Sunday, November 21, 2010

berdosa kah aku?

Assalamualaikum.
Kali ini, entry pia lebih serius dan terbuka. Sebelum pia memulakan penulisan ni, pia minta maaf jikalau ada yang rasa tak puas hati atau tidak boleh terima dengan entry ini. Sebenarnya, pia sangat terluka dengan keterbukaan orang kita di kala ini. Terlampau terbuka menerima segala yang tidak bermoral untuk diadaptasikan ke dalam budaya ketimuran kita. Terlampau teruja dengan keterbukaan yang menghancurkan perjuangan agama kita. Terlampau bermegah dengan keterbukaan yang membawa kemurkaan yang Maha Esa. Orang Melayu kita dengan secara rela menerima yang haram untuk dihalalkan. Oh, alangkah sedihnya pia dengan keadaan yang sungguh mengharukan ini.

Tak faham apa yang pia cuba sampaikan? Lihat saja sekeliling. Buka saja laman sosial, layari saja laman sesawang. Banyak gambar-gambar orang Melayu Islam dengan bangga meneguk arak seakan-akan arak itu adalah air mineral yang halal untuk diminum. walhal, arak itu setitik sahaja jikalau diminum, bergelen gelen dosa yang perlu ditanggung. Jangan salahkan remaja belasan tahun ini sahaja atas kesalahan yang memalukan ini. Salahkan juga mereka yang berumur juga kerana ada antara mereka yang meneguk air syaitan yang haram ini. Sejak azali lagi, kita memang tahu bahawa arak itu haram untuk diminum. Minuman yang memabukkan haram untuk diminum. Tapi kenapa ramai yang masih buat buat amnesia pabila mengikut nafsu daripada akal, meneguk air haram ini. Pia sendiri tak faham. Mungkin kerana mahu mengikuti gaya hidup yang urban, lantas menghalalkan ape yang haram? Mereka fikir mereka sangat cool dan 'uptodate' pabila meneguk arak di khalayak ramau. Dan orang orang yang masih dengan gaya hidup tradisional, yang mana tidak ikut trend trend muda mudi sekarang adalah orang orang yang mundur? Alahai, sebenarnya mereka lagi cetek pemikiran. Cetek dengan ilmu agama. Cetek dengan pengetahuan dosa dan pahala. Tak takut kah anda dengan dosa dan azab neraka? Tak takutkah anda dengan kemurkaan Allah lalu menurunkan bala? MasyaAllah.. Di sini pia ade sediakan link yang korang boleh rujuk. Betapa maha dasyatnya azab di neraka bagi orang orang yang minum arak di dunia. Hukum minum arak.

Pia sendiri seorang hambaNya yang masih lagi terkapai-kapai untuk mengawal nafsu daripada melakukan dosa dosa. Pia sendiri tidak sempurna untuk digelar Muslimah sejati. Solat pia masih tidak cukup lima waktunya. Aurat pia masih lagi perlu dijaga dengan sempurnanya. Pergaulan pia masih lagi perlu dibataskan. Tapi, selagi terdaya pia cuba menjauhkan diri dari dosa dosa besar ini. Pia bukan nak tunjuk baik, nak tunjuk hebat untuk memperkatakan tentang isu ini. Tetapi, sebagai umat Islam yang hidup bermasyarakat, pia perlu menegur sedikit ape yang salah.

Apa yang mendorong pia menulis entry ini kerana pia tertarik dengan seorang pengguna facebook, memberi komen terhadap video dua remaja Melayu Islam berciuman di depan KLCC di sebuah laman sesawang. Ramai yang marah dengan tindakan memalukan dua ramaja ni. Ada juga yang back up dua remaja ni, dorang cakap kubur lain lain. Biarlah dorang nak buat ape, dosa dorang yang tanggung. Pastu, ada sorang mamat ni balas balik komen tadi. Dia cakap, "memang kubur lain lain. Masing masing tanggung dosa. Tapi bala dari Allah sama sama tanggung". Apa yang mamat ni tulis memang betul betul buat pia terfikir. terkesima kejap. Betul juga. Kita buat buat pekak, buat buat buta pabila melihat kaum kita buat dosa dosa besar. Tapi, tidak ramai antara kita tidak cuba bersuara, mencelikkan mata dengan menegur apa yang tidak betul. Keran pasti kita balik dicelar, dicerca dengan perkataan, 'eleh, macamla kau baik sangat'. kan? kan? Pepatah lama ada cakap, jangan jaga tepi kain orang.Tapi, kita perlulah ingat. Kita ada tuhan, kita ada agama. Kita hidup bermasyarakat. Kita semua adalah umat Nabi Muhammad S.A.W. Jikalau kita buat dosa dosa besar, bala pasti akan diturunkan. Orang orang yang tidak bersalah pasti terkena bala itu.

Jadi, sebagai umat Islam yang mengambil berat, pia nak jalankan tanggung jawab pia untuk menegur orang Melayu Islam kita supaya sudah sudahlah tu. Ubahlah gaya hidup anda ke jalan yang diredhainya. Hidup di dunia hanya sementara. Yang kekal itu akhirat. Renung-renungkanlah. Maaf jikalau terkasar bahasa. :)


1 comment:

  1. aku dah tengok video toh.1st time aku bangsa laen yang buat.sekali orang kita.hukhukhuk.kalau pon macam toh tolonglah ada rasa malu sikit.

    Allah dah tlg tutup keaiban kita.tapi kenapa kita nak pamerkan keburukan kita?

    ReplyDelete