Sunday, December 16, 2012

Fairytale

Orang kata, kalau bercinta dunia itu indah belaka. Tengok handphone senyum sorang-sorang. Dengar lagu cinta perasan sorang-sorang. Tengok hero drama Melayu, nampak macam dia. Kita rasa kita paling bahagia. Rupanya apa yang orang kata memang betul. Sebab aku tengah merasa apa yang orang kata. Ramai juga orang bagitahu, kalau sabar tu pasti ada ganjarannya. Tak salah menunggu kerana semua dah ditentukanNya. Sekarang aku percaya apa orang bagitahu. Lima tahun aku tunggu, aku rasa berbaloi.

Selalu aku tengok cerita cinta di kaca televisyen. Aku selalu rasa itu semua karut. Mana ada manis macam tu. Tapi sekarang apa yang aku tonton aku rasa macam aku pula jadi watak utamanya.

Bandar Hilir Melaka, iceberg, sejambak mawar merah, sehelai selendang, stadium. Semua itu kali pertama dalam hidup aku. Sebab itu aku cakap sekarang aku percaya cerita cinta dongeng yang aku pernah tonton dan aku menjadi watak utamanya. Kerana aku rasa manisnya.

Dia sangat manis dan aku akan jaga supaya tidak bersemut. Dia sangat penyayang sampai aku rasa aku tidak dibenci. Dia sangat kelakar sampai aku rasa Jozan pun pasti tewas jika bertanding. Dan sebagaimana dia ikhlas, begitu juga aku rasa. 


Aku harap ini persinggahan yang terakhir. Aku bukan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main sampai lewat senja. Sampai jatuh berdarah lepas tu ambil masa nak sembuh. Aku yakin dengan apa yang dah aku pilih. Bak kata orang Inggeris, I found my Mr.Right. Sayang aku sungguh ikhlas dan nyata. Semuanya masih baru tapi aku berdoa setiap hari supaya apa yang aku pilih ini kekal ke syurga hendaknya.  Terima kasih yang mendoakan. Aku juga mendoakan untuk kalian juga. :)

I ♥ MFK

Tuesday, December 4, 2012

Iloveyou

"Thank God I found you I was lost lost without you. My every wish and every dream Somehow became reality When you brought the sunlight, Completed my whole life I'm overwhelmed with gratitude Cause baby I'm so thankful i found you"
-Mariah Carey ft 98 Degrees-

Tuesday, October 9, 2012

Ini mengujakan!

Status penganggur tegar yang masih belum menerima apa-apa tawaran bekerja buat aku aktif berblogging. Hari ni aku nak sambung entry semalam. Perihal majlis perkahwinan kakak sulung dn kakak 2nd aku baru-baru ni, Along dan Angah. Mari aku perkenalkan dua insan yang sangat aku sayang sepenuh hati jiwa raga. 

Yang kiri itu angah dan yang kanan itu along. Yang tengah si cantik manis lagi bergaya itu adalah aku. Ya, aku memang suka angkat bakul sendiri. Dua wanita cantik di atas adalah kakak-kakak yang secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi dan membentuknya diri aku sekarang. Dari mereka aku belajar mengenali kumpulan Backstreetboy, Nsync, KRU, Britney Spears, Elite dan seangkatannya. Daripada mereka aku belajar buat buku lirik masa sekolah rendah juga buku biodata. Daripada mereka aku belajar pakai tudung letak pengeras nak bagi nampak bulat, *trendmasadulu*. Daripada mereka juga aku belajar rajin-rajin walaupun aku tak berapa nak rajin. Tapi ini lagi penting, daripada along dan angah aku belajar menjadi manusia berguna.

Aku bersyukur tak terhingga kerana aku dikurniakan dua kakak yang begitu ambil berat dan sayangkan aku. Mereka tak cakap tapi aku tahu. Walaupun keduanya perangai berbeza. Sorang pelupa, sorang lagi garang. Tapi dorang ni baik hati, lemah lembut, penyayang dan paling penting bertanggungjawab. Itu yang penting. Tak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang anak dan kakak. Kadang-kadang belanja makan, belanja shopping. Itu yang aku suka. *ketawa*. 


Hidup kami selama 23 tahun aku hidup, sentiasa gembira. Pernah, dugaan besar datang melanda. Tapi itu semua penguat kasih sayang kami. Aku, kakcik, abang dan adik rasa bertuah ada kakak-kakak seperti mereka apatah lagi abah dan emak yang melahirkan mereka. Mesti berbangga dengan along dan angah.


