Thursday, September 30, 2010

Alahai..



Kimora Lee. Model berbadan besar. Boleh je berjaya.
Kenapa nak diskriminasi mereka bertubuh gempal?


Penat. Jemu. Bosan. Bila jumpa je orang orangan. Bila kawankawan lama tegur kat laman sosial Facebook. semuanya terkejut. 'PIA! KENAPA BADAN NAIK?' PIA! DAH GEMUK SEKARANG!' PIA, AKU TGK KAU DAH MAKIN TEMBAM.' Hmmmm. salah ke badan mcm ni, memanglah badan pia naik berkilo kilo. tapi, tak boleh ke badan pia macam ni je. Kimora Lee tu cantik je badan dia. Kaya lagi kott. Jadi model. Semua orang boleh terima dia. Siapa taknak kurus. Setiap hari pia nak kurus. Tapi bagi masa kat pia boleh tak? Dulu masa pia kurus, takde orang pown nak kisah. Bila dah gemuk ni, semua org nak lari. Okay, pia pown susah hati tao dengan badan mcm ni. Tapi, jangan lah down kann pia. Nak saun setepek kat depan orang ramai. Saya ni sensitif orangnya. Mau tak nak mengalir air mata ni. Tegur baik baik lah. Bagi semangat ke ape. Hmm. tapi jangan lah malukan saya. oke? =)

Tuesday, September 21, 2010

Jenayah dan Media


Malaysia adalah sebuah negara yang aman, makmur dan selamat untuk didiami. Ini kerana lokasi geografinya yang startegik serta suasana keamanan yang ada dipupuk oleh wargannya. Namun begitu, saban hari negara kita telah digemparkan dengan kes-kes jenayah yang mengejutkan hampir keseluruhan rakyat tempatan yang mengganggu kedamaian negara. Bukan sahaja kes jenayah biasa, malahan kes jenayah berprofil tinggi turut menjadi tajuk-tajuk utama di dada akhbar tempatan. Media tempatan setiap hari menyiarkan dan menyalurkan isi berita yang membabitkan kes-kes jenayah di negara kita.

Jika sebelum ini, kes jenayah yang terdapat di negara kita kini hanya dapat kita baca dan dengar dari negara luar sahaja. Namun, semua itu sudah menjadi tajuk utama yang tersiar di media elektronik mahupun media cetak. Sebagai contoh, sekitar bulan Ogos hingga September, pelbagai kes jenayah telah dilaporkan. Antaranya yang berlaku di Teluk Intan,Perak pada 15 Ogos lalu. Seorang suami telah menetak isterinya akibat tekanan perasaan dan satu lagi kes di Kelantan pada 24 Ogos lalu, seorang suami telah menyebelih anaknya yamg masih kecil dan kemudian cuba menyembelih dirinya juga akibat sakit jiwa. Hal ini sangat mengejutkan kerana ianya adalah jenayah yang dianggap luar biasa di negara kita. Seterusnya, pada 3 September lepas, kita digemparkan lagi dengan pembunuhan seorang guru dan seorang anak lelakinya di kediamannya sendiri oleh jiran yang telah merompak barangan peribadi mangsa di sebuah flat di Port Dickson.

Belum reda dengan kesedihan dek jenayah luar kewarasan manusia yang tidak berhati perut ini, kita sekali lagi bukan sahaja dikejutkan, malahan dicelikkan dengan kes jenayah berprofil tinggi yang melibatkan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya yang merupakan seorang peguam, seorang akauntan CIMB Bank dan seorang pemandu peribadinya yang mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor dan kemudian dibakar mayatnya dan abunya dibuang ke dalam sungai. Kes ini sangat mencabar kewibawaan pihak Polis Diraja Malaysia yang sememangnya sangat tangkas dan pantas dalam mengendali masalah jenayah.

