Saturday, December 18, 2010

Maaf !

Kawan kawan.
Yang saya tak reply message.
Minta maaf ye.
Saya tidak punya kredit yang mencukupi untuk membalasnya.
Jikalau sudah ditambah nilai,
InsyaAllah, saya akan menghubungi kalian, ok?
saya juga busy bekerja. Tidak punya banyak masa.
Banyak cerita mahu dikongsi. Tapi,
Tak sempat nak update blog selalu.
Ada kelapangan saya update kayh!
Kepada kawan kawan yang mendapat result cemerlang.
TAHNIAH!

Thursday, December 9, 2010

Neena!!


"saya tag anda di blog.tak jawab tanak kawan sebulaann :)"- Neena Johari


Ini lah dia comment cik neena johari yang berbaur ugutan terhadap pia melalui entry Pia iaitu "Alhamdulillah, We made it." Hahaha! Mainmain je. jangan marah ye neena. Ha, ni aku dah jawab. Tak baca aku taknak kawan setahun. Kasi up cket. Ngehe!


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
Family!

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
Cotton Shawl kaler ungu. hehe.

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
Padang bola! (Actually aina ngan kakcik yang usulkan. tapi nampak gayanya tak jadi kot. hehe.)

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
TIDAK sesama sekali. :)

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Sehingga ke nafas pia yang terakhir. (kalau ajal pia sampai after pia jumpa chinta pia)

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
Haa? Manade kekasih. Macam mana nak jumpa. hehe.

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
Ehem.. Lupa lah. Majalah Eh! kot.

8. Apakah nama penuh korang?
Suffiah Hakikin Mohd Faozi. sedap tak? teheeee.

9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
Dua dua pia mesra. :)

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
DUDE HARLINO. Agak agak termakbul tak permintaan pia ni? hehe

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Err. Tak. Mak basuhkan.. :D

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Paris. Kota cinta. Ade sesiape nak bawakan pia pergi situ tak??

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
Hmm. Both??

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
neena johari
-suka gigit orang!!. haha. taklah. neena seorang yang tahu ape yang dia mahu. itu memang pia respect kat makcik ni.
-Neena sangat caring. Kalau pasal kawan, dia memang akan jaga betulbetul. Masa pia part one, die dan roommate pia jaga pia masa pia demam. Siap pegi naik bus pegi Alor Gajah belikan bubur nasi. Pia terharu sangat masatu. No one can replace her.
-She is a good advisor. Segala nasihat die sangat matang. Bila pia berita masalah kat die, lepas tu mesti rasa lega. Dia akn dengar sampai habis, then bg nasihat yg buat kite yakin dgn diri kite.

15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
-lappy abah bagi. tapi dah hilang! :(
-rantai di leher pemberian mak tersayang.
-handphone pink saya.
-Roses convo saya. (First time dpt rose. hehe)
-Skuter saya. ;)

16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
-You and I. by Ingrid Michaelson (hayati lirik dia. best.)
-Use Somebody by Pixie Lott
-Sangkar by Atilia
-Hanya Dia by Dato' SitiNurhaliza
-Ternyata by Estrella

17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
31 JAN 1989 kat Kenny Rogers IOI Mall, Puchong.


18. 5 orang blogger yang korang nk tag
i) Nana Fd
ii) Nur Hazirah
iii) Zatil Aina Zaki
iv) Suzy Truly
v) err. Miss Hidayati Jalidar?? My idol :)

Wednesday, December 8, 2010

Lima Kosong



Hello peeps!

Ahah. Nak tau tak. Pia sudah addicted sama ini cerita. Hawaii Five-O! Versi baru punyaaa tau. Bukan yang lama punyaa. Ok, macam biasa ye. Pia jatuh cinta dengan dua hero cerita ni. OMG. Dorang sangat hot ok.. Err, i mean charming. Yes! Charming. Masing masing bawa character dengan baik. Haih.. Penat lah macam ni kann. Tengok hero handsome je jatuh cinta. Haha.. Just kidding. Actually, pia suka cerita ni sebab cerita dia lebih kurang mcm CSI, Criminal Mind tuu. Tapi kan. cite ni sebenarnya dah lama tau. I mean, dia ade version yang lama. Gila oldskol punya lah. Rasanya zaman Baywatch dulu kot. Then, dorang buat comeback yang baru. Pelakon baru, cerita baru, tapi theme song yang lama. Whoa! Best!



Paling pia suka masa opening cerita.Theme song dia sangat cool. Hee. Ala, korang familiar dengan opening lagu cerita ni. Nanti search kat utube kayh kalau nak dengar. Fyi, Series ni shooting kat Hawaii. Oh, salah satu juga sebab kenapa pia suka cite ni. Hawaii! Tempat yang pia nak sangat pergi. Nak sangat meluncur kat pantai ni(padahal taktau meluncur pun sebenarnya). Hehe. Suka sangat Hawaii. Pulau dia cantik. Harap2 lah dapat pergi sini suatu hari nanti. Aminn. okayh. Dah mengarut dah pia ni. Hee. Korang kena tengok cite ni. Lagi lagi bila tengok Alex O'Loughlin dengan Scott Caan bergaduh. Ada je yang tak kena bila dorg buat tugasan sama sama. Tu yang buat kelakar. Heroin cite ni, Grace Park pun cantik. Pendek kata, best lah cite ni. hehe. Haih, pia tau korang tak excited pun bila baca ape yang pia tulis. Korang kena tengok cite ni. Okayh? Baru tau best ke tak.


Ni version lama punya.

Ok, ini semua pendukung utama Hawaii Five-O 2010.

These two guys are my Hero. Lalala~

The theme song. Njoy!

Thursday, December 2, 2010

Alhamdulillah. We made it!

Alhamdulillah. Walaupun hanya Majlis Konvokesyen Diploma, Pia tetap sujud menyembah Ilahi, bersyukur kepadaNya kerana berjaya mengharungi onak dan ranjau bergelar seorang pelajar. Bukan senang mendapat Diploma. Banyak onarnya. Alhamdulillah, segala yang dirancang tiga tahun dipermudahkan Yang Esa serta restu Mak dan Abah. Alhamdulillah!

Kini, hanya perlu memandang ke hadapan, membuka langkah yang lebih besar, untuk menggenggam segulung ijazah pula. Alhamdulillah, dapat maju setapak lagi dalam hidup pia. Terima kasih Mak dan Abah atas doa yang tak putus. Terima kasih Along, Angah, Kakcik, Abang and Adik atas sokongan yang tidak berbelah bagi. Terima kasih rakan rakan kerana sama sama berusaha untuk mengecapi kejayaan. Terima kasih semua. :)























Alhamdulillah. Terima Kasih Tuhan. :)