Friday, July 24, 2009

SORAKAN SEMANGAT


Ragam2 people pada perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Man Utd.

Gemuruh.

Malam td si 'dia' text pia ajak kuar hari ni. Pia sgt excited. Jantung berdebar2. haha! neves bkn main.Sampai terbawa2 dlm mimpi. Tp, pg td dia msg ckp ade hal nk d setelkan. Masa uh hati pia sgt kecewa. Yelaa, sbb dah lama tak jumpa 'dia' yg pia suka. hihi. Tp, xpelaa. mungkin takde rezeki. Kitorg pun dah berjanji akan jadi kawan selamanya. No feeling2 haa. 'Dia' uh hak milik org lain. Tak baik kacau. Ape2 pown 'dia' mmg kwn yg baik dan sgt mencintai gf nya. Skunk tgh tgu msg dr si 'dia' sama ada jd kuar atau x today. em..



Thursday, July 23, 2009

MALAYSIA BOLEH!

Hujung minggu lepas iaitu 18hb July 2009 & 21 July 2009 pia meluangkan masa menonton perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan kelab bolasepak gergasi dunia, Manchaster United. First match, pia pergi bersama2 ibu terchenta, farra(adik), azraie(adik), ina(along), olyn(angah) && abang yudi(bf angah).


Tao x, hari tu pia rasa mcm ada kat Old Trafford je. hihi. Ramai gila umat manusia pakai jersi&baju warna merah sbg tanda menyokong kelab kegemaran mereka itu lah. Tp, pada pendapat pia lah, mmg taksalah nk sokong kelab tersebut sbb mmg tidak dinafikan mereka sgt hebat di pentas bolasepak. Walaubagaimanapun, kita kan di bumi Malaysia. Taksalahkan kita bg sokongan kpd wira2 kita sendiri. Apa yg buat pia bangga sekali, penonton di depan seat pia yg merupakan tourist dari Sepanyol barangkali, begitu fanatik menyokong team kebangsaan kita. Terharu sgt sbb rakyat Malaysia sendiri tak begitu fanatik dengan pasukan kebangsaan sendiri. Boleh dibilang dengan jari je people yg tao nama2 pemain Malaysia. Pulak tu, ada yg fanatik kt kelab liga inggeris ini hanya kerana trend and rasa takmao ketinggalan. Walhal, pasal bola habuk pun tatao. Hee. Malaysia menang tipis ke atas Man Utd 3-2 pd perlawanan pertama. Tahniah diucapkan kpd mereka.

Perlawanan kedua pulak pia pegi dengan emak, kazen pia; IWAN dan clasmate pia; tia. Kali ini, agak terharu jugak dgn semangat penonton kerana ramai yg mula menyarungkan jersi Malaysia dan asyik menyorak semangat kpd team kebangsaan. Terima kasih semua. hehe. Korang memang terbaiklah. Ada juga guys yg berketurunan cina juga menyarung jersi kebangsaan tanda menyokong wira2 bangsa. hee. (handsome pulak uh). hihi. Tapi kali ni stadium tak penuh sgt mcm first match. Yg klakarnya kn, ada sorg mamat ni pakai baju Arsenal. Sekali kena boo daa. Ramai people sorak "buka.buka.buka" (nk suruh mamat tu buka jersi Arsenal). Akhirnya dia buka juga jersi tersbut dan org ramai bersorak gembira. Mase tu mmg best sgt. Si Tia pulak sgt excited sbb 1st time g tgk bola kat stadium. haih. Tp, ape2 pun. Pengalaman menonton perlawanan tersebut sangat memberi pengalaman yg manis buat pia. Yelaa, slalu g stadium tgk bola mane pernah nak penuh oh. (melibatkan pasukan negara). Kali ni mmg sgt havoc. Mcm2 ragam org. Klaka pun ada tgk lelaki2 terjerit2 mcm kena histeria bila tgk MU perform. Slalu pia tgk perempuan2 je yg akn berkelakuan sedemikian. hihi. Sekalung tahniah buat pasukan Malaysia sbb menunjukkan perubahan positive dlm membawa nama negara. Goodluck utk perlawanan yg seterusnya. SEMANGAT!

*Selesai menyaksikan perlawanan tersebut, pia dapati Owen sgt chumel dan pendek. pia teruja tgk skil Rooney menggelcek bola. Ketampanan Rio Ferdinand menggoyah hati pia. Penjaga gol Malaysia gila hot oh. hihi. Jatuh cinta pulak kat pemain Malaysia bernama MUSLIM. Nk sign.... hihi. :))


Wednesday, July 22, 2009

Yehoo!