Kes-kes jenayah yang menjejaskan keamanan negara Malaysia sebagai negara yang selamat untuk diduduki ini telah mendapat liputan meluas oleh semua jenis media di Malaysia. Masing-masing berlumba untuk menyediakan berita yang terkini untuk rakyat setempat. Masing-masing berlumba untuk menjadi bahan rujukan rakyat setempat untuk mengetahui perkembangan kes-kes jenayah. Namun begitu, tidakkah kita terfikir bahawa sebenarnya, antara faktor berlakunya masalah jenayah yang makin rakus di negara kita adalah disebabkan oleh keterlepasan pandang pihak media dan yang berwajib tentang material hiburan yang disiarkan dan dicetak.

Hiburan kini menjadi satu elemen yang membawa keuntungan kepada pihak produksi dan media kerana rakyat kita sememangkan gemarkan hiburan. Baik dari segi drama, filem mahupun lagu-lagu yang sering diputar dan disiarkan di media tempatan. Lebih-lebih lagi karya dari negara luar khususnya negara Amerika Syarikat. Namun begitu, sedarkah kita bahawa setiap yang disiarkan dan diputarkan di media sebenarnya membawa pengaruh yang cukup kuat kepada rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, filem karya tempatan iaitu filem Bohsia dan Gangster. Intipati cerita ini memaparkan tentang kebebasan pergaulan sesama remaja dan menceritakan secara terus tentang budaya gangster yang mengandungi adegan ganas iaitu adegan bunuh-membunuh. Cerita-cerita sebegini yang sebenarnya bertujuan mendidik rakyat sebenarnya mendedahkan kepada rakyat kita terutama golongan remaja kepada perlakuan jenayah. Ini kerana mereka sangat teruja dengan watak-watak yang dibawa oleh para pelakon dan mereka cuba untuk mengikutinya. Kesannya, setiap hari hidangan sarapan pagi di dada akhbar, kita disajikan dengan berita buang anak yang berlaku di seluruh negeri.

Bukan sahaja filem, malahan lagu-lagu yang diputarkan di corong radio. Sebagai contoh lagu-lagu dari negara luar yang kebanyakannya menceritakan tentang kedorongan melakukan keganasan dan jenayah. Ada yang menceritakan tentang keseronokan menagih dadah dan rokok. Contohnya kandungan lirik pada lagu Russian Roulette oleh Rihanna yang menceritakan tentang penggunaan pistol dikala kecewa dengan percintaan.

Selain itu, lirik yang ada pada lagu A Little Piece of Heaven oleh kumpulan Avenged Sevenfold yang menceritakan tentang pembunuhan antara pasangan kekasih. Mungkin kita yang mendengar lagu tersebut terhibur dengan melodinya namun apabila kita menghayatinya boleh menyebabkan cenderung melakukan jenayah apabila terlalu obses. Selain itu, banyak drama yang disiarkan di kaca televisyen tempatan terutama karya tempatan memaparkan tentang kehidupan orang-oarng berada yang sebenarnya memberi tekanan kepada individu yang sebenarnya tertekan dengan keadaan taraf hidup yang meruncingkan. Inilah yang mendorong kepada kes bunuh diri akibat tekanan perasaan. Semua contoh yang diberikan adalah sebagai sedikit rujukan yang memberitahu bahawa bahan-bahan hiburan tak semuanya memberi kelebihan kepada rakyat. Jika tidak ditapis, ia sebenarnya membawa kepada masalah jenayah yang runcing.

Lihatlah, sebenarnya hal-hal kecil ini memberi kesan kepada setiap individu yang menonton dan mendengar. Pihak media sebenarnya tidak bersalah sepenuhnya terhadap pemasalahan ini kerana media adalah sebuah medium besar rakyat Malaysia untuk berhibur dan mendapatkan maklumat, namun mereka haruslah bertindak menapis sagala material hiburan untuk ditonton warga tempatan agar tidak memberi kesan yang negatif kepada negara sekaligus mendorong berlakunya masalah jenayah yang kian membimbangkan. Tidak semua yang tampak indah itu adalah cantik didalamnya.

