Monday, May 17, 2010

Secret.

salam.

Sudah lama tidak update ini blog. busy? haha. mestilah. Alhamdulillah selama 3 tahun akhirnya berakhir juga pengajian diploma di Uitm, Lendu. Ketawa dan menangis dah menjadi teman pia sepanjang menuntut di situ. Okay, tutup sekejap cite diploma pia. Sambung cite kerja pulak. Pia rilex seminggu kat uma afta final exam, then buat part time kat Secret Recipe kat IOI Mall, Puchong. Apply hari tu, hari tu jugak dpt keje. Pia minta keje sbb nak mengisi masa lapang sementara tunggu bulan 7 sambung study, InsyaAllah. Saja buat part time. Sukasuka. Pia dapat bahagian kitchen service. Banyak benda pia belajar. macammacam. Tangan ni kalau makcikmakcik tgk nak buat menantu dah boleh sgt dah. haha. bukan ape, sbb dah kasar sgt. Mana tak nya. basuh pinggan. potong sayur. masak. pegang barangbarang panas. hehe. experienced. semua tu benda baru pia belajar. yelaa. orang jarang masuk dapur kannn. Masuk pukul 12 pagi balik pukul 11 malam. memang takde life lahh. facebooking pown sangat jarang apetah lagi nak berblogging. kawankawan message kat phone mmg tak reply. balik uma dah tdo. penattt. SORRY SEMUA. Pegi keje naik scooter. redah panas dan hujan. ala ala miss indipendent lah kannnn. katanya. hehe. Family baru di SR pown baikbaik semua nya. sangat membantu. penat dia usah cakap lah. ini lah keje paling penat pia pernah buat. Tapi takpelah. learning. So far semua nya okayy.
Ada masa pia update lagi. Ohya, ini adalah entry pia yg pertama menggunakan laptop baru. not soo baru lahh. Manan ganti Mr. Lappy pia dengan laptop dia. Thanks manan sebab sangat bertanggung jawab. tapi ia tetap tidak dapat menggantikan Mr.Lappy saya. :'( i miss you my mr.lappy.

Ape ape pun, thanks manan. : )

Friday, April 16, 2010

i am sooo in love with him!




Tiada katakata yang dapat membayangkan
betapa Pia sedang dilamun cinta padanya
Oh Tuhan, dia sangat comel,
sangat Charming.
Pia suka suaranya.Pia suka perwatakannya.
&& Pia suka senyumannya.
Ya Tuhan, hampir pengsan dibuatnya.
He is my new crush. Berharap jodoh pia muka mcm dia.

I hope soo.


Tim Urban!! I love you! *shouting





Friday, April 2, 2010

Takziah.

Salam utk semua,

Tatkala menulis ini entry, perasaan pia sangat berkecamuk. Sedih,pilu dan terasa kehilangan. Pada 28th March 2010 pia kehilangan buah hati yang sangat pia sayang. Yang pia curahkan rasa hati kat dia. Yang pia curahkan kasih sayang tidak terhingga. Hampir dua tahun kami bersama. Akhirnya dia pergi meninggalkan pia dalam keadaan tidak bersedia. My Mr. Laptop. :'( Dia yang merupakan sebahagian dari hidup pia. Tempat pia berkongsi cerita. Kesemua idea creative pia curahkan kat dia. Dia lah pendengar setia pia. Betapa hancur berderai hati pia tatkala seseoraang memberitahu Mr. Laptop hilang.

Pia, kami sekumpulan nak minta maaf kat pia, Laptop pia hilang, (Aqilah, 2010).

Ia telah dipinjam oleh seorang classmate pia yang mahu mengCHARGE handphone nya pada tarikh di mana kami sedang sibuk dengan Karnival 1Media 1Malaysia. Dan pia amanat kan kepada seorang lagi rakan kelas pia untuk menjaga nya baikbaik. Berat hati nak berpisah dengan laptop pia masa tu. Keesokan harinya pia call lah dua orang rakan kelas pia sebab nak pakai laptop itu. Malangnya, masingmasinng berdolak dalih. Dan akhirnya qila bagitahu ia nya telah hilang. OKAY. Di saat mendengar berita itu pia seakan akan mahu menjerit, berlari mencari ruang untuk pia meraung sekuat hati. Dengan sepantas kilat wajah mak abah terlintas di fikiran pia. Oh Tuhan, aku telah menghampakan mak dan abah. Hello, i noe it just a LAPTOP. Tapi, tahukah anda betapa susahnya pia nak dpt laptop itu? Betapa berharganya laptop itu? Betapa banyak nya dokumen penting dalam laptop itu. Pia bukan org senang yang boleh tukartukar laptop macam tukar handphone. OH, itu bukan saya. Saya belajar untuk menjadi susah untuk mendapatkan sesuatu.

