Sunday, February 21, 2010

Cinta Tikar Sejadah.


Teraju Utama

Ha! hehe. Pia ade cerita nak kongsi dengan pembaca semua. Tapi kali ni post ni akan menjadi post yang sangat panjang dalam sejarah penulisan blog pia dan agak letih dan boring untuk dibaca. Tapi itu semua tak penting, ape yang penting pia nak jugak korang baca. Tak kisah! bahaha. Hmm, Pia nak post tentang satu drama melayu yang telah membuat pia jatuh cinta cinta iaitu sebuah drama di saluran Astro Oasis. Cinta Tikar Sejadah.

Pia start tonton cite ni secara tak sengaja. tgk kat info ade cite cambest je pia pon tekan laa. Tak siasia pia layan cte ni. Sangat best! Sumpah tak tipu. Yelaa, pia mcm dah penat lah tgk drama melayu yang berkisarkan tentang cinta koprat, cinta ku terhalang oleh orang tua, cinta kita tidak sama darjat lah. Penat sangat tapi tetap nak tgk jugak sbb pia ni peminat cerita melayu oke.. hehe. Cerita ni dalam list pia, jatuh nombor dua selepas cerita Nur yang sangat popular tahun lepas. Bukan senang tau nak dapat top 2 utk ceritacerita fav pia. Heheh.

Sama seperti cerita Nur, berkisar tentang keagamaan namun pendekatannya lain. Lebih kepada komedian. Ok, nak dijadikan cerita Cinta Tikar Sejadah ni pasal seorang lelaki melayu yang menetap di negara omputih bertahun2, tapi dipaksa oleh emaknya utk balik ke kampung di Malaysia untuk menemani atuknya yang sakit sekali gus mengambil harta pusaka apabila atuknya mati kelak.(kira macam nak harta sematamata). Dia yang berat hati terpaksa turuti kata ibunya pulang ke Kampungnya lalu ketemu dengan atuknya serta seorang cikgu sekolah rendah yang sangat kuat adat ketimuran di mana masih mengamalkan gaya hidup seorang muslimah sejati. Ha, bila tang dia bertemu dengan atuknya dan seorang cikgu wanita yang merangkap heroin cerita ni laa yang buat pia tak lepas nk tengok cite ni. Pia suka tgk cite ni sebab pia suka tengok watak Farid Kamil yang merupakan hero cerita ini. Dia seorang lelaki melayu yang dididik gaya hidup barat, tapi bila dia balik Malaysia dia jadi kekok dengan gaya hidup kita sebagai Melayu Muslim. Nak dijadikan cerita, ada satu scene di mana atuk dia sowh dia solat untuk pertama kali dalam sejarah hidupnya, kena jadi imam pulak tu dia dah kecut. Nak angkat takbir dah macam nak peluk orang je.haha. lastlast atuk dia balik jadi imam. Pastu atuk dia sowh baca doa makan, dengan confident labu dia baca ' Ya Allah ya Tuhan ku, terima kasih di atas makanan sedap yang kau bagi kepada aku dan grandpa'. Haha. Klaka gila. Pia rasa korang kena tgk sendiri cte tuu sebab pia cte pown korang takkan gelak punya. hehe. Gaya dan jalan cerita ni sangat best. Menyampaikan mesej tapi mudah untuk kita terima. Klaka tapi bermesej. tak kosong, tak kusut bila tengok. Walaupun dia zero dalam hal agama namun semangat dia nak blaja tuu pia suka. Dia dapat sejadah dari cikgu(heroin) yang selalu datang ziarah atuk dia. Mulamula gaduh ngan cikgutuu lamalama terbit rasa suka. Comel jaa.Dari situ dia mula belajar tentang agama. Dia blaja solat dengan budak umo 11 tahun lah.. Scene tu pun klaka.

Apa yang pia nak highlight kat sini, pia kagum dengan semangat hero cerita ini untuk berubah. Pia kepingin untuk berjumpa dengan ciriciri lelaki sedemikian dalam mencari cinta pia sendiri. Bagi pia, tak kisah lah jika lelaki yang kita sayang itu perangainya menyerupai syaitan durjana, tapi jika dia ada niat untuk berubah dan betulbetul ingin berubah tak salah untuk kita bimbing mereka. Bukan dengan cara menghina, bergosip sana sini tapi dengan cara membingbing agar mereka menuju ke jalan yang lurus. Ececeh pia. haha. Memang klaka kan bila tgk cerita ni tapi itu adalah kenyataan. Doa makan pun tak reti baca sedangkan adik2 kita yang umur 3 tahun pun boleh baca. Namun bendabenda penting ini lah makin lupus pada zaman sekarang. Pia akui pia bukan seorang muslimah yang baik, solat tuu kadangkadang rongak jugak kan. hee. tapi, selagi pia mampu tunaikan insyaAllah pia tunaikan. Apa yang ingin pia konklusikan, tak kisah laa teruk mana background seseorang, gelap mana background seseorang itu. yang penting keinginan dan usaha gigih untuk berhijrah ke jalan Allah tu yang penting. Kadangkadang, orang macam ni bila dah berhijrah lagii mulia sifatnya tau.

Pia sebenarnya takut juga nak sentuh halhal macam ni, yelaa pia bukan sempurna mana pun. Banyak tak cukup amal jariah. tapi ini cuma pandangan dan luahan pia. Pia hanya mahu semua tahu bahawa setiap yang buruk ada baiknya. Beri peluang pada mereka yang jauh tersasar kerana mereka juga hambaNya. Pia juga pernah melakukan kesilapan. Apa apa pun, pia harap korang tengok laa cite ni oke? kalau tak sempat tengok search je laa kat you tube.
Terima kasik kerana membaca post yang ini. :*

5 comments:

  1. *bingbing
    typu lah. shud be BIMBING.
    hehe. sorry.

    ReplyDelete
  2. penulisan u boleh tahan gak, sedap di bace, tapi takde la panjang sgt, 5 minit je kot bace, buat la entry yang bila orang bace amek mase sampai 2 3 jam ke, hahaha!

    disebabkan u mengolah cite ni mcm best je, nanti i akan tgk cite ni, huhu,

    ReplyDelete
  3. Haha. ok.ok. lepas ni i buat entry yang org baca 5 jam punya. u first person yg i sowh baca nanti. baca sampai lebam. hehe.

    tengok lah cite ni, tapi takut bukan type of drama yg u suka je nanti. btw, thanks 4 e comment, nuwa. :)

    ReplyDelete
  4. nana fd : aku baceseparuh pun aku dah terbahak2

    ReplyDelete