Sunday, December 4, 2011

Am sorry. I love you.



Tidak ada satu titik pun mahu melukakan hati sesiapa. Tidak ada sekelumit marah pun pada sesiapa. Yang ada Cuma perasaan kecewa. Bukan kecewa pada sesiapa, tetapi pada diri sendiri. Kerana leka dengan perasaan yang disangka indah. Perasaan yang sebenarnya tidak dibenarkan dalam semua aspek. Perasaan yang sebenarnya melukakan tiga hati. Tiga hati yang sangat pia cintai.

Tiada langsung niat di hati untuk mengingkari apa yang diminta. Tak ada niat untuk melukakan hati mereka. Mungkin pia sendiri terlalu leka dengan perasaan yang tiga tahun lamanya pia tinggalkan. Mahu tidak mahu, semua itu perlu pia tinggalkan. Kerana apa yang penting, kebahagiaan mereka yang pia idamkan.

Biar lautan api pia rentasi, biar gunung tinggi pia daki, biar nyawa ini harus pia korbankan. Asalkan dapat melihat senyuman mereka sudah cukup membahagiakan. Mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk pia. Mereka lebih berhak atas kebahagiaan pia. Tiada apa yang mampu pia balas atas segala kebahagiaan yang mereka berikan selama ini. Kini, pia berusaha membalas segala kebahagiaan itu. Tiada rasa menyesal, tiada rasa amarah. Yang ada hanyalah perasaan sedih. Sedih kerana membuatkan mereka menitiskan air mata.

Mak and Abah. Maafkan apa yang telah berlaku. Akak janji, akak akan buat yang terbaik untuk mak dan abah. Terima kasih kerana memeberi kebahagiaan yang tidak dapat dibalas. Akak tahu mak dan abah mahukan yang terbaik untuk akak. InsyaAllah, akak akan berusaha mencari yang terbaik. I love you. More than everything. Sungguh.