Wednesday, November 10, 2010

Made in Malaysia.

Anda suka barangan buatan Malaysia? Seberapa banyak produk Malaysia kah yang anda miliki ketika ini? Haaa. Tercengang nak jawab. hehe. Pia tau, ramai yang tak memerlukan kalkulator utk jawab benda ni. Boleh kira pakai jari tangan je. Kann? hee. Sama lah macam pia. semua produk yang pia pakai buatan negara orang. Sebab dari kecil kita didedahkan dengan barangan luar. Tapi! Pia pakai barang luar, tak semestinya pia tak support barangan tempatan. Contohnya, pia support Simply Siti. hehe. Support usahawan tempatan lah tuu.wink.wink (Hajar,2010). hehe. Bukan sahaja produk tempatan kita di anak tirikan oleh rakyat tempatan, malahan kerjaya anak anak watan juga diperlekehkan. Pia tak ckp semua rakyat Malaysia begitu, tapi sesetengah mereka yang merasakan merka begitu URBAN untuk malu dan tidak menyokong apa jua yang berkaitan dengan produk tempatan. Kononnya tak bandar lah sokong pasukan kebangsaan. Baik skong EPL, baru up too date. hehe.

Melalui pemerhatian pia di laman sosial, trend anak muda kita sekarang terlalu mengagungkan orang luar. Okay, pia ambil contoh bola sepak. Yeah, semua org tahu EPL sedang menjadi kegilaan generasi muda rakyat Malaysia. Ada yang sanggup berjaga malam, melabur ratusan ringgit untuk beli produk EPL. Bangga mempamerkan barangan kelab inggeris kebaanggan mereka. Hey, pia tak cakap itu salah. Nooo. takde undang undang dunia pun tulis salah menyokong kelab bola sepak luar. Pia punn tengok EPL. And i'm a big fan of Chelsea FC. Tetapi, when it comes to nasionalism, orang kita kalah. Maksud pia, orang kita lebih sanggup mencurahkan air mata, bertumbuk bertampar demi kelab inggeris kebanggan mereka berbanding duduk ramai ramai di restoran mamak mengikuti liga bola sepak tempatan. Berapa kerat je yang sokong kelab bola sepak tempatan. Tetapi, pia puji semangat penyokong Kelantan FC, dorang menjadi satu fenomena kat sejarah bola sepak negara kita. memang sgt supportive ok. Memang lah kadang2 dorg ni aggressive sikit, tapi, semangat dorg harus kita puji. Setia menyokong. Kalau liga Malaysia, stadium pasti meriah dengan penyokong negeri masing masing. Walaubagaimanapun, pia sangat sedih. Sebab, bila national team kita main kat stadium, alahai, seciput je yang datang. Tak percaya? Pergilah turun tengok. Haritu Malaysia lawan Korea Selatan, ada ke patut rakyat Malaysia pakai jersi korea then dduk dengan penyokong korea. Aik? tiba tiba dia tukar warga negara pulak. Tapi, bila nak minta subsidi, pinajaman rumah dan PTPTN, barulah nak mengaku rakyat Malaysia. Sangat memalukan. Haish. Namun begitu, kekecewaan pia terubat bila tengok semangat ULTRAS,kelab penyokong National team tak jemu dtg stadium, bersemangat bersorak untuk menyokong wira negara. You guys memang amazing!

Pia sangat emosi bila orang memperlekehkan corak permainan pasukan kebangsaan. Kalau korg nak compare pasukan kebangsaan dengan Barcelona memang lah jauh langit dengan bumi. Tapi, korg kena ingat, kita ada banyak kemajuan. Pia bukan lah terer pasal bola ni. tau tgk je, tapi, sebagai pemerhati pia nampak banyak kemajuan kita capai. pelan pelan kayuh lah bang. mana ada orang dari bawah boleh cepat sampai puncak. mesti ada jatuh bangunnya. Tak gituu? hehe. Ada sorang hamba Allah ni, dia ada ckp kat pia, "Ala, sebab ayah kau jurulatih penjaga gol bola, memang lah kau support national team". Amboi3. sedap mulut berkata kata ye. hehe. Yes! I do admit that statement. Korg memang anak durhaka lah kalau tak support ayah korang sendiri. Pia membesar dengan environment bola sepak. kecik kecik lagi dah ikut abah training. Pegi stadium tgk bola. So, benda tu dah ada dalam darah pia. Kalau abah bukan one of the team pun, pia akan support produk kita.