Permasalahan jenayah yang kian meggemparkan rakyat Malaysia haruslah dibendung. Media sebagai pengantara dan saluran komunikasi, hiburan dan maklumat kepada masyarakat seharusnya bijak menyiarkan material hiburan agar dapat membantu pihak yang berwajib untuk membendung masalah sosial yang sangat membimbangkan di samping menjaga keamanan sejagat.

~assignment feature writing~

Monday, September 20, 2010

Kewartawanan dalam Talian Lebih Rendah Kredibilitinya Berbanding Akhbar Utama


Media adalah satu medium untuk menyalurkan maklumat dan informasi kepada masyarakat di seluruh dunia. Televisyen, radio dan surat khabar adalah antara medium media yang telah lama menjadi pilihan utama untuk masyarakat dunia untuk menerima pebagai maklumat dan informasi terkini serta hiburan. Namun, dunia kita kian maju dengan perkembangan teknologi yang makin canggih. Oleh itu, wujudlah media baru iaitu jaringan ataupun di dalam terma Bahasa Inggeris, Internet. Pengguna kini boeh mendapatkan makumat dan hiburan dengan pantas dari semua negara. Semuanya hanya dihujung jari kita. Media baru telah menvariasikan penggunaanya dalam memenangi hati penggunanya seperti wujudnya laman sosial dan blog.

Melalui jaringan, kita sebagai pengguna dapat mengetahui isu-isu semasa dan berita kerana media baru dengan adanya maklumat dalam talian. Sesiapa jua boleh mencari apa-apa sahaja berita dan maklumat melalui blog ataupun laman sesawang yang menyediakan berita dalam talian. Di samping itu, semua pihak juga bebas menyampaikan atau menulis makumat dan informasi di dalam blog masing-masing malahan ada juga yang menjadikan blog sebagai medium menyatakan pendapat dan pandangan tentang isu-isu semasa. Perkembangan media baru juga mempelbagaikan tugasan wartawan. Kewartawanan bukan sahaja ada pada media arus perdana sahaja malahan kini sudah ada kewartawanan dalam talian.


Kewartawanan dalam talian sangat berbeza dengan kewartawanan media arus perdana. Ini kerana, ia adalah sesuatu yang baru dan masih malar segar di negara kita, negara Malaysia. Kredibiliti sebagai seorang wartawan media amat berbeza dengan kewartawanan yang sudah lama menapak di Malaysia. Jika kita perhatikan isi-isi kandungan yang ada pada maklumat dalam talian di laman sesawang kebanyakannya tidak telus.

Perkara sebegini tidak seharusnya terjadi. Sebagai seorang wartawan yang berkaliber dan terlatih, kita tidak seharusnya menyampaikan berita yang tidak telus dan boleh menjatuhkan pihak pemerintah. Bukan sahaja ianya menjatuhkan reputasi kerajaan, malahan ia membawa kepada perpecahan kaum di mana isu perkauman sengaja diapi-apikan. Isu-isu sensitif ditulis tanpa mengambil kira undang-undang penulisan berita.

Tidak seperti kewartawanan akhbar arus perdana yang lebih berkaliber dan beretika. Mereka dilatih dan dididik untuk sentiasa mematuhi etika kewartawanan. Keamanan dan reputasi pemerintah sepatutnya dijaga. Jika diperhatikan, media akhbar utama tidak langsung menyiarkan berita yang berbaur perkauman. Semuanya adil dan saksama. Mereka sangat mematuhi garis panduan penerbitan.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya yang merupakan seorang peguam, seorang akauntan CIMB Bank dan seorang pemandu peribadinya yang mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor dan kemudian dibakar mayatnya dan abunya dibuang ke dalam sungai. Kes jenayah berprofil tinggi ini telah menyebabkan sesetengah pihak yang menulis dan menyiarkan maklumat yang melebihi apa yang sedang disiasat pihak polis. Ada pihak yang mengambil kesempatan dengan membuat spekulasi sendiri tentang kes ini di dalam blog mahupun aman sesawang. Hal ini sebenarnya tidak patut berlaku. Hal ini menyebabkan gangguan pada siasatan pihak polis dan mengguris hati keluarga mangsa.

