Thursday, June 24, 2010

Top of The World.




Ya. ya. Saya tahu ia sangat lambat untuk mengWISHkan Selamat Hari Ibu kepada ibuibu di seluruh dunia, terutama kepada Puan NorJalelayati bt Mohamad yang menetap di Puchong. Tapi, it's oklah kann? Tak tertakluk kat manamana undangundang didunia yang menyatakan ucapan hari ibu perlu diucap pada hari ibu sahaja. Ada ke?? Tak de kann. Kasih sayang untuk ibu tidak perlu ditunjuk pada hari ibu sahaja. Tapi, masa hari ibu tuu pia ade wish kat omak eden. Sambil menghadiahkan kucupan di pipi. Hehe. Cuma lambat nak post kat blog ku ini tentang ibuku yang sangat pia sayangi. Mai baca tentang Mak cheq yang tersayang ni.

Sekali lagi, Ibu pia bernama NorJalelayati bt Mohamad. Unik kan nama mak? Hmm, mestilah. Orangnya pun unik tau. Cuba korang google nama mak pia, takkan jumpa pny. Bak kata Nabilla Suleiman, Nanadonya. Hehe. Beliau dilahirkan di Tapah, Perak. Satu kampung ngan abah. Emak anak cikgu yang ketika itu adalah ketua kampung. Menurut abah, oleh sebab itu, ramai yang mengenali emak yang ketika itu sangat aktif bersukan hoki sehingga bermain ke peringkat negeri Perak. Mak cite kat pia and my sibling. Arwah opah pia suka membebel sebab emak tak lekat kat uma. Asyik gi Ipoh ade training hoki. Tapi lamalama arwah opah pown tak larat nak membebel. Minat, mana boleh laranglarang. Kann? Mak bersekolah di Sek. Ren. Kebangsaan Satu, Jalan Hospital, Tapah, Perak && Sek. Men. Hamed Khan, Tapah, Perak. Orang jati Perak le yeop! Hehe.

Semasa di tingkatan lima, mak menyertai pertukaran pelajar Malaysia ke Iowa, United State of America. Mak pia ni rajin bercerita. Dia cerita, masa kat US dulu dia happy sangat. Sebab ada keluarga angkat yang baikbaik. Dapat rasa empat musim kat sana. Sekolah kat sana. Mak byk cite environment and culture orang sana. Haih, macammacam lah perangai orang sana. Alhamdulillah mak tak terpengaruh ngan budaya kuning sana. Mak kadangkadang malu je bila kitorang adik beradik tengok gambar emak pakai skirt pendek. Shorts. Tapi, kitorang cakap kat emak. " Takpe makk. rilexx ah. kitorang paham. Jiwa remaja. Haha".

Tapi bila balik Malaysia, mak still tak lupa budaya Malaysia. Habis SPM mak kerja cikgu sementara and terus berkhwani dengan abah. (Abah berkawan ngn mak since form 3. Pastu sanggup tunggu mak sampai mak balik dari US. Sweet je abah. hihi) Bila dah berkhawin, mak benti jadi cikgu dan jadi suri rumah sepenuh masa sehingga sekarang.. Oke, apa yang pia dapat simpulkan tentang mak, beliau sangan tabah orangnya. Sedikit tegas, tapi sporting gila. Seumur idop pia, susah nak tengok mak menangis sebabsebab benda kecik ni. Hanya yang melibatkan kematian orangorang yang tersayang je beliau menangis. Kalau sebab lain memang mak tak menangis depan kitorang. Pia ade tanya mak, kenapa mak tak nangis depan kitorang eh even pasal benda Besar ponn. Mak menjawab, kalau mak tak kuat depan anak anak mak, macam mana anak mak nak kuat? Betapa tabahnya mak pia kann?

Pia dari kecik sampai dah besar lebar ni, hihi, tak pernah kurang mendapat kasih sayang, makan minum, jaga pakai, didikan agama dari makk tao. Mak tak macam kawankawan, adik beradik dia yang lain, bekerja, ada duit poket sendiri. Tugas mak menjaga keluarga dia. Tak bekerja. Walaupun begitu, itulah pekerjaan yang mulia di sisi tuhan. Apa yang abah bagi lebih dari cukup.Kitorang tak pernah tak makan, tak minum. Tak pernah. Semuanya cukup! Kitorang bangun tido je ada sarapan, tengah hari mak dah siap masak. kain baju dah basuh lipat. malam makan lagi. Ulangkaji mak kat seblah. Kalau tak buat habis lah kena membebel. Betapa terjaga nya pia yang bergelar si anak. Semuanya sangat terjaga. Tanya je apa yang pia suka makan, apa yang pia suka buat, apa yang pia benci. semua mak tau. She is the person yang tau segalanya pasal pia. SEGALANYA. Mak sangat menyayangi keenam enam anaknya. Takde perbezaan, semua sayang tao. Husband dia lagi lahhh dia sayangg. : )

Betapa mulianya insan bergelar mak. Kecik kecik pia suka buat mak marah, sedihh. Tapi mak tak pernah mengukit, mengguris hati pia. Beliau lah my REAL bestfriend. Semua masalah, pia kan cite kat mak. Even pasal cinta. Dia lahh pia akan rujuk. Siapa crush pia. Takde rahsia antara kita. Cheewah. hihi. Tak pernah mengkhianati pia, mahupun memburukkan pia kepada sesiapa. Itu lahh mak, my bestfriend. my Besty. Jadi, kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, sayangilah ibu anda. seburuk mana ibu anda, secantik mana ibu anda, mereka tetap ibu kita. Janganlah menjaja cerita yang tak enak tentang ibu, kerana mereka terlalu mulia. sangat mulia. darjat seorang ibu telalu tinggi. tak layak dihina. Itulah harga seorang insan bergelar MAK!

SELAMAT HARI IBU, EMAK!
AKAK LOVES YOU SO MUCH!

3 comments:

  1. sy pon syg mak sye...mak sye adlah sgale2 nyeee...

    ReplyDelete
  2. yaa , kite sume syg mak kite , heheheeh ;)

    ReplyDelete
  3. Hazirah: ye, ibu kita adalah seglanya.no one can replce them. :)

    Zaty: of course lah, siapa tak sayang mak dia, dia adalah orang yang tak de hati dan perut. hihi.

    ReplyDelete