Tuesday, November 23, 2010

Amazed me.


" Buang sahaja hukum Karma.
Pegang sahaja kepada Qada' & Qadar.
Kau Islam kan? ( Syazwani Zawawi, 2010). "

Quotation di atas saya perolehi daripada wall facebook kakak sepupu saya yang kini bergelar peguam. Jikalau ada kelapangan, saya suka intai intai wall facebook beliau. Kerana apa? Kerana setiap yang statusnya yang ditulis sentiasa membuka mata saya yang sepet ini. Pia tertarik dengan kata kata kakak sepupu pia ni. Dahulu kala, pia juga berpegang pada hukum karma. Siapa yang bersalah akan kena hukum karma. Tapi, bila pia baca quote ni, pia betul betul terasa ada sesuatu menikam hati pia ni. hehe. Pia terasa macam pia ni hina kerdil dan akal pia ni cetek sangat. Yang nak percaya dengan hukum karma sangat tu kenapa. Kau kan ada tuhan. Percaya lah pada qada' dan qadar. Pia berbisik dalam hati. hee. Sekarang ni. pia dah ubah prinsip hidup pia. Setiap terjadi pasti ada hikmahnya. Segala yang terjadi dan akan terjadi sudah ditulis oleh Allah S.W.T. Siapa kita untuk mempertikaikannya.



*thanks Kak Seri. ILY! Muahh. :)

1 comment:

  1. setiap yang terjadi adalah ujian dan pengalaman. Buat baik, dibalas baik, buat jahat, dibalas jahat. kalau bukan sekarang, mungkin nanti =)dan setiap yg terjadi walau selepas berusaha untuk mengelakkannya tetap terjadi, adalah qada dan qadar. qada adalah ketentuan, dan qadar adalah timbangan=)i love you more PIA! =)

    ReplyDelete