Monday, September 20, 2010

Kewartawanan dalam Talian Lebih Rendah Kredibilitinya Berbanding Akhbar Utama


Media adalah satu medium untuk menyalurkan maklumat dan informasi kepada masyarakat di seluruh dunia. Televisyen, radio dan surat khabar adalah antara medium media yang telah lama menjadi pilihan utama untuk masyarakat dunia untuk menerima pebagai maklumat dan informasi terkini serta hiburan. Namun, dunia kita kian maju dengan perkembangan teknologi yang makin canggih. Oleh itu, wujudlah media baru iaitu jaringan ataupun di dalam terma Bahasa Inggeris, Internet. Pengguna kini boeh mendapatkan makumat dan hiburan dengan pantas dari semua negara. Semuanya hanya dihujung jari kita. Media baru telah menvariasikan penggunaanya dalam memenangi hati penggunanya seperti wujudnya laman sosial dan blog.

Melalui jaringan, kita sebagai pengguna dapat mengetahui isu-isu semasa dan berita kerana media baru dengan adanya maklumat dalam talian. Sesiapa jua boleh mencari apa-apa sahaja berita dan maklumat melalui blog ataupun laman sesawang yang menyediakan berita dalam talian. Di samping itu, semua pihak juga bebas menyampaikan atau menulis makumat dan informasi di dalam blog masing-masing malahan ada juga yang menjadikan blog sebagai medium menyatakan pendapat dan pandangan tentang isu-isu semasa. Perkembangan media baru juga mempelbagaikan tugasan wartawan. Kewartawanan bukan sahaja ada pada media arus perdana sahaja malahan kini sudah ada kewartawanan dalam talian.


Kewartawanan dalam talian sangat berbeza dengan kewartawanan media arus perdana. Ini kerana, ia adalah sesuatu yang baru dan masih malar segar di negara kita, negara Malaysia. Kredibiliti sebagai seorang wartawan media amat berbeza dengan kewartawanan yang sudah lama menapak di Malaysia. Jika kita perhatikan isi-isi kandungan yang ada pada maklumat dalam talian di laman sesawang kebanyakannya tidak telus.

Perkara sebegini tidak seharusnya terjadi. Sebagai seorang wartawan yang berkaliber dan terlatih, kita tidak seharusnya menyampaikan berita yang tidak telus dan boleh menjatuhkan pihak pemerintah. Bukan sahaja ianya menjatuhkan reputasi kerajaan, malahan ia membawa kepada perpecahan kaum di mana isu perkauman sengaja diapi-apikan. Isu-isu sensitif ditulis tanpa mengambil kira undang-undang penulisan berita.

Tidak seperti kewartawanan akhbar arus perdana yang lebih berkaliber dan beretika. Mereka dilatih dan dididik untuk sentiasa mematuhi etika kewartawanan. Keamanan dan reputasi pemerintah sepatutnya dijaga. Jika diperhatikan, media akhbar utama tidak langsung menyiarkan berita yang berbaur perkauman. Semuanya adil dan saksama. Mereka sangat mematuhi garis panduan penerbitan.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya yang merupakan seorang peguam, seorang akauntan CIMB Bank dan seorang pemandu peribadinya yang mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor dan kemudian dibakar mayatnya dan abunya dibuang ke dalam sungai. Kes jenayah berprofil tinggi ini telah menyebabkan sesetengah pihak yang menulis dan menyiarkan maklumat yang melebihi apa yang sedang disiasat pihak polis. Ada pihak yang mengambil kesempatan dengan membuat spekulasi sendiri tentang kes ini di dalam blog mahupun aman sesawang. Hal ini sebenarnya tidak patut berlaku. Hal ini menyebabkan gangguan pada siasatan pihak polis dan mengguris hati keluarga mangsa.

Media akhbar utama langsung tidak membuat spekulasi sendiri di atas kes yang menyayat hati kita semua. Wartawan akhbar utama mengikuti garis panduan sebagai seorang wartawan yang berkaliber dan beretika.

Di dalam garis panduan penerbitan Kementerian Dalam Negeri, ada panduan Garis Panduan Liputan Perbicaraan Kes Jenayah dan Pembunuhan Akhbar Tempatan. Antara isi kandungannya ialah:



  • Mengelak mensensasikan kes berupa liputan berita secara spekulatif dan tidak berasas;

  • Mengelak memberi penonjolan keterlaluan dengan menyiarkan tajuk sensasi sahaja sebagai tajuk utama di muka depan akhbar;

  • Membuat liputan berita kes secara saksama seimbang dan bertanggungjawab;

  • Berhati-hati agar tidak menyinggung dan menimbulkan reaksi negatif pihak-pihak tertentu sehingga menjejaskan ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat;

  • Memuatkan laporan di halaman dalam akhbar tentang perjalanan kes secara harian; dan

  • Tidak menyiarkan gambar ahli-ahli keluarga, terutamanya anak dan isteri tertuduh atau mangsa dalam kes jenayah seksual.

Jelas sekali wartawan akhbar utama mengikuti etika kewartawanan dengan baik dan betul berbanding wartawan dalam talian. Sesiapa sahaja boleh menulis blog. Mereka lebih mengikut emosi dan perasaan ketika menulis berbanding akhbar perdana yang lebih rasioan dan professional. Hal ini cukup menjelaskan bahawa kewartawanan dalam talian lebih rendah kredibilitinya berbanding akhbar utama.



-Assignment Online Journalism-

No comments:

Post a Comment