Sunday, February 20, 2011

Just Walking.

Oh Yeah! Saya dah bersedia.
Yupp! I'm ready bebeh. For having a commitment and serious relationship.I'm ready for those commitment.
Though I haven't having a boyfriend,
I will pray and wait
till he knock my heart.
Just walking!
*oh. please come. please.*
pray for me, peeps.

Saturday, February 19, 2011

terima kasih cinta.


Hello blogger! Lama tak jumpaaaa. Heeee. Alasan saya masih cliche. Saya busy. bukan main main. Betul punyaa. Busy dengan study. Rasa macam nak quit dari study je. tapi nasib baik semangat masih kuat. stress and tension sangat. Semester ni tough lah. Haih. Takpelah, demi mengejar cita cita dan harapan. Akan ku teruskan perjuangan. Haha. Madah Berhelah pulak kannn. Plus, pia takde mood nak berblogging. Pia nak ceritera sikit pasal birthday pia yang lepaslah. Boleh?? Hee. Tahun ni, Pia dapat celebrate dengan family terchenta. Spend masa sama sama. Best sangat. Mak and abah wish sambil menghadiahkan kucupan sayang di pipi. Oh manh. Terharu.. ILY MAK and Abah! Adik pun comel. In advance, dia wish sehari awal. Comel je kan.

Ehem. Ehem. Tahun ni Pia banyak dpt hadiah yang sangat pia sukaaaa. hehe. Gila syok sendiri kann. Tak kesah lah. Pia really appreciate semua gifts from my sayangness. :D Thanks to my family yang sooo sweet. We having steamboat dinner together. Pia as usual, makan banyak sekali. hehe. Tahun ni, Mak and abah bagi hadiah juga. sweater Nike yang sangat cooool. Suka! Boleh pakai naik scooter pia yang comel tu. Kak cik and along bagi handbag yang sangat cantik. Oh, pia sangat sayang that handbag. Nak lunyai dah bag tu pia pakai. haha. Angah bagi wangian Body Shop. Bertambah wangi lahh saya. Yeay. Dorang semua sweet. Sayang dorang ketat ketat more than myself. Alhamdulillah. Eventho tak dapat Bag tangan LV, sweater DKNY, Wangian Anna Sui, pia tetap berbangga dengan pemberian family pia. Sebab bagi pia, spending time together is the sweet moment and sweet present pia dapat. Having a happy family actually is a gift from HIM to me. I really grateful. Thanks The Lord.

Ohyaaa. Ramai juga yang sent message yang sweet2 and comel comel. Terharu. Thanks kawan. and ade yang kasi hadiah. Bertambah tambah manis birthday pia tahun ni, my sayangs bagi hadiah yang sangat comel. Syuhada Johari bagi pia shawl yg dia beli dari Medan, Indonesia. And kitorang hangout sama sama, dia belanja makan macam macam. Haaa. Makan lagi kan. haha. Sukaaaa. Thanks syusyu. Pastu, Suzy Truly pulak bagi hadiah juga. Shawl comel warna grey. Punnn sukaaaaaaaaaa. Hey, sayang kau ketat ketat oh. Sumpah. And last but not least. Ena comel, dia nyanyi lagu happy birthday kat you tube. So sweet sayang. Thank you, Ena. ILY!

Alhamdulillah, 22 tahun pia masih lagi bernafas. Terima kasih tuhan atas nikmat yang besar ini. Pia bersyukur masih hidup dalam kehidupan yang bahagia. Punyai family and friends yang amazing. Masih hidup dalam kedamaian. Alhamdulillah. To all my friends, thanks for being a good friend of mine. ILY! Millions thanks to mak, abah, abang, along, angah, kak cik and adik for complete my life with laughs and hugs. Akak loves you! *jerit kuat kuat. (dah macam ucapan menang award pulak kan, hehe. ) Xie Xie! XOXO.
sweet sweater. :)


*banyak sangat pia tulis perkataan sweet kan kat dlm entry ni. hehe

Wednesday, February 16, 2011

Please?

Oh, pasifnya blog saya.
Sorrryyy.
Takde mood nak berblogging.
Oh pleaseeee? Bagi balik mood saya itu..
Pleeeeaaaaseeeeee???

Monday, January 24, 2011

Love and Respect?

Hey. Dia bukan perempuan murahan yang boleh awak cakap yang bukan bukan.
Dia bukan perempuan yang sama dengan perempuan lain yang awak kenal.
Yang boleh awak layan nafsu dunia awak tu.
Yang boleh awak perlakukan sesuka hati.
Dia masih punya Tuhan untuk ditaati.
Dia masih punya Agama untuk dihayati.
Dia masih punya Ibu bapa yang perlu dihormati.
Dan. Dia masih punya maruah yang perlu dia lindungi.
Pelik. Ilmu dunia dan akhirat awak hampir sempurna berbanding dia yang banyak kosongnya.
Tapi kenapa awak berlaku sebegitu?
Jangan gunakan Cinta sebagai alasan.
Cukuplah, cukup awak buat begitu.
Tolong hormati dia sebagai seorang perempuan jika benar awak cintakannya.
Tuhan itu Maha Mengetahui. Sejauh mana awak cuba menutup diri awak yang sebenarnya,
Sebesar itu juga kebenaran akan mengekori awak.