Yeay! Laptop pia dah sihat. Dah laju. Boleh masukkan software FLASH lepas ni utk subjek Sir Hanafi. Hihi. Bersemangat nak buat banyak assignment. hehe. Thanks mak&abah bawa lappy pia pegi 'klinik'. Hee. ;P

Tuesday, July 21, 2009

Kenapa?

Actually, sebelum nk post ini blog pia dah tutup lampu bilik dan berselimut tau. Niat ganti puasa pown dah baca dgn harapan esok nak bangun awal pagi tolong emak kemas rumah. Nak tido awal lah konon. Tapi, dengan tiba2 pia bangun dari katil capai laptop dan mula menulis. Sambil menaip pia sempat bermonolog nampak gayanya aku bangun lambat lagi lah esok. Hihi.

Pia tertanya2 pada diri pia sendiri.

  1. Kenapa ek people salu pandang rendah kat pia?
  2. Kenapa people susah nak respect kat pia?
  3. Kenapa ek people susah nak terima idea pia?
  4. Kenapa people memperlekehkan pia?
  5. Kenapa peopla suka hati mempermaenkan perasaan pia?

Puas pia fikirkan masalah ini. Akhirnya pia dapat jawapan yg agak dapat menenangkan ati pia.

  1. People pandang rendah kat pia sebab pia dah memang rendah. Terima je laa. Hehe. ;p
  2. Maybe Pia tak cukup garang kot. Hee.
  3. Mungkin Pia tak come out dgn idea yg creative. People nak sesuatu yg out of box. Oleh itu, pia kena berusaha melahirkan idea2 yg bernas. Ngehe.
  4. People tak memperlekehkan pia, tapi pia yg too sensitive. (ni ade org bgtau pia)
  5. Jawapan yg no lima ni, em.. Mungkin pia cepat percayakan orang kot. Hihi

Ape yang pia tulis ni dengan niat nak menzahirkan permasalahan yg membuatkan pia susah nak lelapkan mata. Takde niat nak menunding jari kepada siapa2. Pia cuba nak jadi seseorang yang disenangi ramai. Nak jaga hati semua orang. Nak org semua anggap pia seperti manusia2 normal. Sebab kadangkala pia rasa sering ditindas. Tapi, selagi ada family, kawan2 yg memahami. InsyaAllah pia akan perbaiki diri utk yg lebih baik. Ape2 pun, pia mesti semangat! :D

Sunday, July 19, 2009

sorry sayang.

Pia rasa nak dekat sebulan kowt tak update blog ni.
Jesteru itu, pia nak minta maaf kat sesiapa yg menunggu post terbaru dr pia.(macam ada kn?)
haha! tak kesah lah. nak mintak maaf jugak! hee.
Pia sgt bz. actly, byk sgt story pia nk share. tp taksempat.
Konsert Siti kat Istana Budaya pun taksempat nak update.
Kelmarin g tgk Manchaster United menentang Malaysia.
pown tak update jugak.
Bukan apa. utk konsert Siti pia dah edit2 photos tu mua nak post kt cni.
tapi photo tu terbuang oleh seseorang.(bkn slh dia pun.bkn main serba slh dia.hihi).

pia yg lupa nk amik dr pendrive dia.
dah mls nak edit balik. hehe.
photos tgk MU kat bkt jalil pun tak masuk dlm lappy lagi.

Sebab tu tak update2 blog nyh.hee.
Apa2 pown, Ada dua benda pia nak simpulkan.

PERTAMA: Konsert Siti uh memang best oh. Dia seorang penghibur first class. ngehe.
KEDUA: Tak dinafikan MU sgt hebat tp perlawanan sabtu lepas jelas menunjukkan Malaysia ada peningkatan. Kita patut berbangga dgn pasukan kebangsaan kita sendiri. bukan asyik menghentam mereka.

Lepas pia dah masukkan photos konsert SITI dan perlawanan MU vs Malaysia, pia akan upload photos tu mua, k?
Kesibukan di campus menghadkan masa utk pia mengupdate blog ini. hehe.(alasan je sebenarnya).

*ape2 pown, support MALAYSIA mlm ni menentang MU, k? pia takdpt pegi kowt mlm ni sbb abah takbagi. dia cakap hari tu dah pegi, cukup! ngehe.