerana mahu mengikuti gaya hidup yang urban, lantas menghalalkan ape yang haram? Mereka fikir mereka sangat cool dan 'uptodate' pabila meneguk arak di khalayak ramau. Dan orang orang yang masih dengan gaya hidup tradisional, yang mana tidak ikut trend trend muda mudi sekarang adalah orang orang yang mundur? Alahai, sebenarnya mereka lagi cetek pemikiran. Cetek dengan ilmu agama. Cetek dengan pengetahuan dosa dan pahala. Tak takut kah anda dengan dosa dan azab neraka? Tak takutkah anda dengan kemurkaan Allah lalu menurunkan bala? MasyaAllah.. Di sini pia ade sediakan link yang korang boleh rujuk. Betapa maha dasyatnya azab di neraka bagi orang orang yang minum arak di dunia. Hukum minum arak.

Pia sendiri seorang hambaNya yang masih lagi terkapai-kapai untuk mengawal nafsu daripada melakukan dosa dosa. Pia sendiri tidak sempurna untuk digelar Muslimah sejati. Solat pia masih tidak cukup lima waktunya. Aurat pia masih lagi perlu dijaga dengan sempurnanya. Pergaulan pia masih lagi perlu dibataskan. Tapi, selagi terdaya pia cuba menjauhkan diri dari dosa dosa besar ini. Pia bukan nak tunjuk baik, nak tunjuk hebat untuk memperkatakan tentang isu ini. Tetapi, sebagai umat Islam yang hidup bermasyarakat, pia perlu menegur sedikit ape yang salah.

Apa yang mendorong pia menulis entry ini kerana pia tertarik dengan seorang pengguna facebook, memberi komen terhadap video dua remaja Melayu Islam berciuman di depan KLCC di sebuah laman sesawang. Ramai yang marah dengan tindakan memalukan dua ramaja ni. Ada juga yang back up dua remaja ni, dorang cakap kubur lain lain. Biarlah dorang nak buat ape, dosa dorang yang tanggung. Pastu, ada sorang mamat ni balas balik komen tadi. Dia cakap, "memang kubur lain lain. Masing masing tanggung dosa. Tapi bala dari Allah sama sama tanggung". Apa yang mamat ni tulis memang betul betul buat pia terfikir. terkesima kejap. Betul juga. Kita buat buat pekak, buat buat buta pabila melihat kaum kita buat dosa dosa besar. Tapi, tidak ramai antara kita tidak cuba bersuara, mencelikkan mata dengan menegur apa yang tidak betul. Keran pasti kita balik dicelar, dicerca dengan perkataan, 'eleh, macamla kau baik sangat'. kan? kan? Pepatah lama ada cakap, jangan jaga tepi kain orang.Tapi, kita perlulah ingat. Kita ada tuhan, kita ada agama. Kita hidup bermasyarakat. Kita semua adalah umat Nabi Muhammad S.A.W. Jikalau kita buat dosa dosa besar, bala pasti akan diturunkan. Orang orang yang tidak bersalah pasti terkena bala itu.

Jadi, sebagai umat Islam yang mengambil berat, pia nak jalankan tanggung jawab pia untuk menegur orang Melayu Islam kita supaya sudah sudahlah tu. Ubahlah gaya hidup anda ke jalan yang diredhainya. Hidup di dunia hanya sementara. Yang kekal itu akhirat. Renung-renungkanlah. Maaf jikalau terkasar bahasa. :)


Wednesday, November 17, 2010

Over Excited!

Hehe. Sedang senyum lebar.
Puas, sebab baju konvokesyen dah beli.
Yeay! Terima kasih abah. Baju yang abah beli kt Vietnam tuu cantik.
Menampakkan saya kurus sikit dari yang realiti. Tehee.
Warna jingga. Striking. Takut je pia yang nampak beria on that day.
Tak pelaah. Nampak berseri dengan badan yang sgt berisi. haha!
Sedang berkira kira untuk membeli kasut dan shawl pula.
Tapi kena tunggu along & angah ambil cuti.
Hehe. Boleh payungkan. Wee~
Ahad ni ambil jubah dan raptai.
Lalala. tak sabarnya.


