Monday, October 8, 2012

Teruja ke?

Rindunya. Rindu zaman keterujaan mengupdate blog setiap hari dan minggu. Keterujaan itu makin lama makin pupus. Benar orang kata, bila jumpa yang baru kita akan lupa yang lama. Aku lebih suka meluahkan perasaan teruja, gembira, sedih, mengada, menerusi twitter. Pantas ringkas dan padat. Cukup ramuan. Menjimatkan masa dan aku tak perlu nak fikir panjang apa nak tulis. Apa yang aku rasa aku terus tulis. Berbeza dengan blog. Kena buka laptop fikir apa nak dirumuskan, taip padam, taip balik. lepas tu baru post blog. Leceh. Itu belum masuk proses nak masukkan gambar. Sungguh. Leceh.

Tapi benar juga cakap kebanyakan orang, yang lama itu sebenarnya bagus, berkualiti. Berbeda dengan yang baru. Segera. Cepat menulis, cepat juga orang lupakan. Betul juga. Buktinya aku selalu lupa apa yang aku tweet isnin lepas. Nak scroll balik cari tweet minggu lepas ambil masa. Banyak sangat tweet yang baru. Berbeza dengan blog. Apa aku tulis sebulan lepas masih ada dan kekal. Takkan hilang walaupun post baru yang mendatang.

Aku sebenarnya buntu tak tahu nak tulis apa dalam blog aku yang berhabuk ni. Bila tiup habuknya, boleh selsema seminggu. Allergic. Banyak yang menarik pasal hidup aku yang nak aku kongsikan. Tapi aku sengaja tunda dan buat-buat lupa sebab ada cerita yang aku cuba nak lupa tapi tak boleh lupa. 

Hidup aku sekarang biasa-biasa saja. Menunggu bulan November untuk menghadiri majlis konvokesyen. Keputusan Degree aku tak best. Jangan tanya berapa sebab aku takkan bagi tahu keputusannya. Walaupun aku tak teruja dengan majlis graduasi nanti, aku masih bersyukur aku sudah menghabiskan Dua tahun menuntut ilmu yang sangat bernilai. Tak lupa juga, aku sudah menghabiskan duit PTPTN. Sekarang aku menunggu masa untuk bayar balik hutang aku kat Ah Long yang berlesen ini. Heh. Gurau je.

Walaupun aku menganggur, aku masih gembira. Ada family yang hari-hari buat aku ketawa. Ada kawan-kawan yang buat aku tersenyum. Cuma apa yang aku sedih bila bangun tidur, aku tiada duit untuk buat mereka ketawa dan senyum. Mak selalu cakap, bukan rezeki aku. Ya, aku masih menunggu dan terus berdoa moga-moga Allah buka pintu rezeki itu untuk aku.

Banyak cerita menarik yang aku nak kongsi. Boleh buat lima novel kalau aku bukukan segala cerita yang aku nak bagitahu. Okaylah, aku bagi teaser untuk next post. Kakak-kakak aku sudah mengakhiri zaman bujang mereka. Yang ini aku teruja nak cerita tapi esok-esok je lah aku cerita. Mata ni dah makin sepet sebab aku sedang menaip pukul 2.30 pagi. Kalau rajin esok aku sambung lagi. Bai.

No comments:

Post a Comment