Tuesday, October 9, 2012

Ini mengujakan!

Status penganggur tegar yang masih belum menerima apa-apa tawaran bekerja buat aku aktif berblogging. Hari ni aku nak sambung entry semalam. Perihal majlis perkahwinan kakak sulung dn kakak 2nd aku baru-baru ni, Along dan Angah. Mari aku perkenalkan dua insan yang sangat aku sayang sepenuh hati jiwa raga. 

Yang kiri itu angah dan yang kanan itu along. Yang tengah si cantik manis lagi bergaya itu adalah aku. Ya, aku memang suka angkat bakul sendiri. Dua wanita cantik di atas adalah kakak-kakak yang secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi dan membentuknya diri aku sekarang. Dari mereka aku belajar mengenali kumpulan Backstreetboy, Nsync, KRU, Britney Spears, Elite dan seangkatannya. Daripada mereka aku belajar buat buku lirik masa sekolah rendah juga buku biodata. Daripada mereka aku belajar pakai tudung letak pengeras nak bagi nampak bulat, *trendmasadulu*. Daripada mereka juga aku belajar rajin-rajin walaupun aku tak berapa nak rajin. Tapi ini lagi penting, daripada along dan angah aku belajar menjadi manusia berguna.

Aku bersyukur tak terhingga kerana aku dikurniakan dua kakak yang begitu ambil berat dan sayangkan aku. Mereka tak cakap tapi aku tahu. Walaupun keduanya perangai berbeza. Sorang pelupa, sorang lagi garang. Tapi dorang ni baik hati, lemah lembut, penyayang dan paling penting bertanggungjawab. Itu yang penting. Tak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang anak dan kakak. Kadang-kadang belanja makan, belanja shopping. Itu yang aku suka. *ketawa*. 


Hidup kami selama 23 tahun aku hidup, sentiasa gembira. Pernah, dugaan besar datang melanda. Tapi itu semua penguat kasih sayang kami. Aku, kakcik, abang dan adik rasa bertuah ada kakak-kakak seperti mereka apatah lagi abah dan emak yang melahirkan mereka. Mesti berbangga dengan along dan angah.


Marilah aku cerita sedikit tentang along dan angah. Along ni seorang kakak yang lemah lembut, blur, pelupa dan rajin. Dulu dia pengawas sekolah dan kini memiliki Master dalam bidang Agriculture Business. Oleh kerana sifat seorang kakak sulung yang sentiasa mahu mendidik adik-adiknya menebal dalam diri, along kini menjadi pensyarah di UiTM Kuala Pilah. Seorang pensyarah muda yang boleh tahan garangnya. Apa yang aku suka tentang along, dia suka bagi nasihat yang matang dan bernas. Along ni kelakar sebab blur. Kadang-kadang dia suka buat orang ketawa sebab lawak dia macam lawak Amir I'm Sorry. *ketawa*. Along jangan marah ha. 


Angah pula seorang yang sangat tegas. Ya, sikap tegas dia itu dari kecil dah boleh nampak sebab dia suka gigit anak orang and dia pernah kena sound dengan mak kawan dia masa kecil sebab gigit anak makcik tu. Nampak tak ciri-ciri tegas angah? *ketawa* Angah juga seorang yang berdikari, tak fikir apa orang cakap dan dia tahu apa yang dia mahu. Dahulu anganh menuntut di sekolah teknik slim river namun kerjayanya sekarang bertentangan dengan apa yang dia pelajari di UNISEL dahulu. Angah kini bergelar Executive Admin di sebuah bank antarabangsa, HSBC. Apa yang aku suka tentang angah pula ialah angah mengajar aku supaya yakin dengan diri walaupun masa kecil angah dan aku selalu gaduh mulut. *ketawa*


Dengan status mereka sekarang, aku yakin untuk berkata bahawa aku bangga dengan mereka. Secara jujur, aku suka meniru cara mereka bergaya, membawa diri dan berusaha untuk berjaya kerana aku benar-benar bangga dengan mereka. 


Tapi, kini semua sudah berubah. Along dan angah kini sudah dimiliki oleh dua jejaka yang aku rasakan mampu menjaga mereka dengan kebahagiaan berpanjangan. Pelik juga bila sudah ada dua abang ipar yang tak kurang kacak dan bergaya. Sebab rumah kami dah biasa dipenuhi dengan wanita-wanita cantik. Aku angkat bakul lagi. Kini, abang dan abah sudah punyai teman untuk menonton BPL sama-sama, bercerita hal motor bersama dan yang penting bertambah lagi dua lelaki yang mampu menjaga keluarga bahagiaku.



Along dan angah sudah bergelar isteri. Banyak yang berubah lepas mereka hidup bersama pilihan masing-masing. Macam kak cik cakap pada aku, kini kami berempat sudah tidak boleh bertukar baju, seluar, handbag malahan heels kerana along dan angah sudah membina rumah tangga bersama yang tercinta. Aku sedih dan ralat, kerana aku tidak dapat menghadiahkan hadiah perkahwinan untuk mereka seperti percutian bulan madu, set sofa ataupun kereta mewah. Namun apa yang aku mampu hadiahkan hanyalah sekalung doa untuk kebahagiaan mereka suami isteri. Aku gembira mereka sudah bertemu jodoh yang mereka cari selama ini. Aku yakin abang long Faisal dan Abang ngah Yudi adalah pilihan tepat untuk mereka setelah abah sendiri yang mengakad nikahkan mereka berdua. Semoga aku juga sempat merasa detik itu, Amin.

Aku sebenarnya sebak masa taip entry ini. Laptop dua kali shutdown. nasib baik auto save. Tapi aku lagi sebak sebab kehidupan kami dah tak sama seperti 23 tahun yang lepas. Banyak sangat kenangan manis aku dan mereka. Aku mendoakam semoga along dan angah berbahagia hingga ke akhir hayat. Jadilah isteri yang soleh dan kekalkanlah menjadi anak yang baik dan hambaNya yang taat. Rajin-rajin masak untuk suami dan cepat-cepat bagi anak buah kat kami di rumah. *ketawa*. Akak sayang along dan angah sampai akhir nafas akak yang terakhir. Terima kasih atas segalanya dan tahniah! Selamat pengantin baru yaww. 


Ada lagi aku nak cerita tentang majlis perkahwinan mereka. Tapi gambar dari jurugambar profesional tak siap lagi. So, nanti sajalah entry Ini Mengujakan Part II, okay?






No comments:

Post a Comment