Friday, October 29, 2010

Main tarik tali.


Saya tak suka main tarik tali.
Sebab saya pasti akan kalah sebelum bertanding.
Jadi, jangan main tarik tali dengan saya boleh?
Sebab nanti saya pasti kalah.
Awak faham kannn?


gambar ini saya ambil dari http://mrfeckry.blogspot.com.

Thursday, October 28, 2010

TERUJA





OH LALA. I am so excited!



Wednesday, October 27, 2010

Sunday, October 24, 2010

HeeHoo!

my feature boyfriend. pertama dari kiri. ngeh.ngeh. (TOP CHEF SEASON 2)

next next and next season pia pulak ade dalam gambar ni. hihi (AMAZING RACE ASIA 3)

Hip. Hip. Hooray! hahah. ini lah jadinya bila berminggu minggu tak menonton televisyen. Study week selama seminggu pia sangat terisi. Yup! terisi dengan menonton rancangan menarik di kaca TV. seminggu juga remote control kat tangan pia siang dan malam. Bahaha. Start pukul 6 petang hingga lewat malam. TV, TV, dan TV! orang lain study, pia melayan tv.

Ok peeps! itu bukan main point yang pia nak cerita. ni haa.
Nak bagitau, AXN, HBO, STARMOVIE dan DIVA channel mmg tidak menghampakan. OHYEAH! AXN merupakan channel kegemaran saya. Memang tidak menghampakan bila tgk himpunan CSI NY dan CSI Miami. walaupun org kata series CSI dah tak brp nak best, dah lapuk, tapi bg pia, yang tradisi itu lebih berharga dari yang terbaru. Lepas puas perah otak nak tau sape pembunuh layann pulak cite TOP CHEF Season 2 kat channel Diva. OK, peeps. saya jatuh cinta dengan chef Sam. oh nooo. dia sangat coolio okay. haaa. kacak bergaya. Pandai masak. Mak! Nak husband pandai masak dan cool macam dia please? hihi. Pia dah start mengarut.

Pastu, hari khamis pukul 9 malam layan Amazing Race Asia 3. SUPERB! pia memang tak miss cerita ni dari season 1st. team malaysia memang tak menghampakan. sentiasa berada di antara top 5. oklaah kan? last episode Pia nonton dorg dpt no 1 kott. Bravo! Lepas je tgk cite ni, terus ckp kat mak dan abah,

"akak rasa next season nak masuk lah Amazing Race Asia. nak ajak abang jadi partner. ok tak?" hehe. mak ngan abah senyum je. dorg ckp,

"panjat bukit belakang uma pun tak lalu, ni kann nak main bungee jumping."

hehe. tibatiba rasa pedas tergigit jari. bukan saya malas, cuma takde masa. hihi. tapi, pia mmg teringin nak join reality tv ni. cool doe! hey, saya serious ni. saya mmg nak join this coolio reality tv. ada sesiapa nak jadikan pia partner die? do texting me yah! jangan ketawa. saya serius. :/ bahaha!

Phew! -.-'

sekarang saya di rumah sewa yang hanya ada televisyen yg mempunyai siaran 1,2,3,7,8 dan 9. huhu. berbekalkan siaran ini, saya hanya mampu melayan cerita ASMARA dan CHINTA. orang lain dok pikir pasal study dan final exam. Pia sibuk cerita pasal rancangan di televisyen kannn? haha. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Sekarang pia kena back to basic. buka buku, faham, hafal, ingat. Pergi ambil exam, fikir dan jawab soalan.
Haaa. 9 nov ni baru boleh layann TV balik. -.-

moral of the story- reality show skrg best best kann? boleh buat org dok melekat depan TV. haih. :D

Saturday, October 23, 2010

expired!




Minggu lepas mak bising kat pia. Lesen dia dah mati tiga hari.
baru dia perasan. Pia pun geleng geleng kepala kat mak sambil berkata.
" Macam mana boleh terlupa nak renew. nasib baik akak ade boleh drive." pia bergurau. hehe
Lepas tu, esoknya teman mak g IOI Mall. Mak nak usha ' fryer' die.
Masa tu kak cik drive. kitorang sembang sembang dlm kereta.
Mak pun bgtau dia dah renew lesen dia.
Tiba tiba pia terdiam. buka purse dan tergelak kuat. haha. Mak tanya. kenapa?
" Lesen akak dah mati bulan lapan haritu"
hahaha. Pia baru perasan okay.
selama harini ulang alik dari puchong ke shah alam dengan lesen yang dah expired.
dari uma sewa ke kampus. Cofident je. skali lesen dah expired dua bulan. hehe. Teruk kann pia ni?
Baru teringat pergi istana budaya nonton teater Tun Mahatir Musical dengan lesen expired.
Nasib baik abang polis tak tahan. hehe.
Pia. Pia. Serabut. hihi.