(saya tahu saya agak over. yelaa, tak pernah konvo. teruja dia lain macam. minta minta semuanya ok sementara menunggu hari konvo saya. Semoga tuhan panjangkan usia saya untuk merasai detik berkonvokesyen. hehe. ;) )

Wednesday, November 10, 2010

Made in Malaysia.

Anda suka barangan buatan Malaysia? Seberapa banyak produk Malaysia kah yang anda miliki ketika ini? Haaa. Tercengang nak jawab. hehe. Pia tau, ramai yang tak memerlukan kalkulator utk jawab benda ni. Boleh kira pakai jari tangan je. Kann? hee. Sama lah macam pia. semua produk yang pia pakai buatan negara orang. Sebab dari kecil kita didedahkan dengan barangan luar. Tapi! Pia pakai barang luar, tak semestinya pia tak support barangan tempatan. Contohnya, pia support Simply Siti. hehe. Support usahawan tempatan lah tuu.wink.wink (Hajar,2010). hehe. Bukan sahaja produk tempatan kita di anak tirikan oleh rakyat tempatan, malahan kerjaya anak anak watan juga diperlekehkan. Pia tak ckp semua rakyat Malaysia begitu, tapi sesetengah mereka yang merasakan merka begitu URBAN untuk malu dan tidak menyokong apa jua yang berkaitan dengan produk tempatan. Kononnya tak bandar lah sokong pasukan kebangsaan. Baik skong EPL, baru up too date. hehe.

Melalui pemerhatian pia di laman sosial, trend anak muda kita sekarang terlalu mengagungkan orang luar. Okay, pia ambil contoh bola sepak. Yeah, semua org tahu EPL sedang menjadi kegilaan generasi muda rakyat Malaysia. Ada yang sanggup berjaga malam, melabur ratusan ringgit untuk beli produk EPL. Bangga mempamerkan barangan kelab inggeris kebaanggan mereka. Hey, pia tak cakap itu salah. Nooo. takde undang undang dunia pun tulis salah menyokong kelab bola sepak luar. Pia punn tengok EPL. And i'm a big fan of Chelsea FC. Tetapi, when it comes to nasionalism, orang kita kalah. Maksud pia, orang kita lebih sanggup mencurahkan air mata, bertumbuk bertampar demi kelab inggeris kebanggan mereka berbanding duduk ramai ramai di restoran mamak mengikuti liga bola sepak tempatan. Berapa kerat je yang sokong kelab bola sepak tempatan. Tetapi, pia puji semangat penyokong Kelantan FC, dorang menjadi satu fenomena kat sejarah bola sepak negara kita. memang sgt supportive ok. Memang lah kadang2 dorg ni aggressive sikit, tapi, semangat dorg harus kita puji. Setia menyokong. Kalau liga Malaysia, stadium pasti meriah dengan penyokong negeri masing masing. Walaubagaimanapun, pia sangat sedih. Sebab, bila national team kita main kat stadium, alahai, seciput je yang datang. Tak percaya? Pergilah turun tengok. Haritu Malaysia lawan Korea Selatan, ada ke patut rakyat Malaysia pakai jersi korea then dduk dengan penyokong korea. Aik? tiba tiba dia tukar warga negara pulak. Tapi, bila nak minta subsidi, pinajaman rumah dan PTPTN, barulah nak mengaku rakyat Malaysia. Sangat memalukan. Haish. Namun begitu, kekecewaan pia terubat bila tengok semangat ULTRAS,kelab penyokong National team tak jemu dtg stadium, bersemangat bersorak untuk menyokong wira negara. You guys memang amazing!

