Monday, January 24, 2011

Love and Respect?

Hey. Dia bukan perempuan murahan yang boleh awak cakap yang bukan bukan.
Dia bukan perempuan yang sama dengan perempuan lain yang awak kenal.
Yang boleh awak layan nafsu dunia awak tu.
Yang boleh awak perlakukan sesuka hati.
Dia masih punya Tuhan untuk ditaati.
Dia masih punya Agama untuk dihayati.
Dia masih punya Ibu bapa yang perlu dihormati.
Dan. Dia masih punya maruah yang perlu dia lindungi.
Pelik. Ilmu dunia dan akhirat awak hampir sempurna berbanding dia yang banyak kosongnya.
Tapi kenapa awak berlaku sebegitu?
Jangan gunakan Cinta sebagai alasan.
Cukuplah, cukup awak buat begitu.
Tolong hormati dia sebagai seorang perempuan jika benar awak cintakannya.
Tuhan itu Maha Mengetahui. Sejauh mana awak cuba menutup diri awak yang sebenarnya,
Sebesar itu juga kebenaran akan mengekori awak.

No comments:

Post a Comment