Media akhbar utama langsung tidak membuat spekulasi sendiri di atas kes yang menyayat hati kita semua. Wartawan akhbar utama mengikuti garis panduan sebagai seorang wartawan yang berkaliber dan beretika.

Di dalam garis panduan penerbitan Kementerian Dalam Negeri, ada panduan Garis Panduan Liputan Perbicaraan Kes Jenayah dan Pembunuhan Akhbar Tempatan. Antara isi kandungannya ialah:



  • Mengelak mensensasikan kes berupa liputan berita secara spekulatif dan tidak berasas;

  • Mengelak memberi penonjolan keterlaluan dengan menyiarkan tajuk sensasi sahaja sebagai tajuk utama di muka depan akhbar;

  • Membuat liputan berita kes secara saksama seimbang dan bertanggungjawab;

  • Berhati-hati agar tidak menyinggung dan menimbulkan reaksi negatif pihak-pihak tertentu sehingga menjejaskan ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat;

  • Memuatkan laporan di halaman dalam akhbar tentang perjalanan kes secara harian; dan

  • Tidak menyiarkan gambar ahli-ahli keluarga, terutamanya anak dan isteri tertuduh atau mangsa dalam kes jenayah seksual.

Jelas sekali wartawan akhbar utama mengikuti etika kewartawanan dengan baik dan betul berbanding wartawan dalam talian. Sesiapa sahaja boleh menulis blog. Mereka lebih mengikut emosi dan perasaan ketika menulis berbanding akhbar perdana yang lebih rasioan dan professional. Hal ini cukup menjelaskan bahawa kewartawanan dalam talian lebih rendah kredibilitinya berbanding akhbar utama.



-Assignment Online Journalism-

Sunday, September 19, 2010

I am a LIAR!


Saya cakap;

saya tak sunyi tanpa si Dia di sisi.
saya tak cemburu melihat kebahagiaan mereka berdua.
saya tak perlukan seseorang teman istimewa.
saya tak memilih.
saya tak cintakan dia.
saya tak terluka.

Saya Tipu!


Saya boleh tipu dia, awak dan semua. Tapi saya tak boleh menipu diri saya sendiri. Kerana saya yang rasa sakit itu. bukan dia, awak dan semua.

kadangkadang saya sunyi tanpa si dia bernama Teman Istimewa.
saya sangat cemburu dengan kebahagiaan mereka berdua.
saya perlukan seseorang yang istimewa untuk berkasih.
saya memilih.
saya cintakan dia.
saya sangat terluka.

Terima kasih atas segalanya.

Wednesday, September 1, 2010

Abang!


Sedang asyik menyiapkan proposal untuk subjek communication research,
Tibatiba teringatkan kat adik lelaki pia yang sangat pia sayang. hehe
Mohd Azraie. Ntah kenapa tibatiba rindu kat dia.
Maybe dah lama tak jumpa kott.
Bila pia balik uma dia pulak kat hostel. Dah jarang jumpa.
Kecik kecik suka gaduh ngn dia.
Pia panggil dia abang sbb dia the only one boy dlm adk beradik. hihi.
Dah besar ni kitorang jarang gaduh. kadangkadang tu ade lahh. hehe
Abang dah besar makin gentle. Sangat gentle.
Mintaklah tolong ape2. mesti dia buat. Tu yang sayang lebih tuu.
Tp abang kurang bercakap. Tanya sepatah, jawab sepatah.
Yelaa, kat uma dia sorg je laki kalau abah takde.
Akak akak dia kalau bersembang mesti ketawa mengilai.
takkan dia nak join kan. haha
Tiibatiba rasa rindu kat abang. hihii.
I MISS YOU!
Takpelah kann abang? Hikhik. Sekali sekala.
Kalau dia baca post ni mesti dia geli gemalan.
Buang tebiat agaknya akak aku ni. HAHA!
Takpelahh bang oi, akak tibatiba rasa rindu kat kamu.
Kebetulan berada dalam talian, update jap blog ni. :)