Sungguh, pia sangat kecewa dengan kehilangan ini. Banyak benda penting dalam laptop pia tu. Pia bercitacita untuk menjadi personaliti tv dan penulis.nJikalau ada orang menyiarkan gambar pia yang tidak bertudung untuk tujuan tidak baik, tidakkah ia merosakkan karier pia? Hmm. Hampir tiga novel telah pia siapkan. Pia bercitacita untuk menerbitkan hasil nukilan pia. Pia juga telah menyiapkan satu skrip cerita pendek untuk tujuan suka suka. Malangnya, ia hilang begitu saja. Anda faham kan betapa terluka nya saya dengan kehilangan ini? Respon orang ramai terhadap kehilangan ini; Ada gambar bogel pia tak dalam laptop tu? Alhamdulillah, tuhan masih kurniakan pia akal yang waras untuk berfikir. Tidak terlintas di kotak fikiran pia pun untuk bendabenda bodoh itu. Cuma yang ada adalah gambar pia tidak bertudung. Haih, zaman teknologi moden sekarang, ape2 pon boleh jadi. Pia harap gambar2 pia tidak disalahgunakan oleh pihak yg tidak bertanggung jawab. Pia kini sudah boleh menerima takdir yang pia telah kehilangan laptop tersayang. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Dan pia sudah memaafkan dua rakan kelas pia yang cuai itu. Ini telah menjadi pengajaran kepada pia. Tak semua barang peribadi boleh dipinjamkan dan ta semestinya kita perlu murah hati. Kadangkala kedekut dan selfish itu patut dalam sesetengah situasi.

Selang beberapa hari pia bersedih dengan kehilangan laptop pia tersentak lagi dengan berita kehilangan Arwah Din Beramboi yang sangat kelakar dan happy go lucky. Pia hanya mengenali beliau sebagai peminat namun pia juga terasa kehilangan beliau sebagai pelawak tanah air. Pia mula menonton bakat beliau dalam cerita BULI di mana dialog beliau yang pia ingat sekarang, Makanlah pil, Lu Slim Lah Beb. Haha. Memang klaka. Tapi, apakan daya tuhan lebih menyayangi arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.


Al-Fatihah utk arwah.

Sesungguhnya setiap kehilangan itu ada penggantinya, mungkin ia tak sama tapi ia tetap anugerah dari yang Maha Kuasa. :)

Thursday, March 25, 2010

Harapharaplah.

Event makin hampir.
Lagi dua hari.
Mintaminta lah booth kami dikunjungi ramai.
dan dapat sambutan hangat
:)

Monday, March 22, 2010

Festival Komunikasi Pengajian Media (FKPM)


Kepada yang membaca,
Dengan segala hormatnya dijemput untuk hadir ke
Karnival Komunikasi Pengajian Media
Pada
27&28hb March 2010
Meriahkan booth Aduan Rakyat okay?
Banyak games and banyak juga hadiah misteri untuk dimenangi.
Anda juga boleh membuat aduan tentang apa saja di booth kami.
Kami sentiasa ambil berat.
Ajak lahh rakan taulan.
Jumpa nanti!
:D

Saturday, March 20, 2010

Selamat Pengantin Baru.

Yanti with my sisters and Cousies.
2 single and 2 married. :)
my Sayang. :)

14Hb March 2010
Berlangsungnya perkhawinan sepupu kesayangan pia.
Sepupu yang sangat rapat dgn pia.
Sepupu yg masa kecil pia bermain bersama
Kecikkecik dulu ktorang suka main kawinkawin.
Haha!
tapi tengoktengok dia kawin dulu.
Dulu selalu tido samasama ngn dia
Mandi samasama
Sekarang dah tak boleh. HAHA!
Apa2 pun, pia doakan dia bahagia bersama suaminya yang tersayang.
I will always love you hun!

"Yanti, ekin doakan yanti bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat, oke?"
AMIN.

Friday, March 19, 2010

Again?

Saya ada crush baru!
Oh Tuhan,
I like him ;)
Pray for me yah.
=D