*moral of the story- rajing rajin lah usha lesen korang ok. jangan jadi messy sangat mcm pia. busy dengan assignment, lesen expired dua bulan pun boleh lupa. hihi. ;)

You are right. I am wrong.





Hey there!!

Mereka boleh menulis apa saja.
Mereka boleh cerita apa saja.
Mereka boleh cerita kepada sesiapa saja.
dan mereka boleh menulis di mana mana saja.
Kerana mereka bebas berbuat apa saja.
Tapi, mereka perlu tahu.
Sesuatu yang terjadi itu mesti ada alasannya.
Jangan asyik menulis dan akhirnya membuka kekhilafan mereka sendiri.
Buka mata luas luas. Pandang ke dalam diri sendiri.
Bila mereka lihat kelemahan itu.
Pasti mereka akan dapat jawapannya.


Sunday, October 17, 2010

Best ohh!





Eh, Saya memang
suka buat assignment di hujung minggu.
Buat assignemnt Communication Research memang senang.Macam makan kacang.
macam kunyah gulagula getah je bila buat theoretical framework. senanggg sangattt !
Apatah lagi buat home test subjek Feature Writting. Macam minum jus oren letak ais batu.
Bestt kannnn?? *sigh.

Monday, October 11, 2010

Saya suka ini! credit to Kak Seri.

*me at Taman KLCC


cinta itu dibawa angin
lalu tergugur dalam jiwa-jiwa
dan kasih yang belum tentu abadi.
maka
yang hakiki itu,
...kan tetap dan selamanya
cinta TUHAN
terus hidup dan mekar
semakin datang, semakin datang
(Syazwani Zawawi, 2010).





Sunday, October 10, 2010

Saturday, October 9, 2010

Friday, October 8, 2010

Yes, I am afraid.

Saya hampir jatuh cinta.
Tapi saya takut.
Takut bila dah terjatuh, si dia tidak menyambut cinta saya.
Setelah dia mengajak saya untuk terjun ke lembah cinta.
adakah dia biar saya jatuh tersungkur begitu saja.
Saya takut.
Saya akan jatuh tersungkur lagi. Takut luka berdarah kembali.
Ambil masa bertahun untuk pulih.

Saya berharap.
sungguh Berharap.
amat berharap.


agar hubungan kali ini menjadi.
agar saya dapat merasai manisnya bercinta.
agar saya dapat mencintai sepenuh hati.
saya ambil risiko ini lagi.
agar saya dapat bahagia sekali lagi.

saya ambil risiko ini, walaupun saya takut.
ohhh..


Monday, October 4, 2010

Yokk!


Hey. hey. Hello! Aha! Tatkala org lain dah jenuh jawab soalan kat formspring. Pia baru je ade account formspring. Baru buat tadi. Significance pia buat formspring ni sbb pia rasa korang boleh tanya ape saja yg korang nk tny tanpa rasa segan silu. hehe. Pia pown secara tak langsung boleh tau ape yg tersirat di hati korg tentang pia. Menyampah ke. Benci ke. Annoyed ke. hihi. Yokk! ayuh ramai2 tanya soalan kat pia. InsyaAllah pia jawab. tp janganlah tanya silly question. Memang makan penampar lahh kan. haha. JKJK.
Jadi, ape tunggu lagi. moh le kite klik link bawah ni ye yeop! hehe.

http://www.formspring.me/suffiahfaozi

Friday, October 1, 2010

Kau kunci cinta ku! Hahah.


Locked Up by Ingrid Michaelson
Hey. hey. I do heart this song very muchie yaww.
and I do love this owner song like seriously.
Enjoy this song, down deep in my heart.
**thanks aina!

Baik lah.




Saya penat menjadi baik
apabila orangorang yang baik baik belaka
gemar mengambil kesempatan
ke atas diri saya yang tak berapa nak baik.
Terima kasih.