Pia bukan sahaja support bola sepak tempatan, malahan karya tempatan pun pia support. Lebih baik habiskan duit tengok filem melayu. Tapi, pandai pandai pilihlah. janganlah pegi tengok yang merepek tuu. hihi. Bagi pia, karya luar tgk dvd pu takpe. hehe. kalau kita tak tgk kat wayang pun muvie dorang, dorg tetap kaya kann? hehe. Tak semua filem Malaysia hancus. Filem Malaysia makin best ok... Arwah Yasmin Ahmad dan Khabir Bahtia buatkan pia yakin dengan filem tempatan. See! Kita dah boleh berjengket sedikit untuk diri sama tinggi dengan karya luar. Walaupun taklah berdiri sama tinggi, masih perlu berjengket, tapi kita hampir hampir untuk sama sama memberi persaingan dgn karya luar. I'm so proud!

Kita janganlah terlalu bongkak dan bodoh sombong untuk terima kehebatan negara luar. Dari segi skill permainan, kehebatang filem dorang. Kita perlu tengok. Kita support juga. Pia layann cerita Hollywood, Bollywood, EPL tuu semua. Sebab kos yang pia belajar menuntut pia untuk sentiasa update dengan isu semasa. Bila kita kagum kehebatan mereka, kita perlu ikut mereka untuk jadi lebih hebat. Perbaiki kelemahan kita. Tapi, kita janganlah mengagungkan mereka sehingga kita lupa siapa kita. Sehingga kita menggadai maruah negara kita. Sehingga kita malu nak mengaku siapa kita. Ohh. itu memalukan. Apa yang kita baca, tengok mencerminkan siapa kita. Tak salah tgk EPL kat mamak dengan kawan2. tapi, bila pasukan kebangsaan main, semua kuncup macam pokok semalu. Masing2 kena amnesia,lupa dia org MALAYSIA. Kutuk kutuk pasukan kita. bila sowh g stadium taknak, tapi nak kritik kemain dia. hehe. Korg rasa ke kepuasan sebenar bila kelab inggeris korang menang? hmm. Bagi pia, kepuasan yang sangat maksima ialah bila tengok pasukan kebangsaan kita main. kalah ke, menang ke. kita rasa semangat itu. Marilah sama sama kita sokong barangan dan produk Malaysia. Ingat, Malaysia, Tanah Tumpah Darahku. Siapa yang nak pertahankan Malaysia kalau bukan kita. Anda mentertawakan pasukan kebangsaan? Filem Melayu? sama seperti anda mengejek diri anda sendiri.

p/s: Wah, tiba tiba pia serious tau. hehe. Apa yang baik korang ikut lah. yang tak baik. ignore je ok. Maaf kalau ada yang tak suka dengan entry ini. :)



5 comments:

  1. eleh tipu!
    ko support bola sebab player dia hensem..
    bkn sebab abah kau jurulatih penjaga gol!
    takda kaitan!kantoi!kantoi! :D

    ReplyDelete
  2. haha!
    mana tau ni. hahaha
    itu one of the reason lah..
    sambil tgk cuci mata kannnn.
    :P

    ReplyDelete
  3. ikin oiii... x berubah eyh kau.. sukak membebel.. tp bkn omong kosong... ade isi yg bernas... rindu la kat ko.. =D

    ReplyDelete
  4. hazirah! hehehehe. membebel is my passion. haha
    rinduuu kat kamu juga.
    hey, blog awak menarik. <3

    ReplyDelete
  5. pia. tgh syok dok google goalkeeper..skali terjumpe blog pia. ayah pia jurulatih keeper rupanya! patotlah emo je ckp psl team msia kan ;) neway, tlg kirim slm kt keeper tu...comel okeng!! -shell

    ReplyDelete