Pia sangat emosi bila orang memperlekehkan corak permainan pasukan kebangsaan. Kalau korg nak compare pasukan kebangsaan dengan Barcelona memang lah jauh langit dengan bumi. Tapi, korg kena ingat, kita ada banyak kemajuan. Pia bukan lah terer pasal bola ni. tau tgk je, tapi, sebagai pemerhati pia nampak banyak kemajuan kita capai. pelan pelan kayuh lah bang. mana ada orang dari bawah boleh cepat sampai puncak. mesti ada jatuh bangunnya. Tak gituu? hehe. Ada sorang hamba Allah ni, dia ada ckp kat pia, "Ala, sebab ayah kau jurulatih penjaga gol bola, memang lah kau support national team". Amboi3. sedap mulut berkata kata ye. hehe. Yes! I do admit that statement. Korg memang anak durhaka lah kalau tak support ayah korang sendiri. Pia membesar dengan environment bola sepak. kecik kecik lagi dah ikut abah training. Pegi stadium tgk bola. So, benda tu dah ada dalam darah pia. Kalau abah bukan one of the team pun, pia akan support produk kita.

Pia bukan sahaja support bola sepak tempatan, malahan karya tempatan pun pia support. Lebih baik habiskan duit tengok filem melayu. Tapi, pandai pandai pilihlah. janganlah pegi tengok yang merepek tuu. hihi. Bagi pia, karya luar tgk dvd pu takpe. hehe. kalau kita tak tgk kat wayang pun muvie dorang, dorg tetap kaya kann? hehe. Tak semua filem Malaysia hancus. Filem Malaysia makin best ok... Arwah Yasmin Ahmad dan Khabir Bahtia buatkan pia yakin dengan filem tempatan. See! Kita dah boleh berjengket sedikit untuk diri sama tinggi dengan karya luar. Walaupun taklah berdiri sama tinggi, masih perlu berjengket, tapi kita hampir hampir untuk sama sama memberi persaingan dgn karya luar. I'm so proud!

Kita janganlah terlalu bongkak dan bodoh sombong untuk terima kehebatan negara luar. Dari segi skill permainan, kehebatang filem dorang. Kita perlu tengok. Kita support juga. Pia layann cerita Hollywood, Bollywood, EPL tuu semua. Sebab kos yang pia belajar menuntut pia untuk sentiasa update dengan isu semasa. Bila kita kagum kehebatan mereka, kita perlu ikut mereka untuk jadi lebih hebat. Perbaiki kelemahan kita. Tapi, kita janganlah mengagungkan mereka sehingga kita lupa siapa kita. Sehingga kita menggadai maruah negara kita. Sehingga kita malu nak mengaku siapa kita. Ohh. itu memalukan. Apa yang kita baca, tengok mencerminkan siapa kita. Tak salah tgk EPL kat mamak dengan kawan2. tapi, bila pasukan kebangsaan main, semua kuncup macam pokok semalu. Masing2 kena amnesia,lupa dia org MALAYSIA. Kutuk kutuk pasukan kita. bila sowh g stadium taknak, tapi nak kritik kemain dia. hehe. Korg rasa ke kepuasan sebenar bila kelab inggeris korang menang? hmm. Bagi pia, kepuasan yang sangat maksima ialah bila tengok pasukan kebangsaan kita main. kalah ke, menang ke. kita rasa semangat itu. Marilah sama sama kita sokong barangan dan produk Malaysia. Ingat, Malaysia, Tanah Tumpah Darahku. Siapa yang nak pertahankan Malaysia kalau bukan kita. Anda mentertawakan pasukan kebangsaan? Filem Melayu? sama seperti anda mengejek diri anda sendiri.

p/s: Wah, tiba tiba pia serious tau. hehe. Apa yang baik korang ikut lah. yang tak baik. ignore je ok. Maaf kalau ada yang tak suka dengan entry ini. :)



Tuesday, November 9, 2010

bosan.

Saya tidak punya mood untuk berceloteh.
Ada mood saya celoteh banyakbanyak ok.
Maaf. :)