Marilah aku cerita sedikit tentang along dan angah. Along ni seorang kakak yang lemah lembut, blur, pelupa dan rajin. Dulu dia pengawas sekolah dan kini memiliki Master dalam bidang Agriculture Business. Oleh kerana sifat seorang kakak sulung yang sentiasa mahu mendidik adik-adiknya menebal dalam diri, along kini menjadi pensyarah di UiTM Kuala Pilah. Seorang pensyarah muda yang boleh tahan garangnya. Apa yang aku suka tentang along, dia suka bagi nasihat yang matang dan bernas. Along ni kelakar sebab blur. Kadang-kadang dia suka buat orang ketawa sebab lawak dia macam lawak Amir I'm Sorry. *ketawa*. Along jangan marah ha. 


Angah pula seorang yang sangat tegas. Ya, sikap tegas dia itu dari kecil dah boleh nampak sebab dia suka gigit anak orang and dia pernah kena sound dengan mak kawan dia masa kecil sebab gigit anak makcik tu. Nampak tak ciri-ciri tegas angah? *ketawa* Angah juga seorang yang berdikari, tak fikir apa orang cakap dan dia tahu apa yang dia mahu. Dahulu anganh menuntut di sekolah teknik slim river namun kerjayanya sekarang bertentangan dengan apa yang dia pelajari di UNISEL dahulu. Angah kini bergelar Executive Admin di sebuah bank antarabangsa, HSBC. Apa yang aku suka tentang angah pula ialah angah mengajar aku supaya yakin dengan diri walaupun masa kecil angah dan aku selalu gaduh mulut. *ketawa*


Dengan status mereka sekarang, aku yakin untuk berkata bahawa aku bangga dengan mereka. Secara jujur, aku suka meniru cara mereka bergaya, membawa diri dan berusaha untuk berjaya kerana aku benar-benar bangga dengan mereka. 


Tapi, kini semua sudah berubah. Along dan angah kini sudah dimiliki oleh dua jejaka yang aku rasakan mampu menjaga mereka dengan kebahagiaan berpanjangan. Pelik juga bila sudah ada dua abang ipar yang tak kurang kacak dan bergaya. Sebab rumah kami dah biasa dipenuhi dengan wanita-wanita cantik. Aku angkat bakul lagi. Kini, abang dan abah sudah punyai teman untuk menonton BPL sama-sama, bercerita hal motor bersama dan yang penting bertambah lagi dua lelaki yang mampu menjaga keluarga bahagiaku.



Along dan angah sudah bergelar isteri. Banyak yang berubah lepas mereka hidup bersama pilihan masing-masing. Macam kak cik cakap pada aku, kini kami berempat sudah tidak boleh bertukar baju, seluar, handbag malahan heels kerana along dan angah sudah membina rumah tangga bersama yang tercinta. Aku sedih dan ralat, kerana aku tidak dapat menghadiahkan hadiah perkahwinan untuk mereka seperti percutian bulan madu, set sofa ataupun kereta mewah. Namun apa yang aku mampu hadiahkan hanyalah sekalung doa untuk kebahagiaan mereka suami isteri. Aku gembira mereka sudah bertemu jodoh yang mereka cari selama ini. Aku yakin abang long Faisal dan Abang ngah Yudi adalah pilihan tepat untuk mereka setelah abah sendiri yang mengakad nikahkan mereka berdua. Semoga aku juga sempat merasa detik itu, Amin.

Aku sebenarnya sebak masa taip entry ini. Laptop dua kali shutdown. nasib baik auto save. Tapi aku lagi sebak sebab kehidupan kami dah tak sama seperti 23 tahun yang lepas. Banyak sangat kenangan manis aku dan mereka. Aku mendoakam semoga along dan angah berbahagia hingga ke akhir hayat. Jadilah isteri yang soleh dan kekalkanlah menjadi anak yang baik dan hambaNya yang taat. Rajin-rajin masak untuk suami dan cepat-cepat bagi anak buah kat kami di rumah. *ketawa*. Akak sayang along dan angah sampai akhir nafas akak yang terakhir. Terima kasih atas segalanya dan tahniah! Selamat pengantin baru yaww. 


Ada lagi aku nak cerita tentang majlis perkahwinan mereka. Tapi gambar dari jurugambar profesional tak siap lagi. So, nanti sajalah entry Ini Mengujakan Part II, okay?






Monday, October 8, 2012

Teruja ke?

