Tuesday, September 21, 2010

Jenayah dan Media


Malaysia adalah sebuah negara yang aman, makmur dan selamat untuk didiami. Ini kerana lokasi geografinya yang startegik serta suasana keamanan yang ada dipupuk oleh wargannya. Namun begitu, saban hari negara kita telah digemparkan dengan kes-kes jenayah yang mengejutkan hampir keseluruhan rakyat tempatan yang mengganggu kedamaian negara. Bukan sahaja kes jenayah biasa, malahan kes jenayah berprofil tinggi turut menjadi tajuk-tajuk utama di dada akhbar tempatan. Media tempatan setiap hari menyiarkan dan menyalurkan isi berita yang membabitkan kes-kes jenayah di negara kita.

Jika sebelum ini, kes jenayah yang terdapat di negara kita kini hanya dapat kita baca dan dengar dari negara luar sahaja. Namun, semua itu sudah menjadi tajuk utama yang tersiar di media elektronik mahupun media cetak. Sebagai contoh, sekitar bulan Ogos hingga September, pelbagai kes jenayah telah dilaporkan. Antaranya yang berlaku di Teluk Intan,Perak pada 15 Ogos lalu. Seorang suami telah menetak isterinya akibat tekanan perasaan dan satu lagi kes di Kelantan pada 24 Ogos lalu, seorang suami telah menyebelih anaknya yamg masih kecil dan kemudian cuba menyembelih dirinya juga akibat sakit jiwa. Hal ini sangat mengejutkan kerana ianya adalah jenayah yang dianggap luar biasa di negara kita. Seterusnya, pada 3 September lepas, kita digemparkan lagi dengan pembunuhan seorang guru dan seorang anak lelakinya di kediamannya sendiri oleh jiran yang telah merompak barangan peribadi mangsa di sebuah flat di Port Dickson.

Belum reda dengan kesedihan dek jenayah luar kewarasan manusia yang tidak berhati perut ini, kita sekali lagi bukan sahaja dikejutkan, malahan dicelikkan dengan kes jenayah berprofil tinggi yang melibatkan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya yang merupakan seorang peguam, seorang akauntan CIMB Bank dan seorang pemandu peribadinya yang mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor dan kemudian dibakar mayatnya dan abunya dibuang ke dalam sungai. Kes ini sangat mencabar kewibawaan pihak Polis Diraja Malaysia yang sememangnya sangat tangkas dan pantas dalam mengendali masalah jenayah.

Kes-kes jenayah yang menjejaskan keamanan negara Malaysia sebagai negara yang selamat untuk diduduki ini telah mendapat liputan meluas oleh semua jenis media di Malaysia. Masing-masing berlumba untuk menyediakan berita yang terkini untuk rakyat setempat. Masing-masing berlumba untuk menjadi bahan rujukan rakyat setempat untuk mengetahui perkembangan kes-kes jenayah. Namun begitu, tidakkah kita terfikir bahawa sebenarnya, antara faktor berlakunya masalah jenayah yang makin rakus di negara kita adalah disebabkan oleh keterlepasan pandang pihak media dan yang berwajib tentang material hiburan yang disiarkan dan dicetak.

Hiburan kini menjadi satu elemen yang membawa keuntungan kepada pihak produksi dan media kerana rakyat kita sememangkan gemarkan hiburan. Baik dari segi drama, filem mahupun lagu-lagu yang sering diputar dan disiarkan di media tempatan. Lebih-lebih lagi karya dari negara luar khususnya negara Amerika Syarikat. Namun begitu, sedarkah kita bahawa setiap yang disiarkan dan diputarkan di media sebenarnya membawa pengaruh yang cukup kuat kepada rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, filem karya tempatan iaitu filem Bohsia dan Gangster. Intipati cerita ini memaparkan tentang kebebasan pergaulan sesama remaja dan menceritakan secara terus tentang budaya gangster yang mengandungi adegan ganas iaitu adegan bunuh-membunuh. Cerita-cerita sebegini yang sebenarnya bertujuan mendidik rakyat sebenarnya mendedahkan kepada rakyat kita terutama golongan remaja kepada perlakuan jenayah. Ini kerana mereka sangat teruja dengan watak-watak yang dibawa oleh para pelakon dan mereka cuba untuk mengikutinya. Kesannya, setiap hari hidangan sarapan pagi di dada akhbar, kita disajikan dengan berita buang anak yang berlaku di seluruh negeri.

Bukan sahaja filem, malahan lagu-lagu yang diputarkan di corong radio. Sebagai contoh lagu-lagu dari negara luar yang kebanyakannya menceritakan tentang kedorongan melakukan keganasan dan jenayah. Ada yang menceritakan tentang keseronokan menagih dadah dan rokok. Contohnya kandungan lirik pada lagu Russian Roulette oleh Rihanna yang menceritakan tentang penggunaan pistol dikala kecewa dengan percintaan.

Selain itu, lirik yang ada pada lagu A Little Piece of Heaven oleh kumpulan Avenged Sevenfold yang menceritakan tentang pembunuhan antara pasangan kekasih. Mungkin kita yang mendengar lagu tersebut terhibur dengan melodinya namun apabila kita menghayatinya boleh menyebabkan cenderung melakukan jenayah apabila terlalu obses. Selain itu, banyak drama yang disiarkan di kaca televisyen tempatan terutama karya tempatan memaparkan tentang kehidupan orang-oarng berada yang sebenarnya memberi tekanan kepada individu yang sebenarnya tertekan dengan keadaan taraf hidup yang meruncingkan. Inilah yang mendorong kepada kes bunuh diri akibat tekanan perasaan. Semua contoh yang diberikan adalah sebagai sedikit rujukan yang memberitahu bahawa bahan-bahan hiburan tak semuanya memberi kelebihan kepada rakyat. Jika tidak ditapis, ia sebenarnya membawa kepada masalah jenayah yang runcing.

Lihatlah, sebenarnya hal-hal kecil ini memberi kesan kepada setiap individu yang menonton dan mendengar. Pihak media sebenarnya tidak bersalah sepenuhnya terhadap pemasalahan ini kerana media adalah sebuah medium besar rakyat Malaysia untuk berhibur dan mendapatkan maklumat, namun mereka haruslah bertindak menapis sagala material hiburan untuk ditonton warga tempatan agar tidak memberi kesan yang negatif kepada negara sekaligus mendorong berlakunya masalah jenayah yang kian membimbangkan. Tidak semua yang tampak indah itu adalah cantik didalamnya.

Permasalahan jenayah yang kian meggemparkan rakyat Malaysia haruslah dibendung. Media sebagai pengantara dan saluran komunikasi, hiburan dan maklumat kepada masyarakat seharusnya bijak menyiarkan material hiburan agar dapat membantu pihak yang berwajib untuk membendung masalah sosial yang sangat membimbangkan di samping menjaga keamanan sejagat.

~assignment feature writing~

No comments:

Post a Comment