Saturday, January 22, 2011

Kau boleh bah??

Ahha. Terkejut tak tengok bilangan subjek pia semester ini.
9 subjek perlu dipikul untuk tempoh 4 bulan.
Boleh? Ntah lah.
Pening kepala bah.
macam nak amik SPM pulak kan sampai 9 subjek.
Doakan pia boelh buat kayh? Aminn.


Thursday, January 6, 2011

Sibuk.

Assalamualaikum.
Wah. Lama waras kan pia tak update blog. Alasan cliche, saya busy. Sungguh. tidak punya masa. Betul, tak tipu. Hehe. Ha, ni pia nak cerita minggu2 terakhir sebelum pia masuk belajar. Kalau taknak tau punn, pia nak cerita jugak. :D

Cuti semester lepas pia buat partime kat Baskin Robin. So, masa lapang agak terhad untuk mengupdate blog. Pia keje satu tempat ngan kak cik. Adik pia. Hehe. Tapi penat juga kalau satu tempat kerja ngan sibling ni. Customer asyik tanya je, "Eh, awak berdua ni kembar eh? Beza umur berapa jam ni?" Wah3! Berapa jam tau.. Hahaha! Pia beza umur ngan kak cik setahun okeee. Kelakar kann. Ramai ingat kitorang kembar. Walhal kak cik kurus kot. Mana serupa ngan pia yang gemok ni. Best sangat kerja kat situ! Tapi yang tak best pun ade jugak. last day pia keje (31 Dec 2010), customer ramai sangattt. Tangan sampai bengkak ok scooping eskrim. Serius. ni tak tipu punyaa. Pastu, balik keje pukul 12 tengah malam, pegi kat parking bunga api berserakan di langit bumi. Cantik! Warna warni! Ruparupanya Malaysia tengah celebrate New Year. Hebat tak kitorang, kerja sampai tahun baru kottt. Hahaha.

Then, 1 haribulan January 2011, Abah and Emak ajak pegi mandi manda kat Sunway Lagoon. Yehaaa! Best woooooo. Nak pergi cuti jauh jauh jauh dah tak boleh. Sebab 3 haribulan pia and adik adik nak masuk belajar. Pergi Sunway Lagoon time Tahun Baru memang ramai orang lah pulak kan.. Bayangkan nak naik roller coaster air pun kena beratur sampai 30minit. Phieww! Sakit oh kaki pia yang ala2 drumstick ayam ni. hehe. Tapi best sangat oke. Yelaaa, spend time dengan family, mestilah best. Bukan senang nak holiday sekali semua kan. Pia happy sangat dapat spent masa dengan family before masuk belajar. Best sangat naik roller coaster yang menakutkan tu dengan family. hehe. Tapi kitorang tak amik gambar pun. Sebab tak bawa DSLR punnn. So, takdela pic yang pia boleh share ngn korang. (In fact, korang taknak tengok pun kann. hehe. )

Ohyah, ni nak story cket. On that day, masa mandi mandi kitorang tersempak ngan goalkeeper Malaysia, Khairul Fahmi (Apex) ngan Zamir (Keeper Harimau Muda) with their family mandi manda kat Sunway Lagoon.. Dorang pun salam and bersembang lah ngan abah. Pia pulak sembang kejap ngn mak Zamir. Kesian kat dorang masa tu, crowds asyik serbu Apex je nak tangkap gambar ngan die. Tak senang nak mandi kann. 2 tahun lepas lepas lepak minum ngn apex and zamir, takde pulak orang nak serbu kan. Hehe. Tension juga eh jadi orang femes ni. Tapi kadang2 best jugak, ramai orang kenal. :) Kesian kat gf apex. Sbb lately ni ramai gila kot ladies kat Malaysia ni falling in love ngan apex. Dia kena banyak bersabar lah dengan karenah fan apex. Takpe, takpe. I know u can do it, Aimie Harmelia. Go, Go! Weeee~

Lain masa pia update story new semester pia, ok. :)

Saturday, December 18, 2010

Maaf !

Kawan kawan.
Yang saya tak reply message.
Minta maaf ye.
Saya tidak punya kredit yang mencukupi untuk membalasnya.
Jikalau sudah ditambah nilai,
InsyaAllah, saya akan menghubungi kalian, ok?
saya juga busy bekerja. Tidak punya banyak masa.
Banyak cerita mahu dikongsi. Tapi,
Tak sempat nak update blog selalu.
Ada kelapangan saya update kayh!
Kepada kawan kawan yang mendapat result cemerlang.
TAHNIAH!