Rindunya. Rindu zaman keterujaan mengupdate blog setiap hari dan minggu. Keterujaan itu makin lama makin pupus. Benar orang kata, bila jumpa yang baru kita akan lupa yang lama. Aku lebih suka meluahkan perasaan teruja, gembira, sedih, mengada, menerusi twitter. Pantas ringkas dan padat. Cukup ramuan. Menjimatkan masa dan aku tak perlu nak fikir panjang apa nak tulis. Apa yang aku rasa aku terus tulis. Berbeza dengan blog. Kena buka laptop fikir apa nak dirumuskan, taip padam, taip balik. lepas tu baru post blog. Leceh. Itu belum masuk proses nak masukkan gambar. Sungguh. Leceh.

Tapi benar juga cakap kebanyakan orang, yang lama itu sebenarnya bagus, berkualiti. Berbeda dengan yang baru. Segera. Cepat menulis, cepat juga orang lupakan. Betul juga. Buktinya aku selalu lupa apa yang aku tweet isnin lepas. Nak scroll balik cari tweet minggu lepas ambil masa. Banyak sangat tweet yang baru. Berbeza dengan blog. Apa aku tulis sebulan lepas masih ada dan kekal. Takkan hilang walaupun post baru yang mendatang.

Aku sebenarnya buntu tak tahu nak tulis apa dalam blog aku yang berhabuk ni. Bila tiup habuknya, boleh selsema seminggu. Allergic. Banyak yang menarik pasal hidup aku yang nak aku kongsikan. Tapi aku sengaja tunda dan buat-buat lupa sebab ada cerita yang aku cuba nak lupa tapi tak boleh lupa. 

Hidup aku sekarang biasa-biasa saja. Menunggu bulan November untuk menghadiri majlis konvokesyen. Keputusan Degree aku tak best. Jangan tanya berapa sebab aku takkan bagi tahu keputusannya. Walaupun aku tak teruja dengan majlis graduasi nanti, aku masih bersyukur aku sudah menghabiskan Dua tahun menuntut ilmu yang sangat bernilai. Tak lupa juga, aku sudah menghabiskan duit PTPTN. Sekarang aku menunggu masa untuk bayar balik hutang aku kat Ah Long yang berlesen ini. Heh. Gurau je.

Walaupun aku menganggur, aku masih gembira. Ada family yang hari-hari buat aku ketawa. Ada kawan-kawan yang buat aku tersenyum. Cuma apa yang aku sedih bila bangun tidur, aku tiada duit untuk buat mereka ketawa dan senyum. Mak selalu cakap, bukan rezeki aku. Ya, aku masih menunggu dan terus berdoa moga-moga Allah buka pintu rezeki itu untuk aku.

Banyak cerita menarik yang aku nak kongsi. Boleh buat lima novel kalau aku bukukan segala cerita yang aku nak bagitahu. Okaylah, aku bagi teaser untuk next post. Kakak-kakak aku sudah mengakhiri zaman bujang mereka. Yang ini aku teruja nak cerita tapi esok-esok je lah aku cerita. Mata ni dah makin sepet sebab aku sedang menaip pukul 2.30 pagi. Kalau rajin esok aku sambung lagi. Bai.

Wednesday, July 18, 2012

Listen!


Hello. Its been a long long time Pia tak update blog kan? Macam biasa, busy dan kehadiran laman sosial seperti twitter membuatkan pia sedikit lupa dengan kehadiran blog ini. Sikit je lupa, bukan lupa terus. Tak baik tau. Pia masih sayangkan blog ni.

Post kali ni, Pia nak share satu video yang pia muat naik di You Tube. Biasalah, bila bosan Pia memang kuat menyanyi sorang-sorang. So, dah takde kerja pia saja buat cover song lagu-lagu fav pia. Mungkin pitching pia ke laut, dengan lirik tak betul, tapi at least Pia try buat sesuatu yang Pia suka.

Terfikir, mesti orang cakap Pia syok sendiri. Tapi, at least Pia challenge diri Pia buat sesuatu yg Pia suka. Anda pula bagaimana? Alaa, saja suka-suka. Kalau tak suka jangan tengok. Kalau suka senyap-senyap je sudah. Hehe.

Pia bukan pandai main muzik, pakai minus one je, Haha. So, harap you guys will enjoy this video.


Sila klik link ini untuk lihat videonya ye kawan-kawan. hehe. --->  http://youtu.be/CMDb6tulsAg

Saturday, March 17, 2012

Bila lagi?

Alhamdulillah. Bertemu juga wany dengan jodohnya. Pia?? Entahlah. Esok kot. Takpun minggu depan. Mungkin juga tahun depan. Ataupun tiga tahun lagi. Semuanya ditangan Tuhan Yang Esa. Siapa pun orangnya Pia tahu Tuhan akan temukan dengan seseorang yang boleh bimbing pia. InsyaAllah. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Subhanallah.


Published with Blogger-droid v2.0.4