Monday, February 4, 2013

Manisnya!

Manis? Apa yang manis? Aku ke yang manis? *ketawa* Aku memang suka angkat bakul sendiri. Bukan, bukan aku yang manis. Entry kali ini aku nak cerita banyak tentang manisnya ulang tahun kelahiran aku yang ke 24 tahun. Ya, aku dah berumur 24 tahun dan itu tak bermakna aku sudah berumur. Maksud aku bukan berumur yang sudah tua.Kulit aku belum kedut kedut lagi. Alhamdulillah. Tak, apa aku nak cakap ni yang aku semakin matang. Umur meningkat maksudnya kita perlu matang dalam segala aspek, dari segi perbuatan, tingkah laku, impian, fikiran.  Matang dalam hidup yang penuh pancaroba, pancaragam dan pancaindera. Okay, aku tahu tak kelakar. tapi lebih kurang macam tulah.

Jangan tanya kenapa aku jarang update blog ni. Aku tengah sibuk. Bukan sibuk bekerja, tapi sibuk bercinta. *ketawa* Orang tengah kemaruk bercinta macam ni lah gayanya. Sibuk memanjang bak kate oghang Peghak. Aku belum bekerja lagi. Tak perlu simpati. Belum rezeki aku lagi. Ohya, berbalik kepada cerita manis tadi sebenarnya ada kaitan dengan cerita cinta aku ini. Saja nak cerita selekoh selekoh nak bagi entry kali ini panjang sikit. Ececeh. Cerita cinta you allss. Sila muntah hijau.

Sebenarnya, aku terasa umpama mimpi dalam mimpi lagi lah. Pinjam sikit keratan lagu kumpulan rock kapak lama-lama tu. Aku pun tak ingat siapa yang nyanyi. Ya, aku masih rasa macam umpama mimpi dalam mimpi. Sebab aku tengah sangat sangat gembira dan bahagia yang mengharukan. Aku bersyukur sangat sangat kepada Yang Esa. Aku boleh nampak semakin hari aku semakin bahagia. Aku semakin bahagia dengan keluarga aku yang semakin mengembang. Apa yang kembang? *ketawa* Bukan aku, tapi angah. Aku bakal menerima anak buah pertama dalam keluarga. Alhamdulillah. Aku seronok tak terhingga. Tak payah suruh lompat sebab aku dah lompat dah masa terima berita gembira ini. Aku bersyukur aku masih hidup dalam keadaan yang bahagia bersama keluarga. Semoga kelahiran ahli baru dapat memperbaiki dan mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. 

Ulang tahun aku kali ini, macam biasa, abah belanja kami makan-makan. Tapi apa yang lainnya, kali ini mereka menyambut hari lahir aku bersama adik pada 20 Januari lepas di Hilton, Pj. Kiranya double celebration lah sebab 31 Januari itu abah ada tugasan untuk negara tercinta. Biar dikutuk dikecam, abah tetap semangat untuk berkorban demi Negara. And surprisedly, aku dapat hadiah awal 11 hari. *senyumlebar* Mak, kakcik, and angah belikan handbag warna kegemaran aku. Cantik sangat sangat yang sangat sangat. Nampak tak betapa aku suka handbag tu. Macam biasalah, aku terus terharu dan berjaya menahan air mata dari mengalir. Manis kan mereka-mereka ini. Dan lebih manis, aku dan keluarga betul-betul menikmati makan-makan bersama. Aku gembira sebab dapat makan banyak-banyak. *ketawa* aku tau mesti ada yang marah sebab aku makan banyak-banyak. HIKHIK. Tapi aku lagi gembira kerana Tuhan masih kekalkan kegembiraan aku bersama semua keluarga yang aku sangat sayang. Nyawa aku. Tiada apa yang mampu buat aku teruskan hidup melainkan kebahagiaan yang aku ada bersama keluarga. Aku harap tiada apa yang dapat ubah, tiada apa yg dapat pisahkan aku dengan Nyawa aku. Amin.

Okay, berbalik kepada perihal umpama mimpi dalam mimpi tadi. Aku sebenarnya masih tak percaya aku sedang bahagia dengan seorang jejaka tampan lagi bergaya yang sangat manis. Aku pernah lah berangan nak bertemu dengan hero yang sweet macam dalam cerita kat TV tu. Cuba tengok cerita cinta Melayu ke, Korea ke, Hindustan ke. Kan mostly hero-hero dia sweet gila nak mati. Candle light dinner. Surprise, surprise dan surprise tuu. Itu lah yang aku dapat masa hari pertama aku berumur 24 tahun. Tak percaya? Next entry aku cerita ye? *ketawajahat* Aku memang sengaja nak postponed cerita pasal surprise ni ke next entry. Bukan apa, saja nak kasi surprised kat korang juga. *feelingHanisZalikha* Aku tau siapa je yang baca blog aku ni kan. Konon-konon ada follower setia lah nak baca cerita-cerita aku. Tapi, suka hati aku lah. Blog aku kan. *ketawalagi*

Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan taulan yang tak lupa ucap selamat hari lahir dengan doa-doa yang baik. Terima kasih kepada Facebook jugak lah yang mengingatkan anda semua tarikh lahir aku kan. Terima kasih atas doa-doa kalian. Semoga Tuhan merahmati kalian semua. Bai.